Wednesday, November 24, 2021

Beli Perfume di Isetan Online Malaysia

 



Ini bukanlah post yang ditaja oleh Isetan. Saya tidak menerima sebarang hadiah ataupun voucher dan sebagainya. Keluar duit lagi adalah sebab membeli di Isetan. 

Kali pertama saya melihat store Isetan ini ialah sekitar pertengahan 90-an di Kuala Lumpur. Waktu tu terdetik di hati, kenapa pilih nama Setan sebagai nama kedai? Zaman tiada internet, nak cari maklumat pun susah. Tanya kawan-kawan yang sama-sama tak tau, katanya kedai Jepun kot. Jawapan yang diberi pun tak berapa yakin. Memang betul pun Isetan berasal dari Jepun. Isetan ni bermula pada tahun 1886, asalnya kedai kimono di daerah Kenda, Tokyo. Nama Isetan merupakan gabungan nama Iseya dan Tanji iaitu nama asal kedai kimono ni.  They went into a proper departmental store in 1930, with the formation of Isetan Company Ltd. Selebihnya boleh baca di sini.

Zaman 90-an merupakan zaman belajar di IPT, duit pun tak berapa ada. Masa mula-mula kerja pun gaji tak seberapa. Bila lihat dari luar, kedai 'Setan' ni barang-barangnya nampak ekslusif. Segan pula nak menjengah masuk dalam. Dah la saya selalu dressing jeans lusuh dengan bawa helmet hitam di tangan. Saya jarang sangkut di motosikal sebab pernah ada pengalaman helmet kena curi (dipotong).

Sekarang pun saya jarang masuk ke Isetan. Kalau masuk pun sekadar tengok-tengok lepas tu blah. Isetan ni under departmental store. Saya selalu masuk ke departmental store yang lain seperti AEON, Sogo atau Parkson. Lagipun di kawasan rumah saya cuma hanya ada 3 departmental store tersebut. Kalau nak ke Isetan, paling dekat pun di One Utama.

Apabila keluar news berkenaan penutupan Isetan di One Utama dan kebetulan saya membacanya di internet, disebutkan juga bahawa Isetan mempunyai online store mereka sendiri. Trend sekarang memang kepada online store. Dulu saya agak kekok nak beli online. Kenapa? Sebab saya banyak pertanyaan kalau beli barang. Dan saya nak tengok depan mata, nak tengok size. Tapi sekarang banyak persoalan itu dah dijawab dengan review-review di internet. Kena rajin cari sahaja. Even proses unboxing pun ada. Saya kalau nak beli sesuatu memang akan spent a bit time untuk tengok review di internet. Bukan tengok satu sahaja tetapi beberapa review. Lepas tu compare. Lagi mahal barang tu, lagi lama saya spent time doing the research. Sampai boleh buat comparative analysis. 

Saya cuba-cuba browse di Isetan Online Malaysia dan terlihat beberapa produk perfume yang sedang sale. Haritu pergi ke kedai perfume kegeraman kegemaran saya di Mitsui, tak banyak dah stok masuk. Harga pun dah mahal tak macam dulu. Semuanya menyebabkan saya dalam kegeraman. Tapi sambar juga dua perfume sebab ada offer cuma ianya bau perempuan. Satu saya ambil, satu lagi wife saya ambil. Walaupun bau perempuan, tapi bila pakai takde siapa pun kata bau saya macam bau perempuan. 

Posing Perfume Tepi Sinki Dapur


So bila saya browse-browse perfume di Isetan, ada some perfume yang harga RM 1xx. Shipping baru berapa RM. Saya sauk perfume Guess Seductive for Men EDT 100 ml. Harga RM 109 campur shipping jadi RM 115. Okay sangat untuk saya, perfume pun original Guess, cuma tak pasti dah berapa lama simpan dalam stor mereka. Order hari Jumaat, Selasa dah dapat. Shipment through DHL.

Kotak Isetan Shop Online


Overall, puas hati sebab kalau nak saya sendiri masuk Isetan nak tengok-tengok item macam ni, memang tak la. Kalau tak kerana Isetan Online ni, memang saya tak tau ada juga price drop item di store mereka. One of the benefit untuk online store ni ialah customer yang segan-segan masuk kedai fizikal mereka (macam saya) in the end akan membeli produk mereka after browsing di dalam online store mereka. Online store lain yang saya pernah beli produk ialah di Bath and Body Works. Kalau nak masuk kedai fizikal mereka memang seganlah sebab tak tau pun nak cari apa. 

Ada yang tanya, beli perfume guna online store ni ok ke? Kan ke tak boleh test bau. Ya, itu satu kekangan lagi-lagi kalau kita nak beli perfume yang kita tak pernah pakai. Di Isetan Online Store ni ada satu perfume yang saya pernah pakai masa zaman bujang awal-awal kerja dulu iaitu Ferrari Black.  Sale price di Isetan Online ni lagi murah dari harga ketika Ferrari Black ni digunakan oleh saya berbelas tahun lepas. Memang Black ni pun overall dah murah dah sebab kategori perfume old model tapi bau dia mengingatkan saya pada zaman-zaman muda saya. 

Bubble Wrap Tebal


Untuk Guess ni, saya tak pernah pakai. So saya selalu kaji ciri-ciri bau dia di fragrantica.com. Kadang-kadang saya akan tengok samada baunya ada persamaan dengan bau yang saya pernah saya pakai. So far saya pernah pakai brand Dunhill, Ferrarri, Tommy Hilfiger, Benetton, Paco Rabanne, Bvlgari, Armani, David Beckham dan ada beberapa lagi. Tapi yang saya paling suka koleksinya ialah Ferrari dan Dunhill. Tak tau kenapa.


 

Friday, November 19, 2021

Registered (New Scooter)

 



Motosikal di Malaysia merupakan antara kenderaan yang sangat kerap kita jumpa. Ada yang menyelit celah-celah kenderaan di laluan sesak. Motosikal juga dapat dilihat parking di merata tempat. Kalau di masjid waktu solat, memang penuh motosikal. Student di IPT pun ramai guna motosikal. Rakan-rakan saya yang dulu kerja naik kereta pun semakin ramai tukar ke motosikal. Di rumah mereka ada je kereta sedan, SUV atau MPV.

Motosikal di Malaysia ada pelbagai kategori. Dari moto kecil sampai ke besar. Pengalaman naik moto ni, kalau di kawasan bandar, elok naik yang size kecil. Senang nak menyelit. Tapi kalau kerap masuk highway, better cari yang besar sikit. 250cc bagi saya dah cukup memadai. Tapi ada je yang bawa moto yang lebih besar dari 250cc untuk daily ride. Untuk saya, kalau setakat pergi balik kerja dengan jarak sederhana, sesuai 250cc. Tapi kalau lokasi kerja pun dekat, tak masuk highway, lebih banyak lalu laluan sesak dan lampu isyarat, serta kejap-kejap nak ke kedai beli barang atau ngopi, below 250cc is the best.

Saya mula naik motosikal secara sah di sisi undang-undang pada awal 90an. Sebelum tu bawa secara haram. Motosikal Honda C90 merupakan yang pertama bila saya dah ada lesen. Sebelum tu bawa Yamaha CDI 80cc. Pergi sekolah bawa Honda C90. Rasa macam dah bujang sangat bila bawa moto sendiri pergi sekolah. C90 ni warna maroon, lampu depan petak, belakang pun petak. Ada bakul. Zaman tu takde box givi lagi.Helmet pun Apollo. Saya lenjan cukup-cukup motosikal ni. Brake sampai mencicit bunyi. Memang rabak lining brake. Tapi apa peduli masa tu. 

Paling tak boleh lupa bila ada kawan sekolah bawa Kawasaki KIPS ke sekolah, hijau warnanya. Rasanya 150cc. Terus pasang impian dah kerja nanti nak beli KIPS. Honda C90 saya 4 lejang. Tak guna 2T. Yang lain semua guna 2T. Masa tu moto 4 lejang ni tak selaju moto pakai 2T. Bunyi pun bass kuat, tak nyaring macam nyamuk seperti motosikal 2 lejang.

Honda C90 saya kalau langgar lubang akan kedengaran bunyi cit cit tikus di absorber belakang. Berenjut-enjut sebab absorber dah kong. Zaman tu takde lagi absorber ada subtank. Dengan keadaan daif moto tu, merata juga la pergi di kawasan Petaling Jaya. 2-3 kali juga kena tahan bawa pembonceng sebab lesen L lagi. Dah la pamer L besar, bawa pula pembonceng. Salah seorang rakan pembonceng yang pernah kena tahan di roadblock dah pakai Harley Davidson sekarang ni.

Lepas tu saya beli Yamaha Sport Merah. Yang ni jadi lejen. Banyak melalui pelbagai kisah dengan saya. Saya guna dari zaman SPM hinggalah selesai universiti. Dengarnya masih ada lagi di kampung, sedara saya guna. Kalau ada rezeki saya ingat nak beli balik moto ni. Ada terlalu banyak kisah dengan moto ni. Dari berbentuk sopan standard kilang hinggalah berbentuk seperti modifikasi yang tak siap. Spray cover depan dari putih ke hitam. Letak sticker tengkorak merah. Rakan-rakan semua gelarkan moto saya ni Yamaha Tengkorak. 

Ada suatu masa tu, nombor plet depan belakang takde sebab patah. Tayar guna TT100. Servis jarang. 2T je jaga. Kadang-kadang tuang sikit 2T dalam tangki petrol nak dapatkan efek asap banyak. Langsung tak mesra alam masa tu. Ekzos, saya guna silencer kosong. Memang memekak. Ada sekali tu duduk di rumah flat, seat saya kena toreh, mungkin sebab ada orang marah ekzos saya bising. Rakan serumah gelarkan ekzos saya ekzos motobot. Bising tapi tak laju. Pernah sekali masa tengah bawa tiba-tiba takde response dengan throttle. Rupanya sproket belakang dah haus gila sampai rantai tak boleh tarik. 

Pernah sekali bawa musim hujan lebat ribut petir. Motor lain semua berhenti tapi saya jalan je tanpa baju hujan. Zaman tu takde lagi baju hujan full suit macam sekarang. Di traffic light, moto saya mati. Terpaksa tolak moto tu dalam hujan ribut. Dah la takde kawasan teduh situ. Saya nampak orang-orang dalam kereta semua simpati tengok saya. Nasib baik lagi 5 km nak sampai rumah. Tolak lah saya dalam hujan ribut tu hingga sampai rumah sewa.

Yamaha Sport ni masa beli zaman SPM pernah jatuh langgar kereta. Cedera saya di lutut, kaki dan tangan serta siku. Bawa robust masa tu, kereta dah bagi signal masuk simpang kanan pun saya masih nak memotong sebelah kanan. Dah la bawa laju. Kesudahannya saya jatuh dan terbaring di depan restoran kopi cina. Saya dengar pengunjung kedai tu jerit pada saya 'Bawa laju-laju!'. Ada polis off duty yang tolong saya angkat moto dan bawa saya ke klinik kesihatan. 

Tuan punya kereta tu, uncle cina, siap minta maaf, katanya dia lambat bagi signal. Saya pun minta maaf kat dia sebab saya potong kanan. Masing-masing  nak mengaku salah. In the end polis off duty yang tolong saya tu marah saya, dia kata 'Kau yang salah'. 

Selesai belajar di ITM, saya ambil arwah Ayah punya Yamaha 110 SS. Moto yang pakai klac tapi klac hidup. Lepas klac enjin tak akan mati. Saya guna ni berulang alik kerja. Jarak pergi balik dalam 30-40km. Konvoi dengan kawan sekerja (juga sekelas di ITM). Dia guna EX5. Bila saya pulang dari UK lepas sambung belajar dan bekerja di tempat sekarang, terus tak guna moto.

Masa tu ada juga rancangan nak guna superbike. R1 masa tu tengah top. Dalam hati masa tu samada nak ambil R1 atau Ducati 916. Tapi lepas tengok harga dan maintenance, terus tinggal angan-angan. Lagi pula zaman tu tak semudah nak buat loan motosikal. Downpayment pun tinggi gila. 

Hampir 15 tahun tak naik moto lagi-lagi on the road. Sehinggalah saya kembali beli motosikal Modenas MR1. Saya dan 2 rakan lagi sama-sama beli di kedai sama iaitu Hiap Aik. Tapi jarang saya bawa on the road. Setahun mileage tak sampai 200km pun. 2 tahun juga rasanya saya guna MR1 tu, isteri saya pun guna dalam taman. Selepas kabel throttle putus, kemudian CDI rosak, saya pun trade in di Hiap Aik dengan Honda Wave 125. Yang ni pun jarang on the road. Kadang-kadang je bawa pergi ofis. Time guna Wave ni lah keluarnya super moped iaitu Yamaha Y15 dan Honda RS. Terus berminat dengan possibility nak bawa moto klac 150cc. Sebelum tu belikan wife skuter Yamaha Solariz, saya pula beli Honda RS sebab ready stock. Juga di Hiap Aik. Bila dah guna Honda RS baru start banyak guna on the road. Skuter pun saya bawa on the road. 

Lepas kena covid saya dah rasa tak berapa sedap bawa moto klac. Mungkin dah selesa bawa skuter Solariz. So saya decide nak tukar ke skuter yang lebih besar iaitu NMAX 155. Rujuk post sebelum ini di sini.  Kena pre order. Orang lain hampir 6-7 bulan. Saya kira-kira 2 bulan setengah. Mungkin nasib saya baik kerana saya order apabila kilang kembali dibuka. Tadi saya check JPJ Portal, NMAX saya telah didaftarkan. Dah ada geran. Tinggal tunggu skuter tu wujud di kedai sahaja. 

Jika dikira dari janji kedai, ia lewat kira-kira 15 hari dari dateline 2 bulan mereka. Kira okaylah. Honda RS saya pun dah selamat di trade in beberapa hari lepas. Duit je belum masuk lagi. Nama dah tukar pada nama kedai. So now, waiting for kedai untuk deliver pada saya sahaja. Maybe next week. Saya mungkin ambil lambat sebab ada banyak kerja saya kena siapkan minggu depan. Biarlah parking di kedai dahulu.

Wednesday, November 10, 2021

Resuming Business Back To Normal

 


Umum mengetahui seluruh dunia lumpuh hampir setahun lebih akibat pandemik Covid 19. Lot of countries were in lockdown mode. Not only people's daily life were disrupted, business pun sama juga. Kedai terpaksa ditutup, kilang juga ditutup. Even things that we thought would never close down, were closed too. 

So, apabila sektor kembali dibuka as life begins to resume, salah satu cabaran ialah untuk kembali beroperasi seperti biasa terutama sektor pembuatan dan pengilangan.

Company kena cepat capai tahap operasi sebelum lockdown, jika gagal maka dia akan ketinggalan dengan pesaingnya yang lebih dahulu mencapai tahap optimum. Ini berlaku dalam satu sektor ni. Biarlah saya rahsiakan namun rasanya ia adalah 'known secret' dikalangan mereka yang memerlukan produk sektor tersebut. 

Cari sahaja di FB dimana yang memerlukan produk sektor terbabit meluahkan perasaan tidak puas hati. Sektor tersebut mempunyai pelbagai jenama yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat namun hanya dua sahaja yang amat dominan. Ia seperti mobile phone, ada pelbagai jenama tapi yang dominan hanya Apple dan Samsung. Tapi kisah ini bukan mengenai smartphone. Ia berkenaan produk yang lebih mahal dari smartphone.

Company A selama ini mengatasi pesaing iaitu company B. Namun lockdown memberi kesan. Walaupun ramai yang order produk company A namun company A gagal resume normal operation dalam kadar yang cepat. Setelah berbulan kilang dibuka, company A masih gagal dengan teruknya untuk memenuhi permintaan. Company B lebih pantas mengatasi permasalahan ini. 

Saya menerima 'inside' information bahawa company A gagal mengatasi permasalahan di line production dimana ada bahagian yang reduce manpower kerana terpaksa dikuarantin akibat covid. Kilang elektronik adik ipar saya juga mengalami masalah terbabit. Ada juga yang mengatakan bahawa spare part di company A juga terjejas kerana supplier mengalami permasalahan serupa.

Di sini kita lihat kesan lockdown adalah bersifat chain reaction. Satu kilang komputer memerlukan spare part yang dibuat oleh kilang lain. Satu buka dan satu lagi tutup, tiada production boleh dijalankan. 

Apa yang saya lihat, company B berjaya mengatasi masalah ini. Ada yang kata disebabkan company B buka dahulu. Ada juga yang kata disebabkan company B mempunyai backlog order yang kurang dari company A. 

Namun apa jua alasan yang diberi, nampaknya peminat produk A semakin ramai beralih pada produk B. Jelasnya disini, jika keadaan berterusan hingga hujung tahun atau awal tahun depan, company A akan kalah dengan company B dan seterusnya boleh menyebabkan kerugian yang terbesar dalam sejarah mereka.

Ramai orang yang telah order produk dari A membatalkan pesanan mereka dan membeli produk B. Malah ada juga yang membeli produk dari pesaing lain. Kesabaran buyer ada limit dia, ada yang tunggu berbulan-bulan lama. Malah kedai yang berhampiran kilang produk A sendiri tiada stok A. Bukan sahaja buyer marah, penjual pun marah. 

Apa yang saya lihat, company A masih ego dan bongkak untuk mengakui kesilapan dan kelemahan mereka. Saya ada baca statement dari company A meminta maaf atas kelewatan dan menyatakan bahawa tindakan telah diambil. Namun perlu diingat, buyer company A consists of people from various background and industries. Ada yang bekerja dalam sektor pembuatan dan pengilangan. Setakat menyatakan tindakan telah diambil sahaja tidak cukup. Perlu dinyatakan apa tindakan yang telah diambil.

Another thing is, in order to win back the hearts of consumer, company A perlu tawar free gift yang menarik. Tidak kiralah samada ia berbentuk produk ataupun pakej lain. But they need to do something. Bukan senang nak pujuk hati manusia. 

Penjual produk B ada yang meracuni pemikiran potential buyer. Saya pernah ke satu kedai yang menjanjikan produk B akan sampai ke tangan saya dalam masa seminggu sahaja jika saya beli dengan dia. Dia juga ada ambil produk A dan dia sebagai otai dalam industri kecewa dengan produk A kerana gagal deliver on time.

Dia cakap kat saya, 'You bayangkan kalau pun sampai produk A tu pada you, tapi diorang ada problem spare part. Kalau apa-apa jadi you nak repair or claim warranty mesti berbulan-bulan juga, sama rasa dengan you nak tunggu produk A. Kalau produk B dia dah normal operation, spare part pun sudah banyak'.

And depan saya ada orang switch from ordering produk A to produk B walaupun produk B lebih mahal. For me, company A is in almost total disaster now in terms of business recovery. Kalau di negara lain, dah ada yang kena pecat dan diumumkan dalam news.


Friday, November 05, 2021

Dalam Kenangan

 


Saya tidak tahu untuk meletakkan tajuk apa di posting ini. Saya mengenali Rozlin ketika saya mengajarnya di universiti. Beliau merupakan pelajar saya yang mengambil mod ePJJ iaitu part time untuk mereka yang bekerja. Dia bekerja di sebuah kementerian di Putrajaya.

Dia juga merupakan graduate diploma kami dan merupakan first batch diploma kami. Saya ada perasan dia ketika diploma tetapi tak berapa pasti samada pernah mengajar kelas dia atau tak. Maklumlah batch tu ramai, ada 9 kelas rasanya. Lagipun ianya kira-kira 20 tahun dahulu, memang tak ingat. Saya cuma ingat nama dia sahaja. 

Semalam, sekitar jam 1.09 tengahari, saya melihat whatsapp status Rozlin yang berbunyi 'Untuk makluman Rozlin Sharina telah meninggal dunia baru sebentar tadi. Minta semua sedekahkan AlFatihah'. To be honest, saya sangka Rozlin update status mengenai saudara kandungnya yang meninggal dunia. Saya sangka mungkin ada adik beradik beliau yang bernama Rozlin Sharina, kerana saya save number dia dalam fon saya as Rozlin Sharine. 

Ketika itu saya rasa simpati pada Rozlin, kerana saya tahu dia sedang bercuti di Sabah berdasarkan update di Whatsapp Status, FB dan IG beliau. Simpati kerana ketika bercuti, kehilangan saudara rapat. Lepas Zuhur, saya keluar berdua dengan wife untuk beli baju sekolah anak-anak. Ketika tunggu wife dalam kereta, saya buka fb Rozlin untuk lihat samada ada kawan-kawan beliau ucapkan takziah dalam fb namun saya lihat tiada sebarang aktiviti baru di facebooknya. 

Saya pulang ke rumah kira-kira jam 5.30 dan sekitar jam 7 petang terdetik hati untuk whatsapp Rozlin untuk ucapkan takziah atas pemergian yang saya sangka saudara kandung dia. Even saya sempat berbincang dengan wife, wife kata mungkin saudara kembar dia kot, sebab nama dekat-dekat sama. Saya nak check senarai nama pelajar namun senarai nama ada di ofis dan ofis hari ini tutup. Dalam hati masih berbelah bagi samada yang pergi adalah Rozlin yang saya kenal ataupun saudara kandungnya. Seingat saya namanya Rozlina Sharine bukan Sharina. 

So I decided to take a look back at her FB and IG. Saya terkejut kerana FB dan IG nya dah ghaib. I begin to suspect something is wrong somewhere. Saya tak pernah lalui lagi pengalaman menerima berita kematian seseorang melalui whatsapp status orang tu sendiri. Saya tanya pendapat wife. Wife kata mesti dia dah 'pergi', sebab tu FB dan IG dia family dia deactivate. Dalam hati saya 'make sense'. 

Saya try whatsapp number Rozlin, and trust me, hati berdebar sebab tak tau apa reaksi dan jawapan yang akan diterima. Then I received a voice audio. It was her friend. Kawan perempuan dia cakap memang benar apa yang saya baca di whatsapp status. Dan kawan perempuan dia kata dia kenal saya sebab arwah pernah cerita mengenai saya terutama ketika mengambil subjek saya. Jujur saya terkejut dengan berita pemergian beliau. I later found out that kawan dia yang deactivate all her social media account atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Saya masih belum 100% confirm akan berita yang mengejutkan ini. Saya call jiran saya, kebetulan jiran saya adalah rakan pada abang Rozlin. Jiran saya sahkan berita tersebut. 

Arwah Rozlin yang saya kenal begitu gigih nak menghabiskan pengajian. Last dia contact saya pada 10 September 2021 menerusi whatsapp, bertanya samada saya sihat atau tidak. Dan saya jawab pendek je..sihat. Mungkin dia tau saya kena covid dan dimasukkan ke hospital pada hujung Julai. Mungkin juga dia perlu nasihat and motivasi dari saya untuk dia keep her momentum on her degree course. 

Beberapa bulan sebelum tu, arwah ucapkan terima kasih pada saya kerana banyak bantu dia dari segi pengajiannya. Bagi saya, itu tugas saya. Bukan dia seorang sahaja pelajar terutama part time yang saya nasihat. Saya pernah belajar part time di peringkat PhD. To balance between work, study and personal life ni memang agak sukar. Kita perlukan motivasi dari orang lain. Ketika saya buat PhD pun saya dapat nasihat dan motivasi dari rakan-rakan yang dah lalui perkara yang sama. For me Rozlin can finish her part time degree, cuma perlu some motivation and guidance. 

Arwah Rozlin mempunyai hati yang baik. Dia ceria. Kalau berbual dengan dia through phone, tak berhenti dia bercakap. Dia pernah mengadu yang dia rasa ketinggalan sebab rakan-rakan diplomanya yang lain semua dah ada degree. Saya cakap kadangkala perjalanan seseorang tak sama. Ada sebab kita lambat sikit. Macam saya, PhD saya lambat sikit dari rakan-rakan saya. 

Arwah juga rajin melakukan pelbagai business part time. Dia jadi personal shopper untuk barang-barang branded. Dia ada beberapa IG dan few of her business IG di saat saya update post ini masih belum dipadam. Ketika birthday wife saya, saya pernah nak order bunga dan delivery dari arwah sebab dia pun ada buat perkhidmatan ni. In the end tak jadi sebab saya beli sendiri bunga di Bukit Jelutong dan bawa terus balik rumah. 

Seingat saya semester ini adalah semester akhir Rozlin. Saya tak update mengenai pengajian beliau pada semester ini kerana saya sendiri agak sibuk terutama selepas discaj hospital beberapa bulan lepas dan juga bergelut dengan kesan covid pada tubuh badan saya. Saya mengajar Rozlin dua subjek, satu ketika face to face dalam kelas, satu lagi ketika zaman covid menerusi online. 

Di bawah merupakan berita insiden yang menimpa arwah, diambil dari Harian Metro Online. Al Fatihah (dibaca) untuk Rozlin Sharina, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 



Semporna: Kakitangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meninggal dunia ketika mendaki Bukit Bohey Dulang di sini, pagi hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Rozlin Sharina Rosedi, 40, berasal dari Perlis dan bertugas di Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa dipercayai mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti berkenaan pada 10.13 pagi.

Menurutnya, mangsa bersama dua lagi rakan wanita dikatakan pergi ke pulau terbabit untuk melakukan aktiviti mendaki.

"Ketika mendaki, mangsa dikatakan mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

"Kakitangan Taman-Taman Sabah memberi bantuan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh doktor di hospital berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata, mayatnya dirujuk ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Disiarkan pada: November 4, 2021 @ 10:09pm