Tuesday, October 27, 2020

Personal Shopper IKEA

 


IKEA merupakan satu tempat yang menarik. Menurut laman web propertyhunter, IKEA membuka outlet pertama mereka pada tahun 1996 di pusat membeli belah One Utama, PJ. Kemudian mereka membuka gedung mereka sendiri di Mutiara Damansara. Gedung itulah yang saya selalu kunjung. Kini IKEA ada di Cheras, Tebaru dan Batu Kawan. 

Kalau saya berkunjung ke IKEA, sentiasa ada orang. Maksud saya bilangan yang ada agak ramai. Hanya sesekali bila saya pergi awal pagi hari bekerja baru kurang orang. Tapi kalau nak buat macam tu saya terpaksa ambil cuti. Rugi pula rasanya. 

Tak dinafikan design perabot IKEA menarik dan juga banyak barang yang dijualnya merupakan solusi space saving rumah kecik saya. Quality wise not bad. So far saya ada satu lampu IKEA yang saya telah beli since 2004 and it still works until now. Walaupun jarang pakai but it still functions. 

Salah satu wall clock IKEA saya beli tak sampai RM 15, and I used it sampai kertas angka dalam jam tersebut terkopek sendiri, but the engine still works. 

One of the drawback yang saya tak berapa minat dulu-dulu is perabot IKEA ni kena pasang sendiri. I was thinking that we paid quite a hefty amount than kena pasang sendiri. Now saya suka pula pasang-pasang sendiri ni. So now I do buy more and more IKEA's product. But one thing is kalau pergi weekends memang hazab la manusia. Dari nak browse barang hinggalah nak membayar. Dulu-dulu tiada website IKEA yang memaparkan produk-produk dia. Yang ada cuma katalog buka manual. This katalog is given free to customers. Selalu saya belek-belek katalog IKEA sampai tertidur. 

Now saya belek using my tablet je. Sampai tertidur. Selalu saya akan screenshot apa yang saya nak beli. Then, I sent it to my personal shopper. Apa itu personal shopper? I do have my own personal shopper. She was one of my ex student. Budak bijak dan pandai dan kini buat part time personal shopper. So far tak pernah mengecewakan. Apa juga yang saya suruh cari dia akan jumpa. From IKEA products till other products. Saya pernah suruh dia cari bean bag. Dia jumpa yang menarik dan tengah sale di IPC. Branded pulak tu. Saya pernah suruh dia cari face mask Puma. Masa item tu merata habis, dia boleh dapatkan. Budak ni contact banyak. Original Puma from butik Puma pulak tu.

Saya selalu guna dia for IKEA. Tak kuasa la nak sesak-sesak pergi sana. Kalau nak pergi pun sebab nak beli meatball dia je. Makan sana dah bukan 1 opsyen sebab ramai manusia. Saya dating dengan bekas awek saya (now dah jadi wife) di IKEA, masa tu manusia tak seramai sekarang. Nowadays even working hours pun orang ramai di food court IKEA. Tapi kalau setakat nak beli frozen meatball pun my personal shopper (PS) ni boleh beli.

So apa yang seronoknya guna PS saya ni, first kita duduk rumah goyang kaki je sambil beri arahan pada dia. Selalunya kalau dia dah sampai ke lokasi, kami akan berhubung secara live thru whatsapp or phone call. Walaupun dah ada listing yang saya beri, tapi sometimes ada perubahan. Or color yang saya nak tu takde. Usually IKEA takde masalah sangat, cuma akan ada juga gambar-gambar dia hantar kalau kebetulan ada offer menarik sedang berlaku di lokasi.

Tentang bayaran dia, well, bagi saya okay lah dengan penat lelah dia dan risiko Covid 19 yang dia terpaksa hadapi. Some people may view it differently. Saya pernah dengar orang kata guna PS ni mahal, ada pula saya dengar PS mengadu upah yang diterima tak berbaloi. For me, the price is reasonable. Lagipun she is my ex student, saya anggap saya minta tolong dia belikan barang dan bayar duit minyak dan makan minum gitu. Saya kira-kira kalau saya ke sana sendiri, dengan kos petrol, tol, parking, makan minum saya dan penat lelah saya cari barang dan bayar, lebih kurang je kot. 

Another drawback using PS ni is as usual, we won't get our product immediately lah. Kalau dia ada customer lain, kena tunggu giliran la dia deliver ke rumah. Kalau kebetulan dia tiada customer lain, dia akan hantar ke rumah selepas beli. Still kena tunggu lah dulu Kalau jauh or jem, lagi lama la kena tunggu.

So for me, I have been using her for many times this year. Kebetulan musim covid ni malas nak keluar ke tempat-tempat sesak macam IKEA tu. And she had the luxury to go there during less crowded times. Orang tanya saya macam mana saya start guna dia, well, as I know she's staying not far away from IKEA, saya tanya dia ada tak kenal kawan-kawan yang boleh tolong belikan barang IKEA and saya bayar upah. Dia kata dia boleh. At first macsam ragu-ragu je. Rupanya dia ni memang dah jadi Personal Shopper pun. Saya masuk grup telegram dia dan ramai rupanya customer dia, not only for IKEA but for other warehouse sales and items. So orang kata, saya tak tanya salah orang lah. 


No comments:

Post a Comment