Tuesday, October 06, 2020

ODL WFH WFO

 

source: pixabay

Awal bulan Oktober setiap tahun sebelum ini adalah tenang walaupun sibuk. Tahun-tahun sebelumnya, ketika ini saya sedang sibuk mengendalikan kelas bersama pelajar-pelajar. Ketika ini timetable pun telah stabil, tiada perubahan. Pelajar pun dah stabil, tiada perubahan dalam senarai kelas. Assessment telah diberikan, pelajar pun dah mula faham tentang kursus yang mereka hadiri. Tinggal untuk mendalami kursus itu sahaja. 

Aktiviti pelajar pun mula rancak. Sebelum ini ada macam-macam aktiviti. Ada pameran, ada aktviti keusahawanan, ada lawatan, ada program talk atau bicara ilmiah samada dari ahli akademik dalaman atau jemputan dari luar. Senang cerita, keadaan di tempat saya bekerja ni sepatutnya meriah dan happening. 

Namun, tahun 2020 ini keadaan agak sunyi. Tiada kehadiran pelajar. Kelas masih belum bermula kerana dilewatkan waktu permulaan kelas. Dan pada awalnya kelas sepatutnya ada waktu bersemuka iaitu perjumpaan dengan student secara face to face, nampak gayanya telah ditukar kepada fully online (ODL). 

Dan sekarang rakan-rakan sekerja sedang tertunggu-tunggu pula samada kena Work From Home atau tak. Semuanya kerana kes Covid 19 kembali naik. Walaupun telah diberitahu dalam sidang media bahawa majoritinya berada dalam penjara, namun kita lihat kes luar penjara pun ada peningkatan, terutama di Selangor.

Saya secara peribadi menyukai kelas gabungan class Face to Face dan ODL. Namun untuk fully ODL ini agak menyukarkan. Pertama ialah kesukaran sesetengah pelajar sendiri untuk akses ke platform ODL. Antara permasalahan semester lepas yang sempat saya kutip dari luahan student saya ialah persekitaran pembelajaran mereka yang tak kondusif. Masalah internet pun menganggu pembelajaran ODL mereka. Di pihak saya, Alhamdulillah masalah internet saya ok, cuma rakan-rakan lain yang berada di cawangan juga mempunyai permasalahan yang sama dengan para pelajar. Ini saya dapat saksikan apabila mengadakan meeting online bersama mereka.

Ini semua merupakan satu cabaran dalam melaksanakan tugas di zaman Covid 19. Segala perancangan boleh berubah sekelip mata. Oleh kerana ianya bukan berlaku setiap tahun, maka akan terjadi juga kekhilafan dalam membuat keputusan. Sometimes, we need to sacrifice some things in order to save many.

Apabila melaksanakan ODL atau WFH, sedikit sebanyak kita perlukan pengurusan maklumat dan rekod yang mantap. Ini kerana jika kita tidak dapat ke ofis, perlu ada kaedah untuk mendapatkan bahan-bahan kerja yang diperlukan. And it is advisable that all of it must be in digital form. Senang nak akses, update and send it back to our superior. 

ODL juga memerlukan kami ahli akademik mempunyai pengurusan maklumat dan rekod yang mantap. Attendance list must be managed. Student assignments and assessments must be well kept. We must have a good email management in order to sort out our student's assignment. Some ODL platforms ada sistem tersendiri for assignment submissions and assessments. But some of our students pula sukar nak guna disebabkan line internet. Ada juga yang mempunyai masalah hardware seperti laptop rosak atau slow. And ada yang terpaksa guna smartfon untuk type assignment sebab laptop problem. Time-time macam ni juga baru tau mungkin ada student yang memang tiada laptop. Selama ini pinjam laptop kawan di kolej.

Whatever it is, everyone has its own difficulties during this pandemic. Even though the level may differ, but still one needs to overcome those obstacles. 

No comments:

Post a Comment