Apabila masuk sahaja bulan Mac setiap tahun, bermulalah saat untuk isi borang income tax. Kebiasaannya tarikh akhir untuk submit borang ini adalah pada 30 April. Sekarang ianya bertambah senang sebab semuanya diisi online menggunakan borang di laman web LHDN.
Untuk tahun ini saya pun terlupa bahawa dah boleh start isi borang income tax atau lebih mesra dipanggil e-filing. Semalam rakan sepejabat saya tanya dah buat e-filing? Saya jawab belum. Dia baru sahaja selesai isi dan submit e-filing. Katanya cepat buat, cepat dapat refund. Yang ini memang saya akui kerana saya pun antara yang awal isi. Tapi taklah seawal seperti rakan saya itu. Biasanya saya akan isi sebelum sampainya bulan April.
Sebelum-sebelum ini memang nak isi awal tapi terpaksa tunggu statement dari syarikat insurans. Sejak dua menjak ini kesemua syarikat insurans saya dah beralih kepada penggunaan electronic document yang dideliver secara atas talian menerusi portal mereka. Hanya satu company sahaja yang masih tak ada portal untuk download statement, tapi tak boleh complain banyak sebab yang ini bayar premium murah tapi cover the whole family. Biasanya saya tengok di payslip sahaja untuk anggarkan contribution saya.
Saya tertarik dengan satu tajuk dari laman web astro awani berkenaan kepentingan to organize personal record diri sendiri agar senang nak isi borang e-filing. Boleh baca kisah itu di sini. Bagi saya memang ada kebenarannya. Being someone yang involve academically in records management, saya memang simpan resit-resit yang berkaitan dengan income tax. Especially resit-resit pembelian di bawah 'gaya hidup' dan sebarang pelepasan.
Tempat saya bekerja pun mempunyai portal kewangan mereka sendiri dimana staf boleh download sahaja statement berkaitan penggajian, which really helps. In antara satu contoh kebaikan electronic document. Kadangkala nak simpan resit atau statement sehingga 7 tahun, ada cabarannya. Tulisan atas resit cepat pudar jika disimpan dalam kondisi yang tak sesuai. Suhu dan kelembapan tempat simpanan memainkan peranan. Siapa pula individu nak pastikan perkara tersebut hanya untuk pastikan resit tidak pudar dalam masa 7 tahun?
2 tahun kebelakangan ini kita dicengkami pandemik covid 19. Kejap boleh masuk ofis, kejap kena kerja dari rumah. Jadi saya banyak gunakan cloud storage service. Jadikanlah cloud storage ini tempat simpanan yang selamat untuk resit dan dokumen kita. Kalau dapat resit kertas, scan dan masukkan dalam cloud storage. Bukan bentuk fizikal resit itu yang menjadi ukuran, tetapi maklumat dan resit itu yang kita hendakkan untuk buktikan kesahihan pembelian kita. Dalam resit ada tarikh, waktu, amaun, lokasi, transaction number. Itu semua penting untuk trace balik jika berlaku keraguan.
Kadangkala saya gelak apabila ada manusia yang masih nak tengok resit asal berbentuk kertas kecik tu. Saya pernah alami situasi sebegini. Perempuan tu insist nak tengok resit asal dalam bentuk kertas kecik tu. Saya cakap saya dah digitize dan upload dalam cloud storage. Dia kata saya boleh menipu. Saya cakap kalau saya nak menipu saya boleh je print out resit kecik tu atas kertas dan potong ikut bentuk asal resit.
Saya beritahu dia cuba check system tu dengan maklumat atas resit yang saya telah digitize dan akan keluarlah maklumat semua dalam sistem sales kedai dia. In the end dia kata dia takde akses untuk check, hanya boss dia sahaja yang ada akses. Saya paksa dia call boss dia. Dan dia call boss dia depan saya, saya dengar boss dia kata digital resit saya valid dan suruh dia proses claim saya dahulu. Tak lama kemudian boss dia datang dan minta maaf pada saya, boss dia suruh saya whatsapp resit yang saya dah pdf kan itu untuk dia simpan sebagai rekod claim barang.
Kadang-kadang saya pelik kenapa perlu nak buat kerja dua kali kalau kita boleh selesaikan dengan mudah. Just berterus terang beritahu bahawa akses nak check dalam sistem hanya boss atau supervisor sahaja yang ada dan mereka akan check kemudian. Alhamdulillah saya tak pernah alami kisah sedemikian selepas itu (juga sebelum-sebelum pun tak pernah). Ada beberapa kedai siap suruh saya ambil gambar resit barang yang saya beli, kata mereka kalau nak claim warranty, hantar je gambar tu. This one I salute.
No comments:
Post a Comment