Baru-baru ini saya decide untuk ganti buds yang telah saya
miliki selama hampir setahun. Bukan kerana buds ini rosak, atau sound tak
berapa cun, bukan juga kerana ia datang dari jenama china.
Saya beli buds asal saya ini kerana ingin mencuba guna buds. Adakah sesuai atau tidak. Saya dapati buds yang saya telah miliki
ini bila pakai lama sikit, rasa sakit di telinga. Design seperti Apple Airpods,
tapi keselesaan kurang. Harga pun tak sampai RM200.
In the end, saya beli Samsung Buds Plus dari kedai kegemaran
saya iaitu Samsung Setia City. Dapat harga diskaun sebab Buds Plus ni dah
discontinue. Kedai tengah habiskan stok.
My first impression is selesa pakai Samsung Buds Plus ini.
Beza dengan buds saya sebelumnya. Mula-mula saya kaji di internet, ada yang
kata Buds Plus ini hanya start charging kalau power dia dah nak habis. Berbeza
dengan buds lain yang apabila dimasukkan dalam casingnya akan terus charging.
Rupanya, Samsung Buds Plus ini pun sama juga, masuk dalam casing akan terus
charging.
Sound memang lagi best dari buds lama saya. Saya difahamkan
Samsung Buds yang lebih baru, lagi best bunyinya. Buds Plus ini tiada ANC tapi
saya tak kisah sebab Sony saya yang ada ANC pun saya selalu offkan supaya bunyi
luar masuk. Rasa macam tak best kalau tiada bunyi luar masuk. Boleh terkejut kalau tengah layan lagu tiba-tiba bahu kena tepuk.
Oleh kerana tablet dan smartphone saya jenama Samsung, so
senang nak configure Buds Plus ni dengan device saya. Bunyi pun mantap, tuned
by AKG kata Samsung. Walaupun tak boleh lawan Sony Xtra Bass earphone saya yang
guna wire, tapi for a wireless earphone bud, bunyi tak mengecewakan. Dan bila saya
connect to my Hi Res Sony MP3 player, this Buds Plus can deliver high level of
volume, much more better than other wireless Bluetooth earphone. Saya ada 1
Sony Sport Wireless earphone, tapi bunyi tak sekuat this Buds Plus.
Saya dah try exercise guna this Buds Plus. Walaupun IPX rating
dia cuma 2 tapi tak rosak kena peluh saya. IPX2 ni untuk water resistant. Jangan dibawa mandi pula ye. Ini bukan level jam GShock. Nak pemahaman lebih lanjut boleh tengok IPX rating dibawah.
So far saya puas hati guna Samsung Buds Plus ni. Saya list down perkara yang saya puas hati iaitu:-
1. Keselesaan pemakaian. Sebab utama saya tukar dari buds lama saya ke Buds Plus. Selain dari pemakaian yang bersifat in ear, ia juga terletak kemas di telinga saya. Dan tak rasa sakit bila pakai dalam jangkamasa 2 jam (paling lama saya pakai). Ringan pulak tu.
2. Level volume dia lebih tinggi berbanding Sony Wireless earphone saya. Even my Sony XM4 pun tak setinggi Buds Plus kalau guna wireless.
3. Easy to connect with my Samsung devices. Samsung sama samsung memang senang. But when I connect it to my Sony device pun, senang juga.
4. Price wise compare dgn Samsung buds yang lain, it is cheap. Mungkin sebab dah discontinue. Compare tu my old buds jenama China, of course yang jenama China tu is more cheaper la.
5. Bateri tahan. Walaupun saya tak guna berterusan lebih dari 2 jam, tapi saya tahu bateri dia tahan.
6. Charging case guna usb C. Pantas sikit nak charge. Tak pasti boleh charging wireless ke tak.
7. Sound quality not bad. Samsung kata tuned by AKG.
8. Senang nak configure sound guna Samsung Apps di Samsung device.
Yang saya tak berapa suka mengenai Buds Plus ini ialah
1. Kecil, risau kalau tengah masak dia terjatuh dalam masakan. Walaupun nampak fit dalam telinga, tapi sebab dia kecil dan ringan, rasa tak confident sangat. Langkah pencegahan, jangan guna masa masak.
2. Sebab dia kecil dan ringan, risau kalau jatuh. Harga mahal tu pun buat risau. Even kalau letak dalam case pun, risau jatuh. Bab hilang dalam simpanan agak susah sebab kita boleh cari dia dengan apps.
3. Buds lama saya bentuk macam airpod. Sejujurnya saya suka design airpod sebab dia ada tangkai terjulur keluar dari telinga. At least orang tau kita tengah guna device di telinga so takde la nampak macam cakap sorang-sorang.
4. Lubang telinga saya gatal kalau pakai lama-lama sebab buds plus ni jenis in ear, masuk lubang telinga.
5. Sound configuration tak cukup comprehensive. Being a guitarist yang dah biasa setup sound di multiple guitar gadget, memang susah nak puaskan hati saya tentang sound configuration.
Kalau nak review lanjut, google je. Ada banyak review mengenai Buds Plus ni.