Monday, December 13, 2021

Topi Keledar a.k.a Helmet

 



Tidak sah kalau menunggang motosikal tanpa membicarakan tentang topi keledar atau lebih senang dipanggil helmet di kalangan rider motosikal di Malaysia. Seperti semua sedia maklum, helmet direka untuk melindungi kepala. Ia bukan sahaja digunakan ketika penunggang motosikal, basikal pun ada yang menggunakan helmet. Malah ketika kita bekerja terutama di area construction pun kena pakai safety helmet. Rakan-rakan saya racing kereta (masuk track) pun pakai helmet. Kalau dari segi sukan, bukan sahaja sukan bermotor perlukan helmet sebagai syarat wajib, American Football pun kena pakai helmet. Ice Hockey tak terkecuali. Tentera dan agensi keselamatan juga guna helmet untuk protect kepala mereka. 

Ada pelbagai jenis helmet dan yang paling lazim dipakai adalah helmet open face bervisor. Full face pula boleh kita lihat pada rider-rider motosikal yang ride long distance atau rider motosikal kuasa besar. Kadang-kadang nampak helmet style demi jet atau istilah mudah, helmet 'steng' (setengah). Saya kalau nak bawa di sekitar taman memang pakai helmet steng je. Tapi steng helmet saya ni bukanlah betul-betul steng macam helmet kura-kura. Helmet kura-kura ni setahu saya dah tak legal atas jalanraya, mungkin kerana ia tidak menawarkan perlindungan sepenuhnya kepada kepala.

Di Malaysia, adalah wajib untuk kita memakai helmet jika kita naik motosikal. Samada tukang bawa moto atau bonceng moto, pakai helmet adalah wajib. Saya pernah ditahan polis waktu muda remaja dulu sebab tak pakai helmet, saya cakap saya tak pakai sebab dalam taman, polis tu cakap kalau atas jalanraya je kena pakai sebab kalau jatuh kepala terhantuk tar, parah nanti jadinya. Walaupun dilepaskan dengan amaran, tapi itu sudah cukup menakutkan saya. Sekarang kalau setakat ke lorong belakang rumah memang saya tak pakai sebab bawa pun slow macam kayuh basikal. Tapi kalau lebih dari itu memang saya sarung helmet steng saya. 

Dulu-dulu masa ride moto, tak banyak sangat brand helmet yang saya jumpa di pasaran. Ada helmet Apollo dan SGV. Dua jenama ni paling banyak di kedai moto, mungkin kerana harganya yang marhain dan sesuai dengan pengguna motosikal kapcai. Saya juga guna helmet Apollo masa baru-baru naik moto. Bila dah bujang sikit, pakai SGV. Ada juga helmet yang bangsawan (dan sampai sekarang pun masih bangsawan) iaitu Shoei, Arai dan Bell. Jenama Magnum pun ada tapi waktu tu saya tak berapa suka guna sebab helmetnya berat. 

Sekarang ada macam-macam brand yang masa dulu-dulu tahun 90an saya tak pernah nampak di Malaysia. Ada KYT, NHK, MHR, Givi, Lazer, LS2, Gracshaw, AGV, Shark dan banyak lagi. Apa yang menarik, helmet keluaran negara Asean serta Malaysia pun dah banyak dan dipasaran dan kesemua melepasi standard ketat helmet. Saya dengar, helmet fake pun ada di pasaran dan sudah semestinya standard diragui. Oleh itu dapatkan yang original. Google sahaja authorized dealer. 

Saya memang minat helmet yang cantik. Bagi saya helmet bukan sahaja melindungi kepala tetapi juga perlu cantik dan bergaya serta punyai warna yang terang. Helmet yang cantik dan colourful akan menjadikan pemandu lain alert pada kita dan ini secara tidak langsung membantu menjadikan keadaan di jalanraya lebih selamat. 

Minat pada helmet ini menjadikan koleksi helmet saya lebih dari dua. Itu tidak campur helmet free setiap kali beli moto (helmet free ni saya dah beri pada rakan-rakan di pejabat). Sudah semestinya saya kriteria helmet saya ialah samada ianya cantik ataupun ianya selesa. Selesa pada takrifan saya ialah padding tidak terlalu mencengkam terutama dibahagian atas kepala. Ini kerana saya sering gunakan sarung kepala untuk lindungi helmet dari cepat berbau. Walaupun saya dah ada beberapa spray inner helmet untuk wangi, tapi saya tetap guna sarung kepala tu sebagai perlindungan. Saya juga perlu memikirkan ruang kelegaan untuk spek saya. Pemakai spek memang susah sikit nak cari helmet sebab kalau helmet tu ketat sangat di bahagian tepi, boleh patah frame spek. 

Gambar dari Shopee


Helmet yang paling lama saya pakai setakat ini ialah helmet Givi Cielo M30.1. Helmet ini warna putih. Asalnya saya beli warna putih sebab ingat nak bawa bertugas RCJ PVR saya namun disebabkan kekangan kerja hakiki, sukar saya nak commit pada tugasan PVR. Givi Cielo tersebut amat selepas dipakai. Dan warna putihnya itu memang cantik. Saya padankan dengan visor smoke yang agak gelap,original givi. Bagi saya Givi Cielo ni harga mampu milik dan selesa. Kadang-kadang kalau kepala saya pening-pening atau tak berapa cukup tidur, saya akan guna Givi Cielo. Kalau pakai Givi Cielo, saya boleh pakai spek yang agak besar dan lebar. Givi warna ni dah tiada dalam product list di website Givi. Givi ni company Italy tapi ada kilang di Malaysia. 

Gambar dari website Givi Malaysia


Satu lagi Givi yang saya ada merupakan helmet double visor. Tapi in the end saya jual pada kawan saya sebab tak tahan pipi sakit kena himpit dengan padding. Masa tu pipi saya bam bam. Jarang sangat pakai. Kawan saya punya seronok dapat beli Givi M30.2 Presto tu dari saya. Dia cakap, ini helmet paling cantik dia pernah ada. Lagi satu Givi M30.2 Presto design yang saya miliki ini agak ramai juga yang pakai on the road. Waktu ni saya masih guna Honda Wave. Rasanya saya lah pengguna motosikal paling kecil guna Givi Presto ni kerana rata-rata saya tengok yang pakai adalah penunggang motosikal 250cc ke atas. Givi design ni masih lagi available di website Givi.

Gambar dari Shopee


Bila dah takde double visor, saya mula mencari pengganti. Kali ni kena try betul-betul dulu. Time ni dah pakai Honda RS150 dan dah mula ada kedai-kedai specialist helmet mampu milik di kawasan berhampiran. Sebelum ni jumpa di kedai motosikal sahaja. Saya ke sebuat kedai helmet and riding apparel iaitu motogear dan jumpa helmet NHK. NHK ni helmet dari Indonesia. Banyak sponsor sukan bermotor. Logonya berdiri sama megah dengan Shoei dan Arai, kalau di sukan bermotor. Pandai diorang market. Lagi satu dari Indonesia ialah KYT. KYT lagi lama bertapak berbanding NHK. Design padding KYT saya tak berapa ngam berbanding NHK. Ini kerana saya pakai spek dan juga sarung kepala, selain dari bentuk kepala yang agak besar. 

Di Motogear, saya beli NHK G10 warna yellow. Entah kenapa saya suka warna terang kuning ni. Mungkin nak bagi pemandu kereta alert dengan kehadiran saya sebab kalau saya bawa kereta pun saya akan alert pada helmet cerah-cerah ni. Cuma minta maaflah pada NHK sebab saya mendapati bahawa Givi lebih elok pembuatannya, dari segi smoothness double visor turun naik tu memang menang kat Givi. Dari segi harga, lebih kurang sama. Cuma helmet NHK ni saya tak jumpa di websiete pengeluar iaitu helmnhk.com. Risau juga kalau tak jumpa di website pengeluar ni. Tapi so far dah 2 tahun lebih guna, padding pipinya paling padu dikalangan semua helmet yang saya ada. 

Gambar dari Shopee


MHR helmet diatas ni saya tak rancang pun nak beli. Pergi servis Honda RS saya di kedai moto yang saya selalu servis, ada sale pula. Harga memang tak boleh bincang, nak kata murah sangat tak, tapi mampu milik. Ada macam-macam design helmet MHR dijual, tapi yang muat kepala dan sedap serta selesa adalah yang diatas. Ada lambang redbull warna biru. Nama official helmet ni ialah MHR Beatz OFF 622 Tech 3. Panjang betul namanya. MHR ni company Malaysia. Kilang di Penang. Boleh usya website rasmi mereka iaitu mhrracing.com. Mula-mula confuse dengan helmet terkenal China iaitu LS2. Sebab bila kita type MHR Helmet, akan keluar website mhr helmet yang berpangkalan di China. Mula-mula saya ingatkan MHR ni dari China, tapi bila saya kaji rupanya LS2 memanggil helmet mereka MHR. Cuma saya tak pasti samada MHR Malaysia ada link dengan MHR LS2 atau tidak. Apa-apa pun yang penting ada Sirim Approval. 

Gambar dari Shopee


Nak round-round taman dan taman sebelah-sebelah perlukan helmet yang sempoi lagi-lagi bila saya dah naik skuter Solariz. Saya beli helmet XDOT Cruise AEIOU. Harga murah, antara helmet marhain yang saya selalu nampak on the road. Cuma design je berbeza. Helmet XDot ni merupakan produk dari syarikat pembuatan helmet Malaysia yang bernama 2X-Site. Boleh tengok website mereka di 2X-Site.com. Syarikat yang diasaskan sejak 2006 ini juga mengeluarkan produk helmet lain iaitu jenama Gracshaw (cantik-cantik design) dan juga Grayfosh. Yang selalu saya jumpa ialah Gracshaw. Tapi Xdot ni agak sempit sikit kat telinga kalau saya pakai spek saya yang frame agak besar. Dan ianya rasa sedikit expose mungkin sebab design dia yang agak berbentuk separuh helmet. Macam saya cakap lah, sesuai bawa pergi kedai depan atau ke taman sebelah. Kadang-kadang kena buat delivery roti by my wife, so saya guna helmet ni je. 

Gambar dari Roda Kota Garage


Zeus helmet merupakan produk dari Taiwan. Saya beli helmet Zeus ZS-381 seperti di atas kerana ianya vintage serta sesuai dengan skuter. ZS-381 ni sesuai untuk urban ride. Dan 80-90% ride saya adalah urban ride. Kebetulan pula warna sama dengan body skuter Nmax 155 saya. Ada orang cari helmet sama warna dengan moto. Saya pula secara kebetulan sahaja. Harga memang mampu milik. Menurut laman web Zeus helmet...

ZS-381C is mixed design between a Jet and Open-Face. Its retro look, great fitting, and multiple features combine perfectly with the necessities that every motorcyclist needs and desires. Breaking away from the conventional Open Faces, ZS-381C is equipped with a highly durable sun visor to protect users from eye-straining.ZS-381C inner liner is made of breathable mesh fabric which provides perfect fitting and comfort. It can be removed and washed.ZS-381C inner liner is made of breathable mesh fabric which provides perfect fitting and comfort. It can be removed and washed. Upgrading to the maximum comfort without losing its characteristic vintage style, ZS-381C is designed with one front vent and two exhaust vents to help with heat dissipation and coolness inside the helmet.

Zeus Helmet telah lama bertapak di Taiwan sejak 1988. Boleh lihat website Zeus di sini. Ada banyak produk Zeus dan yang saya beli di Roda Kota ialah antara lineup produk mereka yang terbaru. 

Basically saya lihat kemunculan pelbagai jenama helmet terutama dari rantau Asia Tenggara seperti Indonesia dan negara kita Malaysia memberi pelbagai opsyen kepada pengguna. Jika dulu kalau nak kelainan design dan extra safety kita hanya ada Shoei, Arai atau Bell tapi sekarang ada pelbagai jenama di pasaran. Saya secara jujur melihat kualiti pembuatan helmet Givi dari Italy masih yang terbaik tetapi dari segi kualiti keselamatan, kesemua helmet memiliki standard piawaian keselematan yang diperakui samada oleh badan standard di Malaysia atau luar negara. Saya ada dengar bahawa pihak berkuasa boleh check samada helmet kita ini diperakui oleh agensi kita atau tak dan kalau tak mungkin tindakan boleh dikenakan. Namun so far setelah melalui pelbagai roadblock dengan kesemua helmet ini (kecuali Xdot yang memang saya jarang bawa keluar ke main road), tak pernah lagi standard helmet saya dipertikaikan. 

Bagi saya, jenama-jenama NHK, Zeus, MHR dan juga yang saya tak miliki (lagi?) seperti Gracshaw, KYT mempertaruhkan design helmet yang cantik dan pelbagai. Setiap tahun pasti ada group of designs yang menarik perhatian. Helmet pada masa kini bukan sahaja merupakan aspek wajib dalam penunggangan motosikal, tetapi design helmet yang menarik menjadi identiti pada seseorang. Bak kata orang, Safety with Beauty. 


No comments:

Post a Comment