Thursday, December 23, 2021

Shah Alam Banjir

 



Banjir yang terjadi pada 18-19 Disember baru-baru ini merupakan antara banjir yang dahsyat pernah dialami di Shah Alam. Ini kerana ia terjadi di hampir keseluruhan tempat termasuk kawasan-kawasan luar Shah Alam seperti di Klang. Rumah saya dan kawasan taman-taman bersebelahan tidak terlibat namun lokasi-lokasi yang sering saya pergi tidak jauh dari kawasan saya, semuanya banjir. Terdapat juga beberapa kawasan dan jalanraya yang airnya naik. 

Hujan yang turun tanpa henti di kawasan rumah saya selama beberapa hari menjadi petanda bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku iaitu banjir. Saya dan wife memang memantau segala perkembangan menerusi internet samada di media sosial seperi FB dan Twitter serta laman web rasmi. Saya guna apps Windy untuk melihat keadaan cuaca semasa. Seingat saya, kawasan rumah-rumah kawan saya di Klang, airnya naik dahulu. Kemudian saya mendapat perkhabaran dari rakan-rakan di TTDI Jaya dan Seksyen 13 bahawa air juga telah naik. Rakan-rakan yang menggunakan Tol Setia Alam dan Tol Bukit Jelutong pun melaporkan perkara yang sama menerusi whatsapp dan FB. 

Setelah lokasi kedai kawan saya di TTDI Jaya dinaiki air, saya bersama wife ke stesyen petrol terdekat untuk fill up petrol penuh-penuh dan juga keluarkan wang cash. Kami risau bekalan elektrik ditutup termasuk kawasan kami. Lagipun di kawasan kami ada tasik dan air juga telah naik hingga cecah pintu dapur rumah yang berhampiran. Walaupun tasik ini ada saliran yang akan mengeluarkan air lebihan supaya ia tak melimpah, namun hujan yang turun nampaknya melebihi kapasiti saliran yang ada. Kali pertama ianya berlaku sejak saya disini since 2004. 

Ketika kami keluar, saya dah pesan pada anak-anak agar sentiasa standby. Saya tinggalkan phone Maxis wife saya dan bawa phone Maxis saya. Ini kerana sejak mulanya hujan lebat non stop, kawasan kami hilang liputan Celcom. Ada sekali tu, Digi pun hilang. Hanya Maxis sahaja yang tinggal. Saya terpaksa keluar dari kawasan perumahan saya untuk dapatkan Celcom. Tak jauh, kira-kira 3 KM tapi disaat hujan non stop dan tiada ketentuan mengenai banjir, keluar 3 KM pun merupakan satu risiko. Nasib baik saya ada line Maxis dan Digi selain Celcom saya. Maxis dan Digi hanyalah prepaid, Celcom postpaid. 3 hari juga tiada line Celcom di kawasan saya. 

Dan nasib juga Unifi tak terjejas. Tapi saya dah maklumkan pada anak-anak supaya standby kalau tiada Unifi kerana banjir di merata tempat. Ada runtuhan kecil di jalan besar depan taman perumahan saya. Memang kami sekeluarga dalam mode standby. Restock makanan, charge fully kesemua powerbank kami, keluarkan duit cash dan refuel petrol kereta. Lilin je kami takde. Peti Ais full dengan stok makanan tapi kalau letrik out, susah juga. 

Gas standby tak dapat nak ganti sebab kedai gas guna celcom. Call tak dapat. Tapi Gas utama ada. Saya memang ada 2 tong gas. Senang kalau habis, ambil satu lagi. Lepas tu call gas untuk ganti gas standby. Isnin, 20hb Disember, lori sampah tak datang ke rumah. Saya dah pesan pada family jangan buat sampah banyak sangat sebab mungkin lori sampah terjejas. Nasib baik Selasa mereka datang untuk kutip sampah. 

Memang ramai rakan-rakan yang terkesan dengan banjir kali ini. Kedai-kedai rakan, rumah rakan-rakan, ofis rakan-rakan. Dan macam-macam kisah saya dengar dari mereka. Ada yang hampir terperangkap dalam banjir ketika on the road di Batu Tiga, Shah Alam. Sebenarnya Batu Tiga, TTDI Jaya dan Sri Muda merupakan kawasan yang pernah banjir dan ketika banjir-banjir tersebut berlaku, saya dah duduk di Shah Alam. Masih saya ingat banjir besar TTDI Jaya tahun 2006. Malamnya hujan lebat beserta ribut petir yang kuat. Esoknya saya nak keluar ambil awek saya (sekarang dah wife), rupanya jalan semua terputus. Saya duduk di taman perumahan tempat saya tinggal sekarang ini. In the end saya terpaksa lalu jalan jauh untuk ambil awek saya di rumah sewanya di Shah Alam. Ada la juga kena redah air banjir. Masa tu pakai Perdana. TTDI Jaya waktu itu banjir hingga rumah-rumah dan apartment di situ tenggelam satu level. Kenderaan pun banyak tenggelam. 2 orang rakan yang dah beli rumah di TTDI Jaya mengambil keputusan berpindah keluar dari situ.

Sekitar tahun 2002/2003 (saya tak ingat tahun sebenar), ketika itu saya masih pakai Proton Saga Putih, saya terperangkap di banjir kilat sebelum tol Batu Tiga (masa tu tol ni masih ada). Masa tu nak balik Selatan, bulan puasa. Saya sangkut di flyover Batu Tiga hala kilang gula. Saya memang masuk ke susur keluar Federal Highway tapi bila nampak kereta banyak dah stop di bawah, saya park kereta saya di lokasi atas susur keluar. Masa tu pun dah ramai yang parking. Terpaksa tunggu air reda. Saya iftar dalam kereta minum air sejuk. Nasib baik ada air sejuk. Beberapa jam kemudian air surut, baru kenderaan semua bergerak. 

Ini zaman tiada internet di phone. Memang tiada maklumat waktu tu. Main redah je. Habis kuat pun, kawan call henset bagitau jangan lalu tempat sekian-sekian sebab banjir. Itupun kalau dia tau kita memang dalam perjalanan ke kawasan tu. Selepas itu saya jadikan cuaca hujan sebagai panduan. Dan memang saya elakkan untuk lalu Batu Tiga Shah Alam kalau hujan luar biasa. Sehingga sekarang pun sama. 

Zaman saya belajar di ITM, banjir besar di Sri Muda. Sejak dari haritu, memang saya assume Sri Muda sebagai kawasan banjir. Lepas saya grad ITM dan masuk alam pekerjaan, rakan sekerja bagitau kalau nak beli rumah murah beli di Sri Muda. Saya tak tau la betul ke tak sebab memang saya tak cari rumah area situ. Pertama sekali sebab ada punca air iaitu sungai. Sama juga di TTDI Jaya. Walaupun dah buat macam-macam cara untuk kurangkan risiko banjir, the risk is still there. PhD saya berkenaan Disaster Readiness pun dah ada terangkan risiko berhampiran sungai, laut. When it comes to natural disaster, we can minimize the impact but we can never prevent it from happening. Satu kajian berkenaan bencana di Malaysia mendapati bahawa bencana berpunca dari air merupakan yang paling utama di negara kita. Ini kajian tahun 2006. Bencana berpunca dari air (hujan lebat) antaranya banjir, tanah runtuh, pokok tumbang, struktur runtuh akibat tanah mendap. 

Sekarang dengan pelbagai isu global warming dan pembangunan tanpa spesifikasi mungkin menyebabkan bencana berasaskan air ini kekal bencana nombor satu negara. Dan mengambil kira faktor ini, kita perlu bersedia setiap kali musim hujan. Selepas air surut, saya ada pergi ke kawasan-kawasan yang memang saya selalu kunjungi. Sedih melihat keadaannya, seperti war zone. Orang kata Ground Zero. Hari Ahad 19 Disember saya telah keluar naik moto ke pelbagai kawasan. Ada kenderaan melintang tengah jalan tersadai. Bukan sahaja kenderaan marhain dan kenderaan mewah, jentera bomba pun ada. 

Beberapa minggu sebelum kejadian, saya ada beri talk secara online (webinar) tentang pengurusan bencana terhadap manuskrip dan ada saya sentuh tentang banjir. Secara amnya, pelan tindakan bencana mengandungi 4 komponen penting iaitu pencegahan, persediaan, reaksi ketika kejadian dan pemulihan. Adakah keempat komponen ini dilaksanakan 100%? Apakah tindakan pencegahan yang dilakukan sebelum ini dan adakah cukup tindakannya. Apakah langkah persediaan yang dilakukan sebelum insiden dan adakah ianya mencukupi. Apakah reaksi ketika kejadian? Adakah tindakan pantas diambil? Adakah tindakan dan reaksi ketika kejadian menyeluruh dan meliputi kesemua kawasan dan penduduk terjejas? Dan kini sewaktu post ini ditulis, kebanyakan tempat berada dalam fasa pemulihan. Berapa lamakah proses pemulihan akan diambil dan adakah ianya akan pulih kembali seperti asal atau tidak? 

Cuaca masih lagi tidak menentu. Kerisauan tentang datangnya gelombang kedua, ketiga dan seterusnya tetap ada. Pusingan komponen tindakan bencana akan berulang jika adanya gelombang banjir seterusnya. Terdapat kajian di Greece yang menyatakan bahawa mereka yang pernah ditimpa bencana akan mempunyai pelan serta pengurusan bencana yang lebih efektif berbanding mereka yang belum ditimpa bencana. Saya tidak pasti keadaan ini sama di Malaysia atau tak. Kalau dari segi pemerhatian saya, jawapannya ye dan tak. 

Apa pun saya bangga dengan rakyat Malaysia. Tanpa mengira kaum dan agama, mereka sama-sama berganding bahu menghulurkan bantuan. Ofis saya juga tak terkecuali. Team-team dibentuk untuk turun bersihkan rumah-rumah staf yang dilanda banjir. Agak malang akibat kecederaan lutut saya, saya tidak dapat turut serta. Namun saya membantu sekadar yang mampu dari aspek lain. Sememangnya tagline Kita Jaga Kita terpakai dalam situasi banjir ini. 



2 comments:

  1. Ya Allah. Ini dugaan pada hujung tahun 2021.
    Semoga Allah selamatkan kita semua

    ReplyDelete