Friday, January 01, 2021

2021 A New Year, New Hope

 


Entri pertama tahun 2021. Not much to say. 31 Disember malam saya bersama famili ke lokasi ini. Saja je hirup udara malam sambil-sambil running in MPV saya yang baru saya collect pada 30 Disember 2020. Good bye to Sedan.

Rasanya semua orang di dunia ini mempunyai kata-kata yang sama tentang 2020. Perkataan pandemic, lockdown, covid merupakan satu persamaan yang meniti di bibir setiap orang. Saya sendiri tak terkecuali. Walaupun dari segi kewangan agak kurang impak pada 2020, tetapi dari segi lain, ianya terkesan. Cara dan suasana kerja berubah 360. 

Baru rasa kurang seronok apabila IPT saya tiada penghuni. Hampir 95% penghuninya tidak dapat masuk kembali. Memang sunyi. Kalau dulu-dulu, meriah sampai pening kepala dibuatnya. Tapi sekarang sunyi sangat sampai pening kepala juga dibuatnya. 

IPT bukan dibina untuk sunyi dari aktiviti pelajar. Ia dibina untuk suasana akdemik yang penuh keceriaan. Kerja saya bukan sesuai WFH. Maybe some 30% sahaja kerja saya yangs sesuai but the rest is WFO. Ada juga rakan sekerja yang sangat cintai WFH ni. Katanya, di rumah dia lebih bebas berkarya. Lebih bebas berjuang dalam bidang akademiknya. Dia mempunyai peralatan kerja yang cukup hebat di rumah. Ada meja besar, ruang yang tidak diganggu oleh sesiapa. 

Tidak semua orang sama. Ramai juga rakan-rakan yang tidak mempunyai ruang kerja yang sesuai. Untuk PnP, sesekali kalau guna ODL boleh, tapi kalau dah 100% ODL, boleh kelabu mata dibuatnya. 

Ada masa seperti becakap berseorangan di depan laptop. Bila disuruh on camera, ada yang kata camera rosak, mic rosak. Bila disuruh masuk online class, ada yang kata internet bermasalah. Yang berani akan kata dia tengah kerja, atas moto cari sesuap nasi. Sedangkan status pelajar sepenuh masa. Sebab tak ke kelas fizikal, terus ambil kesempatan jadi rider, buat duit. 

Kita nak marah pun serba salah. Mungkin orangnya susah, mak ayah hilang atau kurang punca pendapatan hingga memaksa anak yang sedang full time di IPT membuat kerja sampingan. Saya pernah jumpa kes sebegini. Ia terjadi ketika dunia tak kenal lagi covid 19. Kira-kira lebih 12 tahun dahulu, ada seorang student yang selalu datang kelas, tiba-tiba ghaib.

Setelah membuat siasatan, rupanya Ayahnya dibuang kerja. Tiada gaji. Ibu terpaksa kerja. Adik-adik ramai. Gaji ibu tak seberapa. Sudahlah gaji Ayah pun tak seberapa. Mesti nak tau kenapa Ayah tak cari kerja lepas kena buang kerja? Sebab Ayah kena tahan dalam jel. Jangan ditanya kes apa. So si anak yang dalam kelas saya terpaksa kerja part time di kedai makan. Duitnya diberi pada adik-adik. Duit pinjaman pelajarannya pun mengalir ke rumah. Kami dapat tau, itupun kebetulan ada kawan saya yang satu tempat kerja dengan Ayah dia. Kami dapat tau dan cuba nak bantu dia. Kawan sekerja panggil dia dan tanya, kami setuju tong tong nak bantu dia dari segi kewangan. Rakan-rakan dia pun sama. Ada beberapa rakan sekelas yang anak orang berada pun nak chip in duit. Sekurang-kurangnya dia dapat bertahan hingga tamat pengajiannya. 

Tapi dia nekad, ambil keputusan berhenti untuk cari kerja tetap. Sebab dia nak bantu keluarga. Dan akhirnya dia berhenti. 

Ini cuma sekelumit dari kisah-kisah yang saya alami di tempat kerja saya. Struggle itu benar gais. Moga 2021 ada sinar baru.

No comments:

Post a Comment