Youtube merupakan satu medium yang popular dikalangan pengguna internet. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga menggunakan Youtube. Walaupun pada masa ini terdapat pelbagai aplikasi media sosial lain yang dilihat boleh menyebabkan pengguna lari dari Youtube, namun Youtube masih mampu meraih jutaan pengikut. Satu laporan dari TheVerge menyebut bahawa bilangan subscriber kepada Youtube Premium telah meningkat dari 30 juta pengguna pada Disember 2020 kepada 50 juta pengguna pada tahun 2021.
Saya juga adalah
salah seorang subscriber Youtube Premium yang saya langgan sendiri, pembayaran
bulanan menggunakan ewallet saya. Kalau kosong ewallet saya, tak dapatlah saya
memperbaharui Youtube Premium saya. So far sudah beratus jam saya menonton
Youtube secara Ad Free. Saya tak berminat nak komen kenapa saya tak beli one
off akaun youtube premium yang murah-murah di Shopee atau yang seangkatan
dengannya. Yang itu boleh cari sendiri jawapannya di internet.
Terdapat juga
kajian-kajian ilmiah berkenaan dengan Youtube. Antaranya satu kajian berkenaan kesan
Youtube terhadap pengiklanan pandemik Covid 19 kepada penggunanya. Tujuan utama
kajian yang dijalankan oleh Zarqa Shaheen Ali dari dan Xuening Yang dari Auckland
University, New Zealand ini ialah untuk melihat sikap manusia terhadap Covid 19
selepas melihat iklan Covid 19 di Youtube. Umum mengetahui bagaimana Youtube
mengambil inisiatif untuk menyalurkan maklumat penting berkenaan Covid 19
menerusi kempen iklan mereka.
Seramai 205
responden telah menjawab borang soal selidik secara online dimana sebahagian
adalah lelaki dan sebahagian lagi adalah wanita. Majoritinya adalah berumur
dalam lingkungan 18-30 tahun. 44.9% dari keseluruhan responden menonton video
di Youtube sekurang-kurangnya 2 jam sehari.
Apa yang menariknya,
60% dari responden berpendapat bahawa untuk iklan berkenaan Covid 19, mereka
beranggapan bahawa Youtube patut mengeluarkan button Skip Ad. 72.6% dari
responden pula percaya akan ketepatan maklumat berkenaan Covid 19 di dalam
iklan yang disiarkan oleh Youtube. 78.4% dari responden juga menyatakan bahawa
kempen pengiklanan Covid 19 oleh Youtube menyebabkan mereka mengambil berat
akan kesihatan diri sendiri. 71.7% setuju bahawa Youtube membantu menyebarkan
nasihat tentang pentingnya penjarakan sosial untuk mencegah penyebaran Covid 19.
Namun begitu, 53.4% responden tidak setuju tentang penggunaan face mask. Mereka
tidak percaya bahawa face mask mampu mencegah dari penyebaran Covid 19. Ini
sekaligus memberi gambaran bahawa iklan Covid 19 di Youtube gagal mempengaruhi lebih
separuh dari responden untuk memakai pelitup muka.
Kajian yang dimuatkan
di Online Journal of Communication and Media Technologies ini sedikit sebanyak
membuktikan bahawa kempen Covid 19 di Youtube mempunyai impak terhadap pengguna
Youtube. Walaupun dilihat lebih separuh dari responden menyatakan bahawa pelitup
muka tidak mampu menahan penyebaran topeng muka, namun dari aspek lain membuktikan
bahawa kempen pengiklanan Youtube berjaya.
Pada pendapat saya
sendiri, kajian seperti ini merupakan satu usaha yang baik dan boleh
diperluaskan sampel populasinya. Kita mungkin tertanya-tanya tentang hasil
pengiklanan Covid 19 di Youtube terhadap pengguna di negara kita. Kita juga
boleh menggunakan model kajian ini untuk melihat keberkesanan iklan Covid 19 di
platform lain seperti Facebook, Tiktok, Twitter dan banyak lagi. Bagi yang ingin
membaca kajian ini boleh search The Impact of Youtube Pandemic Advertising on
People’s Attitude Towards Covid 19 yang diterbitkan di Online Journal of
Communication and Media Technologies, 2022 12(3). Saya tidak simpan artikel
ini, hanya baca menerusi publisher’s website. Boleh dapatkan akses dari
institusi anda.