Baru-baru ini saya mencuba membeli nombor menerusi sistem JPJ Ebid. Saya dah lama ada username dan password. Saya buat selepas mendaftar di Mysikap. Sebelum ni memang tak minat pun guna sistem ebid ni sebab number yang saya perolehi di Mysikap pun tak kurang menarik.
Sebelum wujud semua sistem-sistem ni, saya ambil number dengan jumpa Pengarah JPJ di Padang Jawa. Dua kali juga lah dah merasa buat macam ni. Kedua-dua nya nombor kapit dan merupakan balance siri lama-lama yang mungkin tak dijual ataupun dipulangkan balik atas sebab tertentu. Rakan-rakan saya pun buat cara macam ni setelah saya ajar. Seronok juga sebab dapat berbual dengan Pengarah.
Caranya, pergi JPJ, tanya kaunter pertanyaan nak ambil nombor balance dan ikut je prosedur. Sekarang ni tak tau la samada cara ni valid atau tidak. Lagipun dah guna sistem ni senang, tak perlu ke JPJ. Dari rumah sambil baring kunyah makanan pun boleh beli nombor. Cuma harga tak tahan la, kalau ambil nombor balance ni saya bayar RM 310 je. Tapi ni harga 2016 dimana last saya ambil nombor cara ni. Lepas tu saya guna portal MySikap je cari running number yang cantik. Saya jenis tak minat buat interchange number, kedua-dua number balance saya jual sekali dengan kenderaannya sekali. Orang kata rugi sebab number tu sahaja boleh jual 3-4k, tapi saya tak kisah, rezeki ada dimana-mana.
So kali ni first time guna JPJ eBid. Kalau ambil number di portal MySikap, memang fix RM 310. Tetapi di sistem ebid, ia bergantung pada kategori number kita nak. Kalau number 1-10, buka je dah RM 20,000. Number menarik macam 22, 7777, 666 ialah RM 3000. Number popular pula ialah RM 800 sementara number biasa RM 300. Ini semua harga permulaan, untuk naikkan harga bida setiap kategori tu tak sama.
Saya ambil satu number yang dalam kategori biasa iaitu RM 300. Masa saya buka sistem ebid tu (guna Android apps je, nak guna website pun boleh), saya terus letak RM 300. Kena bayar RM 10 duit pendaftaran. Bayar guna kad kredit. Yang RM 10 ni terus caj dalam kad kredit. RM 300 tu pula dia caj juga tapi akan direfund balik kalau kita kalah bida.
Pada hari terakhir bida, saya dapat notifikasi yang ada orang dah atasi saya dimana saya jatuh ke number 2. Geram punya pasal, saya naikkan harga pada RM 320 tetapi apps kata jumlah saya lebih rendah dari harga orang yang leading. Apps tak bagitau ye berapa jumlah orang tu letak, kita kena try masukkan amount je. Lepas masuk amount yang kita nak letak, akan keluar screen kad kredit, kita batalkan transaksi. Cara ni membolehkan kita bida dengan harga yang tak terlalu tinggi dari harga orang yang lawan kita tu.
So bila saya letak RM 350, bida saya diterima dan saya tekan YA untuk caj kad kredit saya. Dalam hati rasa puas. Jam 9 malam hari penutup (tutup jam 10 malam), saya dapat notifikasi di handphone saya, Bidaan anda telah diatasi oleh orang lain. Panas pula hati ni, saya buka apps JPJ ebid dan cuba masukkan amaun RM 370, tapi keluar mesej amaun masih rendah dari pembida lain. In the end saya letak RM 3000 mengatakan saya boleh teruskan caj kad kredit saya.
Saya try kaedah yang saya terangkan sebelum ini dan saya dapati jika saya letakkan RM 2200, saya akan berjaya caj kad kredit saya, tetapi jika letak RM 2000, amaun dikatakan rendah dari pembida. So saya rasa pembida atas saya ni mesti letak RM 2100.
In the end saya backoff, sebab budget saya cuma bawah RM 400, tak kuasa saya nak habiskan duit banyak-banyak untuk number, dah la takde makna apa-apa number tu pada saya. Di akhir proses bida, saya check di apps bahawa pemenangnya adalah seseorang berumur lewat 20an, dan jumlah yang dibayar adalah RM 2500. Ini untuk number biasa, cuma number ni 3 angka dan kalau digabungkan dengan Abjad depan, jadi cantik. Nak pula guna number plet yang tak memenuhi spesifikasi, memang cun.
Pada yang baru nak mencuba tu, JPJ ebid ni buka 5 hari untuk proses bida sesuatu siri number. Siri number bukan keluar hari-hari ye, ada masa-masa tertentu je. Kena rajin tengok notis awam di FB JPJ atau twitter JPJ. Medium lain saya tak pasti. Jangan kecoh pulak apabila buka JPJ ebid tu cuma ada number negeri yang kita tak minat.
Lagi satu setakat hari ketiga atau keempat tu kita masuk bida number cantik dengan harga minimum tu, jangan kagum sangat. Itu baru permulaan. Otai-otai ebida ni akan masuk pada hari kelima dan lebih sadis lagi mereka mampu memintas kita pada saat-saat akhir sebelum tutup sistem pukul 10. Kalau kita sanggup letak duit yang banyak, mungkin kita akan menang tanpa cabaran. Nak berentap dengan company, geng runner, geng jual number, belum tentu kita boleh menang tanpa duit banyak.
Esoknya saya ke portal dan dapat plet wilayah yang numbernya sama dengan kenderaan saya yang lain. Harga cuma RM 310 sahaja. Lebih murah dan mempunyai makna.
No comments:
Post a Comment