Saya beberapa kali
diminta oleh tempat kerja saya menjadi panel temuduga bagi pelajar-pelajar yang
ingin memohon memasuki program Sarjana kerja kursus kami. Adakalanya saya juga
diminta untuk menemuduga pelajar dari luar negara. Selain program Sarjana Kerja
Kursus, saya juga kadangkala berada dalam panel temuduga untuk kemasukan
pelajar mod penyelidikan iaitu Sarjana ataupun Doktor Falsafah (PhD). Kesemua
ini berlaku di fasa pandemik dan endemik dimana temuduga dijalankan secara atas
talian samada secara Google Meet dan Webex.
Terdapat banyak
tips untuk calon-calon yang boleh dibaca di internet. There are no right or
wrong regarding those tips. Yang pasti, calon-calon biasanya ada yang sedikit
gemuruh, medium gemuruh dan sangat gemuruh apabila saya temuduga mereka. Pada
saya, temuduga secara online ini ada pro dan cons. Paling bagus ialah kami
penemuduga dan juga calon dapat save time untuk travel ke lokasi temuduga.
Untuk saya sebagai penemuduga, ianya dijalankan di pejabat saya. Cuma saya
dapat save beberapa minit sebab dapat buat di bilik sendiri. Yang penting
internet dalam keadaan baik.
Cons yang paling
ketara ialah dari segi teknikal. Kadangkala sambungan internet calon tidak
berapa kuat hingga menjejaskan kualiti audio dan video. Oleh kerana ini adalah
sesi temuduga, saya perlukan calon untuk buka audio dan kamera mereka. Satu lagi
permasalahan ialah ‘lagging’. Perlu tunggu beberapa saat selepas calon
selesai bercakap, barulah saya boleh sambung soalan. Adakalanya masalah audio
yang berpunca dari microphone yang kurang baik menyebabkan suara mereka putus
putus.
Kita masuk pula ke
bahagian soalan. Calon yang melakukan penyelidikan perlu bersedia tentang
kajian yang ingin mereka lakukan. Saya lebih banyak bertanya berkenaan latar
belakang calon dan perkara-perkara lain yang berkaitan sementara rakan-rakan
dalam panel saya pula akan menumpukan kepada cadangan penyelidikan calon. At
least calon kena tau apa yang dia nak buat dan relevan penyelidikannya kepada
bidang dan fakulti yang dipohon. Kadangkala saya juga bertanyakan soalan yang
sama.
Permasalahan kajian
juga perlu difahami dengan jelas oleh calon. Permasalahan kajian atau problem
statement ini bukanlah masalah-masalah yang kita hadapi untuk menjalankan
penyelidikan kita. Saya pernah bertanya soalan sebegini pada calon, dan dia
menjawab ‘ my problem is for me to divide my time between working and studying,
dan beberapa lagi masalah peribadi yang lain. Calon mungkin confuse. Masalah
yang kami mahu dengar ialah apa masalah yang wujud di dalam topik penyelidikan
hingga menyebabkan kajian ingin dijalankan. Contoh, calon A ingin menjalankan
penyelidikan berkenaan tahap kekuatan talian internet mobile di dalam kampus di
negeri B. Kenapa beliau ingin menjalankan penyelidikan tersebut? Apa masalah
yang sebelum ini wujud sehingga beliau ingin menjalankan penyelidikan tersebut?
Mungkin jawapan ringkas boleh berbentuk seperti ini :-‘ satu kajian yang dijalankan oleh
John pada tahun 2018 menyebut bahawa 95% pelajar kini bergantung pada mobile
internet untuk mengakses kandungan bahan pembelajaran. Kajian oleh Sammy pada
tahun 2018 pula menyebut bahawa tahap talian mobile internet di lokasi tertentu
berada pada tahap yang kurang memuaskan. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan
penyelidik dari Institut XYZ pada tahun 2017 pula memperlihatkan bahawa pelajar
dari kampus negeri XXX tidak berpuashati kerana mobile internet mereka tidak
dapat diakses dengan sempurna pada waktu malam. Melihat kepada kesemua
permasalahan ini, adalah menarik jika kajian yang sama boleh dilakukan di
kampus negeri B’.
Itu satu contoh problem
statement yang ringkas dan disulami dengan literature yang ada berdasarkan
kajian yang berada dalam bidang yang sama. Kadangkala pelajar bertanyakan pada
saya, bagaimana jika saya ingin mengkaji sesuatu yang belum lagi dikaji oleh
orang lain. Soalan sebegini akan saya jawab berdasarkan contoh kajian PhD saya
dimana amat sedikit orang yang membuat kajian berdasarkan topik saya iaitu
Persediaan Bencana terhadap Dokumen dan Rekod. Pada awal kajian saya, memang langsung
saya tak jumpa insan yang menjalankan kajian yang sama. Tetapi kajian tentang
Persediaan Bencana ada banyak. Ada yang buat berkenaan komuniti, bangunan,
organisasi, pejabat, komputer dan banyak lagi. So apa yang saya buat ialah,
saya gunakan hasilan kajian mereka dan saya nyatakan bahawa masih belum ada
lagi penyelidik yang cuba mengkaji di dalam bidang dokumen dan rekod, dengan
sebab itulah saya ingin lakukannya. Secara tak langung ia menjadi novelty.
Of course, setelah
saya lulus Defence Proposal saya, as my research progresses, saya jumpa few
yang buat kajian berkenaan dokumen dan rekod tetapi di negara dan organisasi
berbeza. Still tak ramai, tapi memadai untuk saya bawa sebagai bekalan penulisan tesis
saya. Apa yang saya nak highlightkan disini ialah walaupun kajian yang kita nak
buat tu belum ada yang lakukan lagi (kemungkinan besar anda masih belum jumpa
literature mereka yang terselit di celah-celah lautan ilmu yang luas), kita
boleh gunakan kajian-kajian lepas yang mempunyai area yang ingin kita jalankan
walaupun sampling atau unit of analysis mereka berbeza.
Diharap ia menjadi
panduan bagi anda semua bersiap sedia untuk temuduga akademik jika dipanggil.
Dan yang pasti jangan jawab permasalahan kajian dengan masalah peribadi awak.
Lagi satu, tips ini untuk program Sarjana Penyelidikan, PhD dan Sarjana Coursework.
Untuk program Diploma atau Degree, tempat saya tiada temuduga, so saya tiada
pengalaman untuk dikongsi. Soalan permasalahan kajian pula biasa ada dalam
temuduga program penyelidikan sahaja.