Thursday, December 09, 2021

Hampir Sebulan Bersama Nmax 155

 



Hampir sebulan saya bersama Yamaha Nmax 155, skuter yang saya terpaksa tunggu 2 bulan lebih. Sedikit reviu setelah menunggang di 250 kilometer yang pertama. Boleh dikatakan keselesaannya sama seperti yang dibicarakan oleh para penunggang Nmax yang lain. Hari pertama saya keluar, saya dah test lalu line putih di atas jalan. Tujuannya adalah untuk uji teori tayar standard tak bagus. Pengalaman dengan RS yang guna tayar size 17 saya aplikasikan dengan Nmax.

Memang dapat rasa ada geli-geli di line putih. Bukanlah bermakna tayar standard yang dibekalkan itu langsung tak bagus. Boleh je buat jalan-jalan sana sini. Cuma sebagai pengguna 5 motosikal dalam masa 5 tahun ini, memang ada perbezaan di antara tayar standard keluar kedai dengan tayar aftermarket. Itupun kena buat research sedikit tayar apa yang bagus. 

And then saya try ambil lap dengan kelajuan sederhana. Ada sedikit goyang-goyang. Nak compare dengan RS yang monoshock, memang agak bergoyang Nmax ni sebab dia dual shock. Beza rupanya dari segi layanan selekoh. Dan apabila saya lalu di garis kuning, terasa bergegar kepala. Itu baru garis kuning, garis merah apatah lagi. Untuk makluman, line putih, selekoh lap, garis kuning dan garis merah adalah laluan yang sama dimana saya akan lalu disitu setiap kali keluar rumah. So saya boleh rasa perbezaannya apabila saya tukar item-item di Nmax.

First step, saya tukar tayar. Niat dihati nak tukar Pirelli Angel Scooter. Ride jauh sikit sebab nak ke kedai tayar yang dikatakan ada pelbagai tayar skuter. Nmax guna size 13, agak rare nak compare dengan size 14. Sebelum datang dah whatsapp. Sekali sampai rupanya takde satu set Pirelli Scooter. Ada belakang je, depan habis for my size. Di suggest kan supaya guna kacuk, depan jenama lain belakang jenama lain. Tapi saya refuse, sebab tak pernah lagi try kacuk-kacuk ni. 

In the end terpaksa guna Corsa. Masa zaman RS memang pernah nak try Corsa tapi kedai tempat servis cuma ada Pirelli Diablo Rosso. Nawaitu ingatkan lepas puas guna Pirelli nak try pakai Corsa, last-last sampai jual moto pun masih elok Pirelli tu. 

Alang-alang mengCorsa, saya pilih tayar jagung. Corsa Cross S, dual purpose, off road dan on road. Dah macam tayar ADV pula. Setakat ni dah dekat 250km guna, tiada masalah. Haritu masuk jalan tanah merah, berdesup juga perginya. Masa atas jalan tanah merah tu saya macam pelik, smooth moto aku. Lupa yang saya memang guna tayar Cross S. Atas tar pun tiada masalah. Keluar kedai terus cari line putih, Alhamdulillah tiada geli-geli. Baru-baru ni bawa dalam hujan lebat pun, lalu line putih Alhamdulillah tiada geli-geli. Mungkin tayar baru kot. 

Next project, pergi ke kedai moto belakang rumah. Kedai ni dapat penarafan Yamaha Service Center. Memang authorize dealer dan service center. Pomen dia muda lagi, dah kenal saya. Saya beli RCB Absorber VS Premium Black sekali dengan tapak side stand Rapido. Absorber ni boleh adjust hi lo dan soft hard. Compression je takde. Balik layan lap depan rumah, tak goyang dah. Steady je rasa. Garis kuning dah tak rasa, yang ni memang menakjubkan. Garis merah masih rasa tapi tak seteruk masa guna absorber standard.

Cuma walaupun dah ada tapak side stand besar, saya masih ragu nak park lama tanpa guna double stand. Berat juga nak letak double stand ni. Agaknya kalau XMAX macam mana la ye berat dia. Lagi-lagi lutut kanan masih injured kesan badminton. 

Sekarang bila keluar bawa Solariz, rasa macam naik broom stick dalam cerita Harry Potter. Halus je Solariz ni. Tapi yang best sebab dia halus, nak menyelit lagi sedap. Menyelinap sana-sini kalau guna Solariz Red. Nmax Power Grey pula rancak disana, rancak disini. Yang penting dua-dua buat cari rezeki dan berbuat kebaikan. 



No comments:

Post a Comment