Menjelang tempoh
antivirus saya akan berakhir, saya mula berkira-kira mencari activation key
untuk reactivate kembali antivirus saya. Buat masa ini saya menggunakan
Kaspersky di komputer kerja saya. Bit Defender pula saya guna di laptop anak
saya. Walaupun OS masing-masing telah datang dengan Windows antivirus tetapi
tahap keyakinan saya pada antivirus third party masih tetap utuh.
Teringat suatu
ketika dahulu, Norton merupakan yang terhebat di Malaysia. Ketika itu Bit
Defender baru bertapak. Avira pula didatangkan secara percuma dan seringkali
tak detect virus, begitu juga McAfee. Maklumlah zaman ketika itu connection
internet bukan sesuatu yang boleh didapati dengan mudah seperti sekarang. Zaman
itu mana ada mobile internet. Semua fix line. Samada Cyber cafe atau pejabat
sahaja yang ada. Itupun tak semua pejabat ada sambungan internet. Rumah juga
tak semua ada. Jadi nak update database antivirus tu agak sukar. Database
mereka pun tak selalu berupdate. Masa mula-mula saya diperkenalkan dengan
Kaspersky pun, saya agak takut sebab namanya pun sedikit Russian. Ketika itu
mentaliti Russia ini jahat memang menebal hasil momokan filem Hollywood.
Sekarang, ada
banyak antivirus di pasaran tetapi yang paling dikenali adalah Kaspersky dan
Bit Defender. Norton masih ada lagi tapi jarang saya lihat kawan-kawan guna.
Saya pun dah stop guna Norton since berbelas tahun lepas kerana PC rasa berat.
Masa tu Bit Defender dan Kaspersky rasa very light. Malangnya kedua-dua mereka
terlalu cerdik sampai habis file excel yang digunakan untuk kerja dideletenya.
Jadi, sekarang saya
sepatutnya dah boleh renew Kaspersky saya tetapi akibat perang Russia Ukraine
dan ketidaktentuan produk dari Russia, saya berfikir mungkin tiba masa saya
mencari produk lain. Yang terlintas dikepala saya hanyalah Bit Defender iaitu
produk dari Romania ini. Saya ada melihat satu laporan comparison di website
cybernews.com yang menyebut bahawa Bit Defender ‘sedikit’ lebih hebat dari
Kaspersky. Namun ini bukanlah bermakna Kaspersky tidak hebat. Dah lama saya
percayakan Kaspersky. Cuma senario dunia sekarang ini meyebabkan saya cuba elak
produk Russia buat sementara. Takut terheret dalam perang siber.
Melihat laporan
reviu di cybernews.com , Bit Defender sedikit berat compare to Kaspersky. Ini
adalah dapatan dari penulis tersebut. Dari segi lain, Bit Defender lebih
sedikit dapat detect malware compared to Kaspersky. Saya pula akan pilih produk
yang ada offer price yang lebih menarik. Lagi bagus kalau dia dapat offer price
yang cantik dan molek with activation yang lebih lama. Contohnya Bit Defender
di Official Store mereka di Shopee ada tawarkan harga menarik untuk tempoh
activation 3 tahun. Maknanya kalau saya beli produk tersebut, tak payah fikir
nak renew for 3 years. Masa tu pun agaknya PC dah tukar baru.
So far dah hampir 2 minggu saya gunakan Bit Defender di PC di bilik ofis saya dan setakat ini tiada apa-apa masalah. PC saya menggunakan processor Intel i5-7400T 2.4GHz dan 4 GB RAM serta storan SSD. Semua nampak smooth dan normal.
Harapnya kalau saya
ambil Bit Defender, Romania jangan la pula buat hal dengan turut sama perang.