Alhamdulillah, setelah lebih sebulan saya diserang covid 19, iaitu 13 Julai hari pertama bergejala dan 21 Julai hari dimasukkan ke hospital, kesihatan dan tubuh badan saya hampir 95%. Kenapa saya kata 95%, ini kerana ada ketikanya saya rasa sedikit letih dan stamina saya belum sampai 100% ketika bersenam.
Yang membuatkan saya teruja untuk menulis entri perkembangan ini ialah dalam minggu ini saya agak agresif dan aktif melakukan pelbagai rutin exercise yang saya lakukan sebelum saya kena covid, dan sudah tiada lagi tanda-tanda keletihan ketara.
Saya teringat 2 minggu lepas apabila saya start exercise petang, malamnya saya tidur awal akibat keletihan yang amat sangat. Dan apabila saya tukar ke malam hari, saya tak mampu nak habiskan rutin exercise saya. Kecungapan ketika exercise pun hadir lebih awal. Heart rate saya juga tinggi dari biasa, 7 minit exercise sudah 15x bpm. Saya monitor guna jam Samsung Watch.
Kadar BPM nak turun pun slow. Selalu ianya cepat turun ke bawah 100bpm selepas saya exercise, kali ini agak slow.
Namun saya konsisten slowly exercise, disamping menjaga kembali pemakanan dan mengambil madu, habbatus sauda serta vitamin C Shaklee, and minggu ini keadaan kembali normal. Samada akibat supplemen dan pemakanan saya ataupun sebab saya sudah kembali kerap melakukan exercise, itu sesuatu yang tidak dapat saya kenal pasti. But for sure, keadaan badan dan stamina saya hampir pulih. Waktu tidur pun seperti dah kembali ke zaman sebelum covid. Mood untuk update blog ini pun dah kembali.
Apa pun biar saya cerita sedikit keadaan yang saya alami selepas keluar hospital. Saya simpulkan ia sebagai sindrom post covid. Perkara yang seakan sama juga terjadi pada 2 orang rakan baru saya di hospital. Saya kenal mereka kita sama-sama ditempatkan di wad low risk (asrama doktor Hospital Klang). Wad low risk ni adalah untuk pesakit yang dah masuk wad covid dan hampir pulih, tapi belum dibenarkan discaj.
Minggu pertama saya balik ke rumah, memang kerja saya tidur. Tidur lebih 12 jam sehari. Malam pukul 9 malam dah tidur, bangun sharp pukul 6 pagi. Lepas sarapan tidur lagi hingga tengahari. Lepas makan tengahari tidur lagi hingga petang. Nak tunggu waktu isyak adalah sesuatu yang sangat sukar kerana lepas maghrib dah mengantuk.
Memandu kenderaan juga sukar. 15 minit pemanduan membuatkan saya akan tidur selama hampir 2 jam. Letihnya seperti bawa kereta non stop dari KL ke JB. Keadaan ini berlarutan hingga minggu kedua. Motosikal-motosikal saya langsung saya tak sentuh. Hanya hidupkan enjin sahaja. Minggu ketiga baru saya berani bawa motosikal saya. Ketika ini saya dah pun berjaya membawa kenderaan saya ke kedai berhampiran yang jaraknya tidak sampai 3 KM. Apabila pulang, saya rasa tidak letih dan ini membuatkan saya yakin saya boleh membawa motosikal.
Saya pilih skuter Yamaha Solariz wife saya untuk saya bawa sebagai percubaan. Hampir juga terbabas ketika mengambil selekoh di taman perumahan saya. Kepala masih pening terutama apabila pakai helmet. Motosikal saya yang berklac pula saya hanya bawa selepas sebulan, ketika saya benar-benar yakin saya dah okay over 75%.
Vitamin dan supplemen saya amalkan setiap pagi. Tak lupa juga mengenakan diri pada cahaya matahari pagi. Kadang-kadang tak perlu keluar rumah kerana tingkap-tingkap di rumah saya memang senang cahaya matahari memancar.
Selain simptom fatigue, saya juga mengalami simptom sakit kepala. Berpusing kepala terutama selepas balik memandu, seperti nak muntah pun ada. Sejak keluar hospital, nafsu makan saya agak tinggi. Mungkin badan nak recover balik everything setelah amat kurang makan dan minum selama kira-kira 15 hari.
Pada minggu pertama dan kedua saya pulang ke rumah, saya diserang gastrik. Itu juga mungkin penyebab kepala saya pening sangat pada masa-masa tertentu terutama ketika memandu kenderaan. Perut sentiasa rasa ada angin. Ketika saya diserang Covid, memang saya mengalami cirit birit, selain demam 38c (adakala naik 38.5), selsema ringan, sore throat ringan dan batuk yang semakin teruk sehinggalah hari saya dikejarkan ke hospital (sebab level oksigen turun).
Mungkin disebabkan cirit birit ini saya akhirnya diserang gastrik selepas keluar hospital (mungkin sahaja). Pada minggu kedua saya ke farmasi Alpro berjumpa pharmacist dan saya diberi ubat buang angin serta ubat probiotik. Sejak itu pening kepala saya mula susut dan angin dalam perut berkurangan banyak.
Kini antara perkara-perkara yang saya lakukan ialah menguatkan imun badan dengan memakan supplemen, madu serta habbatus sauda. Banyak tips saya perolehi dari rakan-rakan yang sememangnya mengamalkan pemakanan sebegini. Selain lengkap vaksin, kita kena jaga juga imun badan kita. Ketika diserang, vaksin kedua saya baru berusia sehari. Namun dengan vaksin dos pertama juga saya tak sampai ke tahap 5 dengan izin Allah, hanya sampai ke tahap 4, dan tiada oksigen diperlukan, doktor yakin paru-paru saya boleh melawan. Saya diberitahu doktor paru-paru dan liver saya infected sedikit. Diberi ubat untuk dimakan selama 7 hari selepas pulang ke rumah.
Saya juga elakkan diri dari stress berlebihan terutama bab kerja. Walaupun ianya tidak dapat dielakkan namun boleh dikurangkan. Malam memang off whatsapp kerja. Handphone pun switch off. No more work during weekends.
Motosikal saya yang berklac pun saya dah bercadang nak let go. Nak pergi pada skuter pula, nak easy ride sahaja. Memandangkan segalanya akan dibuka kembali hujung tahun ini, wife akan kembali menggunakan skuternya ke masjid, saya pula perlu mencari alternatif motosikal lain untuk ke pejabat. Sebab itu saya mencari satu skuter yang lebih sesuai dengan faktor umur saya iaitu Nmax, Xmax atau Forza. Mungkin lebih kepada Nmax dari segi faktor harga dan juga handling di dalam town. Xmax dan Forza mungkin last alternatif kerana berat dan saya juga tak main highway banyak. ADV, NVX atau Vario agak ranggi dan stylo untuk umur yang dah senja macam saya.
Nanti saya akan ceritakan pengalaman Covid saya serta kisah di hospital Klang. Stay Safe everyone, dan seperti yang orang kata, Covid is Real.
No comments:
Post a Comment