Monday, April 15, 2024

Perginya Seorang Rakan





15 April 2024. 7 Syawal.

Petang tadi, setibanya saya di rumah dari tempat kerja, saya lihat ada rakan-rakan dalam group whatsapp batch saya di ITM dahulu ucapkan takziah, tanda ada kematian. Jarang group ini ada ucapan sebegini dan bila saya buka group whatsapp terbabit, alangkah terkejutnya saya apabila salah seorang rakan sekelas kami telah meninggal dunia. Terus saya call beberapa orang rakan yang bekerja bersama arwah, mereka juga masih dalam keadaan terkejut dan tiada maklumat lanjut. 

Saya sekelas dengan arwah ketika zaman ITM, ada juga satu group assignment dengannya. Kemudian kami sama-sama sambung belajar di UK. Sama-sama mencari universiti di UK apabila ditawarkan biasiswa ke luar negara untuk sambung Masters. Ketika itu, arwah bekerja di PSC Naval Dockyard di Lumut. Apabila hujung minggu, beliau akan turun ke Shah Alam berjumpa saya di rumah sewa. Sama-sama menguruskan perihal mencari universiti di UK yang sesuai dengan tawaran biasiswa kami. Zaman tu takde whatsapp. Ketika itu saya juga bekerja di Shah Alam. 

Saya tidak ingat samada kami sama-sama mengambil IELTS di British Council berhampiran Bukit Aman, tetapi yang saya ingat, dia call saya apabila dapat result IELTS untuk menyatakan kegembiraannya apabila dia mendapat result yang bagus. 

Walaupun kami fly ke UK pada tarikh yang berbeza, tapi saya masih ingat yang dia ada beri number phone saudaranya di UK andai kata saya mempunyai sebarang masalah. Ini kerana saya fly seorang diri, arwah pula ketika itu sudah berkahwin dan fly lewat sedikit dari saya kerana ada beberapa urusan yang perlu beliau selesaikan.

Arwah study di Loughborough sementara saya di Leicester. Jarak perjalanan naik train dalam 15-20 minit sahaja. Beberapa kali juga arwah call saya ajak makan di rumahnya, makan masakan isterinya.  Maklumlah saya pergi bujang, dia pula dah berkahwin. Di Loughborough, saya lepak di rumah sewanya. Masih saya ingat, rumah sewa nya adalah ditingkat atas rumah kedai. Katanya, tokey rumah sewanya ada warga Bangladesh. Dia juga ada ke Leicester bertemu saya. Di UK, kami kerap berhubung menerusi phone. Zaman tu tiada email. 


Ada sekali tu saya bawa kawan-kawan melayu Singapore yang sama-sama di Leicester berkunjung rumah arwah dan kami dijamu oleh masakan isteri arwah. Apabila kami pulang ke Malaysia, kami bekerja di tempat yang sama. Tak lama kemudian dia bertukar lokasi kerja di utara tanahair. Ada juga dia ajak saya tukar sekali, katanya kehidupan di utara tanahair releks, tak kelam kabut macam di Shah Alam. 

Kali terakhir saya berjumpa dia adalah sebelum Covid. Jumpa di event fakulti, ketika beliau turun sini, itupun tak berbual lama. Yang paling lama dapat berbual adalah ketika saya dan beberapa orang rakan turun ke tempat kerja beliau untuk mesyuarat. Itupun dah lama kejadian tu. Hampir 7 tahun juga. 


Semoga roh Allahyarham Azree Bin Ahmad dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 





1 comment:

  1. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un, Takziah untuk sahabat Dr. Nizam.

    Assalamualaikum Dr. Nizam, Saya Ariff Shah Khairuddin, alumni UiTM Puncak Perdana, mungkin Dr. kenal saya, saya antara pembaca Blog Dr. Saya berharap Dr. teruskan update blog ini ya, saya kadang2 luangkan masa lapang saya untuk baca content blog Dr. dan saya tertunggu tunggu content baru Dr. Terima Kasih Dr. Semoga Dr. dipermudahkan urusan sentiasa dan dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Teruskan usaha Dr. untuk update blog ini!

    ReplyDelete