Saturday, September 25, 2021

Booking Motosikal Baru

 


Selepas saya keluar hospital akibat Covid tempohari, saya decide nak tukar motosikal klac Honda RS 150 saya kepada skuter. Saya sudah pun memiliki skuter Yamaha Solariz yang saya berikan pada isteri untuk kegunaan beliau ke masjid. Dan sebelum saya kena Covid pun, minat saya untuk menggunakan RS semakin pudar lagi-lagi saya hanya banyak jalan di town serta ke kedai. 

Saya mendapati skuter amat praktikal untuk urusan saya. Walaupun Solariz ini tak selaju RS, cut off pun 100kmh (dengan berat badan saya), itupun turun bukit, namun saya selesa dengannya. Cuma saiz comelnya menyebabkan tak banyak barang boleh letak underseat.

Baru-baru ni saya servis Solariz saya menggunakan Rock Oil Semi Syn. Saya guna Semi Syn sebab saya tak bergerak jauh. Mileage 2 tahun pakai baru 2 ribu lebih KM. Lately ni je kerap bawa Solariz merayau. Walaupun mileage kurang, tapi setiap 6 bulan saya akan tukar minyak hitam dan gear oil. Hantar servis di authorized Yamaha dealer. Servis terakhir saya adalah di Yamaha Authorize Dealer yang terletak berhampiran dengan rumah. Sejak ada jalan short cut di taman sebelah, nak kesana tak sampai 15 minit. Kalau tak kena masuk highway, boleh cecah 30 minit. 

Ketika servis, saya ambil kesempatan untuk tukar tayar depan belakang kepada saiz yang besar sikit, mula-mula nak beli Tayar Pirelli tapi cuma ada satu je saiz yang saya nak iaitu untuk tayar depan. Kedai offer jenis lain untuk belakang, in the end saya ambil FKR depan belakang. 

Agak skeptikal juga untuk guna FKR tapi bila dah pakai ni so far not bad lah. Cuma belum bawa masa hujan sahaja. Tapi masa jalan licin dah bawa. Kalau nak reviu penuh tayar ni, saya tak boleh nak beri sebab saya takde test ambil lap atau bawa laju dalam hujan. Just daily ride like your average Joe je. FKR yang saya guna ialah dari series RS900, size 80/90 14 dan 90/80 14 untuk belakang. Rasa skuter sedikit mantap. 

Ada yang tanya, okay tak pickup sebab tayar dah upsize. Saya jawab, takde rasa beza sangat, cuma top speed saya lewat sikit nak capai 100kmh kalau jalan straight. Turun bukit no hal. Tapi takde masalah sangat pada saya sebab still boleh capai 90kmh. Skuter Solariz ni comel, bawa 80 pun rasa nak terbang. 

So back to the title of this blog, booking motosikal baru. Saya ke kedai motosikal tempat saya selalu servis RS saya untuk booking satu skuter yang agak popular sekarang selain Honda ADV dan juga NVX iaitu Yamaha NMAX. Saya jarang nampak on the road NMAX ni, sebab tu saya gunakan terma agak popular. Saya lihat style dia adalah style uncle-uncle punya moto. Dan saya tak kisah sebab saya pun dah masuk usia Uncle-uncle. Yang penting, NMAX which is under kategori Maxi Scooter ni nampak sesuai untuk pekerja pejabat ke tempat kerja. Kalau nak ranggi-ranggi, yang sesuai adalah NVX.

Sebenarnya saya ada beberapa opsyen untuk gantikan motosikal klac saya ni. Saya dah letih main klac, sedap memang sedap tapi zaman Rossi saya dah berlalu. Baru-baru ni lumba dengan budak GRAB yang guna motosikal sama dengan saya, saya tewas. Lumba di traffic light. Gear satu dan dua saya leading sebab saya pakai ekzos UMA, budak GRAB tu ekzos standard. Rupanya gear dua saya tarik sampai RPM Merah, budak Grab tu tukar gear 3 saya masih gear 2. Terus makan asap saya. 

Antara opsyen saya selain NMAX ialah Honda ADV, Vario dan NVX. Pergi kedai moto baru-baru ni, Vario ready stock. Yang lain tiada stok. Kilang Honda tutup masa PKP dan baru buka masa Pulau Pinang tukar ke fasa 2. Kilang Yamaha tutup lama, buka pun sebab kerajaan ubah polisi fasa 1 Selangor. Hari-hari tengok FB orang marah pada Yamaha dan Honda sebab walaupun kilang dah buka tapi shipment moto lewat. Yang saya tengok bergerak pantas adalah Honda ADV. NMAX minggu ini baru ada segelintir dapat moto baru, sikit sangat (at least yang saya tau dalam grup FB, mungkin ada lagi yang luar grup FB yang dah dapat moto). Saya masuk banyak grup skuter di FB so dapat tengok luahan mereka.

Agak lucu melihat kedai-kedai motosikal dipenuhi oleh motosikal Benelli, SYM, Modenas dan WMoto ketika itu. Tiada Yamaha dan Honda. Kalau ada pun sikit sangat. So back to pemilihan skuter saya, Honda ADV saya terpaksa reject sebab design dia walaupun cantik tetapi ranggi sangat, jiwa uncle-uncle macam saya tak sesuai. NMAX dan Vario pun sama. Vario design macam Solariz saya, cuma besar sikit dan cc 150. In the end NMAX jadi pilihan saya sebab dia ada sikit-sikit macam skuter pilihan saya bila nak pencen esok iaitu XMAX. Nak beli XMAX tak mampu, mahal. NMAX murah, lebih murah dari NVX dan ADV. Bentuk uncle-uncle dan paling rare, masih guna kunci disaat motosikal lain dah keyless. Saya suka sebab oldskool.

Bila saya ke kedai tempat saya book dan kemudian berurusan dengan satu amoi ni, dia kata saya manusia pertama yang booking Nmax di kedai dia. Saya macam tak percaya sebab kedai moto dia ni top, sebut je semua orang tau di majlis perbandaraan saya ni. Takkan la saya orang pertama book Nmax. Kemudian saya tanya bila boleh dapat, dia sebut sebulan. Kalau paling teruk pun dua bulan. Saya cakap 'You Jangan Tipu Sama Saya, di FB orang tunggu dari bulan April pun belum dapat NMAX'. Amoi tu cakap 'Aiyaa Abang, kilang sudah bagitau kita sekarang mereka cuma dapat parts skuter banyak, jadi mereka buat skuter dulu'. Gaya amoi tu cakap sambil toleh kiri kanan konon rahsia besar lah ni. 

Saya sebenarnya 1 sen pun tak percaya apa dia cakap. Tapi saya tak kisah sebab saya tak urgent pun. So saya berpegang pada konsep dengar boleh percaya jangan. Yang buat saya tak percaya ialah bila saya kata saya mungkin berubah nak ambil ADV dan dia kata, itu ADV lagi teruk production tiada siapa lagi yang dapat moto. Saya nak tergelak dengar statement ni sebab dalam grup ADV dah semakin ramai yang dapat moto mereka. Malah ada kedai yang dah ada stok. 

-Sabar Menunggu-

No comments:

Post a Comment