Friday, February 18, 2022

ANKER Charger - Macbook Air Compatible Charger

 



Sebenarnya telah beberapa kali saya teringin sangat nak beli second charger untuk MBA saya. My main problem is bila saya buat kerja di rumah dengan MBA saya, dan esok paginya dalam keadaan kelam kabut ingin ke ofis, memang confirm charger MBA akan tertinggal. Nasib baik bateri MBA ni boleh tahan kuat, so dapatlah maintain power battery sepanjang event kerja. 

Namun ada juga beberapa kali bateri tinggal bawah 20%, dan nasib baiklah event yang dihadiri sempat habis. Di bilik ofis saya sebenarnya ada desktop HP untuk saya buat kerja. Masalah timbul apabila saya perlu hadiri online event. Desktop pc saya tak berapa support few things terutama bluetooth audio. Ada masa ia boleh berfungsi tanpa masalah. Saya menggunakan Bluetooth speaker Sony. Kalau layan youtube atau netflix atau astro on the go, tiada sebarang masalah. Ia cuma timbul apabila guna online conference application macam Google Meet, Webex, Zoom, Teams. 

Saya dapati bahawa jika aplikasi yang menggunakan bluetooth audio akan ada penggunaan microphone sekali, akan timbul masalah. Kadangkala audio akan hilang ketika pertengahan online event. Kadangkala dari mula kita join event, audio tidak akan dapat detect. So nak meminimakan permasalahan, saya akan bawa Macbook Air saya ke ofis dan online dari situ. Dan di sini timbul permasalahan baru iaitu tertinggal charger. Kalau meeting 2-3 jam okay lagi, selalunya online meeting saya tak lebih 2 jam. Tapi kalau saya kena hadiri kolokium atau defence proposal pelajar Master by Research atau PhD, masa yang diambil akan menjadi lebih. Ada juga saya kena jadi moderator untuk webinar. Kolokium dan Defence proposal pun adakala saya kena jadi panel. Kalau sekadar peserta tidak menjadi masalah. 

Melihatkan senario kerap tertinggal charger menyebabkan saya sedar perlu ada satu lagi charger di ofis. Dan riki-riki charger Macbook Air. Paling murah RM 189. Cable pula RM 99. Campur dua dua tu, hampir tiga ratus ringgit malaysia. So, bermulalah misi mencari replacement charger dari brand selain Apple. Dalam hati, takkan takde reputable third party brand yang compatible dengan Apple product. Menurut website Review Geek, ada 5 best replacement Macbook charger untuk tahun 2022 yang mereka recommend. Antara yang saya nampak adalah jenama RAVPower dan Anker. So, macam biasa, buka shopee dan cari di Shopee Mall. Untuk keselamatan dan jaminan barang bukan fake, saya akan cari di Official Shop/Seller. 

Kotak Anker ada 'premium feel'


Pilihan saya ialah jenama Anker. Model yang dipilih ialah Anker Power Port III Mini. Carian pantas di Google menyaksikan jenama Anker ini antara jenama charger yang top di US, selain Spigen, Nekteck, RAVPower, Belkin. Sebenarnya untuk MBA 2020 saya ini, charger original yang dibekalkan ialah 30 watt sahaja. So masa saya nak pilih charger yang sesuai, saya dalam dilemma samada nak ambil charger yang 65 watt atau 30 watt sahaja. Ketika di kedai Apple, staf sana kata saya boleh guna charger yang watt lebih besar, ia akan charge lebih laju katanya. Bila saya siasat di internet, charger original termasuk charger compatible yang dari reputable brand (semestinya bukan yang fake), ada komponen elektronik yang akan adjust watt supaya sesuai dengan kapasiti item yang sedang dicharge.

Anker merupakan jenama dari China. Bermula pada tahun 2011, Anker dah jual lebih 200 juta produk di 146 negara. Kalau ditinjau official website mereka, ada bermacam produk termasuk powerbank, portable audio dan banyak lagi. Bak kata orang, tak perlu ragu-ragu unless kalau beli Fake product Anker. 

maklumat watt charger Apple


Berbalik pada jenama Anker Power Port III Mini yang saya beli di official store Shopee, kapasitinya adalah 30 watt, sama dengan original charger yang diberi pada saya ketika beli Macbook Air. Puas sebenarnya saya cari maklumat kapasiti original charger Apple saya. Sana-sini cari di Internet, buka official website etc. Rupanya ada tulis maklumat tu di kepala charger. 

perbezaan saiz


Beza saiz agak ketara dimana Anker lebih comel dari Apple yang jauh lebih bulky. Ada lampu biru di charger Anker yang akan menyala bila kita on suis di socket. Cable charger saya masih guna original Apple. Baru-baru ini saya ke Apple Store untuk beli cable 1 meter. Cable original yang diberi adalah 2 meter. 

maklumat dari system information Macbook


Ketika saya type entri ini, MBA saya sedang dikuasakan oleh adapter baru Anker. So far so good. Saya telah melihat maklumat di System Report OS Macbook saya dan melihat bahawa kuasa yang dibekalkan oleh Anker adapter ini ialah 30 watt tepat. Hopefully masalah terlupa bawa charger akan selesai selepas ini. Ingin saya nyatakan bahawa harga yang dibayar oleh saya untuk charger Anker 30watt ini ialah RM 87 termasuk shipping. Harga asal ialah RM 139. Anker Official Store waktu ini ada promosi dan dapat collect 800 shopee points.  

No comments:

Post a Comment