Thursday, December 17, 2020

Big Sur Dan Macbook Air 2020



Apple telah mengeluarkan MacOS yang baru untuk semua komputernya iaitu Big Sur. Sebelum ini Apple menggunakan MacOS Catalina. Melihat dari perspektif diri saya, saya mula menggunakan MacOS ini sejak dari zaman Maverick. Ketika saya beli Macbook Air pertama saya, ia datang dengan Maverick namun sedang mengalami peralihan ke Yosemite. 

Ketika itu baru berjinak dengan Macbook from Windows-based computers so the fear of upgrading ni masih ada. Maklumlah upgrade Windows masa tu datang dengan pelbagai masalah before, during and after. So kita pun jadi takut nak upgrade MacOS, just in case jadi macam Windows. Sudah lah baru beli masa tu. 

In the end gamble sendiri upgrade Maverick to Yosemite. Upgrade sendiri guna Unifi di rumah. The experience was wonderful, much more easier than upgrading Android. Al maklumlah Macbook pun masa tu kosong lagi sebab baru. 

So here I was, going through every single major update for my MBA from Maverick, Yosemite until Catalina. Ada yang rasa slow sikit MBA after update, ada yang tak rasa apa-apa perubahan but for sure, each new update tidak menyebabkan my MBA bertambah laju. Ketika di Catalina, saya beli MBA 2020 and my former MBA diberi pada wife. Now my kids guna untuk online classes mereka. 

So when I was using my MBA 2020, they introduce to Big Sur. Mula-mula macam reluctant juga nak guna because saya baru tak sampai a year guna MBA 2020 and Catalina still feels okay to me. But being someone yang selalu curious tentang new software or OS, I finally decided to go Big on Sur. 

The installation was as usual, smooth as butter. Masa ni my MBA 2020 dah pack dengan lot's of stuffs, tak macam my former MBA yang memang tak banyak data dalam tu. My MBA 2020 ni memang kena lanyak because of WFH Covid thing. So, it can be said as a fully utilized laptop.

And what can I say about Big Sur is it is still the same with Catalina (from my observation), the speed is almost identical, susah nak beza siapa yang slow sikit siapa yang laju sikit. But the icons yang ada sudah berubah. Cosmetically nampak beza. 

Maybe I am using a new model, itu yang tak nampak berubah. Few months after my MBA 2020 purchase, Apple release its M1 processor. Mine is the Intel one. But for sure, MacOS major upgrades are still smooth as butter. 

Friday, December 04, 2020

My Father My Hero

 

Sepanjang bulan November saya agak sibuk kerana terpaksa melalui pelbagai urusan kerja serta keluarga. Ayah saya kembali ke rahmahtullah pada 26 November 2020 jam 11.53 am di Hospital UKM, Cheras. 

Sebenarnya dia telah dimasukkan ke HUKM sejak early November akibat masalah sakit kuning (jaundice) yang dihidapinya sejak Mac 2020. Ketika itu dia kehilangan selera makan. Hanya ubat pembuka selera makan yang diberi ke klinik. Di saat wabak covid 19 menggila ketika itu, serta PKP fasa 1, ayah hanya duduk di rumah. Dia masih kuat ketika itu buat kerja kebun. Pergi klinik kesihatan checking rutin pun doktor tak dapat diagnose lebih sebab masa tu SOP pun ketat. 

Sehinggalah dia jatuh di kebun, tangan retak dan pergi ke hospital untuk rawatan. Doktor syak ada sesuatu pada Ayah dan result awal checking darah ada something wrong. But then lagi sekali PKPB dan SOP hospital kembali ketat. Next appointment agak lewat. Sebulan lebih kemudian, Ayah buka simen di hospital dan kami decide masukkan dia ke KPJ untuk buat full test. Result yang dapat tak cantik. So refer back to hospital and after some discussions with doctors, they decided to send him to JB for further treatment as sana ada pakar yang lebih hebat.

Di JB tiada sedara mara, so kami hantar ke HUKM Cheras since on of our relatives pun specialist disana. When he was admitted di sana, the first week he was very cheerful. Saya beberapa kali juga dapat tengok dia despite peraturan yang ketat untuk melawat (ikut SOP PKPB). Then dia menjalani minor operation untuk buang kuning. Ada satu saluran dimasukkan dalam perut dia. A day after the operation, I went to see him and he was still cheerful. Few days then I was back and I noticed that dia semakin lemah. Nak makan pun saya terpaksa suap. Doc kata kena sepsis. 

And his condition began to deteriorate fast until he passed away. 

Dad, you made me. Thank You for guiding me to become a somebody now. Ada beberapa kali saya hampir membuat langkah yang salah dalam kehidupan but he was there to guide me. I remember when I refuse to enter ITM sebab dah seronok bekerja, he was there to persuade me to continue my studies. He waited patiently for me to finish my PhD. Alhamdulillah I managed to complete it he was there to see me. 

Ayah, banyak yang saya nak tulis tapi masih belum terzahir. Semoga Roh Ayah dicucuri rahmat. 17/09/1944 - 26/11/2020.