Saya berpendapat bahawa TV besar membolehkan saya duduk di sofa menonton TV tanpa menggunakan kacamata. Sebelum ni pun boleh, cuma tulisan tak berapa nampak. Kalau besar, at least boleh la baca tulisannya. Lagipun TV besar dah murah, dulu belas ribu dan berat, kena dua orang angkat. Sekarang sorang je angkat. Harga pun dah tak belas ribu.
Last year AEON ada buat sales TV. Harga slash habis. Masa tu salesman cerita kat saya beza Android TV dan Smart TV. Smart TV dah preinstalled semua apps dia. Android TV macam smartphone Android kita, boleh install pelbagai apps dari Play Store. Dari segi fleksibiliti, Android TV is much more better. Patut lah Android TV mahal beberapa ratus dari Smart TV untuk series dan size yang sama.
Bila saya usya di kedai-kedai luar, harga lagi mahal. Dan TV yang saya nak takde. So KIV dulu lah. Kumpul duit dulu banyak-banyak. Semalam ke AEON dah nampak lagi ada sales. Kebetulan memang dah standby since beberapa minggu lepas nak sambar satu TV besar. Saya dah tengok beberapa TV besar di rumah rakan-rakan yang sekecil rumah saya. Tiada masalah. Pixel pun dah okay walaupun untuk channel SD masih tak sesharp HD, tapi tak lah buruk sangat. Lagipun sekarang channel HD dah melambak di Astro.
Kali ni memang saya datang tangan kosong. Tiada info beforehand. Lagipun nawaitu asal ke AEON nak gunting rambut anak dan cari sticker untuk projek sekolah dia sambil-sambil beli buah di MBG.
Beberapa hari before ada browse the internet. Mulanya nak beli Samsung kembali, and then feature di Sharp nampak lebih menarik. Apa pun saya dah set kriteria nak Android TV yang ada built in Chromecast, not Smart TV. And the size must be around 50 or 55 inch.
Di AEON, ada Sharp Android TV, Panasonic GX Android TV and Sony Android TV. Dah berkenan dengan Sharp Android TV, dan memang dah nak ambik dah. Siap tengok info lagi di smartphone pasal model Sharp yang saya nak ambik tu walaupun pernah ada pengalaman tak sedap dengan TV Sharp ni dimana panel rosak (itu yang saya tukar ke Samsung TV LED).
Tiba-tiba muncul satu kriteria baru dalam fikiran saya. Saya nak kan function bluetooth yang boleh connect dengan audio device seperti headphone etc. Sebab dalam website Sharp saya ada nampak headphone Sharp boleh connect dengan TV mereka. Rupanya yang saya nak ambil ni tiada function bluetooth audio, hanya ada bluetooth remote sahaja. Cancel. Kena pilih Panasonic atau Sony. Sony agak mahal, 49inci Android TV sahaja dah RM 2499. Sony ni memang selalu lebih mahal dari yang lain. LG dan Hisense saya tak masukkan dalam kriteria saya. Then nak ambil Panasonic GX 650, tapi tinggal display set sahaja yang dah ada di situ since 2019. Salesman offer harga display set which is RM 16xx, jauh dari harga asal RM 2xxx.Hampir RM 500 beza. Good bargain juga ni sebab semua feature yang saya nak ada. Cuma sebab dah on display everday since 2019 from 10am-10pm non stop, saya agak gusar. Salesman offer pula extended warranty. Katanya kalau panel display problem, Pana ganti free. Saya tanya model ni dah discontinue, macam mana? Dia cakap diorang akan offer product baru, bayar difference harga je. Furthermore warranty akan start from date of purchase. Saya jawab, saya nak makan dulu.
Then masa nak keluar saya nampak 1 lagi TV Panasonic tiada harga. Salesman cakap ni TV baru HX650, feature sama dengan GX650 cuma dia ada sound system lebih baik dan Vivid Digital Pro which is warna lebih bagus. Senang cerita nak compare HX650 dan GX650 ialah HX model 2020 dan GX model 2019. HX display lebih cantik dari GX. Sound pun lebih bagus. Boleh tengok spesifikasi HX di sini.
Cuma harga tak letak. Saya tanya Salesman dia cakap baru je masuk dan di display semalam dan cuma ada 1 ni je. Salesman cakap kalau nak dia kena call boss tanya boleh jual ke tak. Dia cakap harga RM 2299. Saya cakap saya nak pergi makan roti John dulu sebab perut dah bunyik.
Balik makan roti John dan setelah mengkaji di internet, memang saya dapati Panasonic HX650 ni baru lagi, rasanya Julai 2020 baru keluar. Tak banyak kedai lagi yang ada. So saya pun decide nak beli TV tu. Then saya tambah extended warranty selama 3 tahun lagi dengan bayaran RM 260. So dicampur dengan 2 tahun standard warranty, saya ada 5 tahun warranty yang akan cover Panel display. FYI, panel display merupakan komponen paling mahal, ribu harga nya. Sharp 32 inci saya kong panel display dan nak ganti sama harga dengan tv 32 inci pada waktu tu. Note 9 saya kong panel display dan nak ganti sama harga dengan value Note 9 second hand ketika itu. Pengalaman mengajar saya membeli extended warranty.
Abang salesman tengah packing TV from display, baru sehari display |
So, proses jual beli pun berlaku dan saya bawa sendiri TV balik rumah. Mula-mula cuak juga sebab besar gedabak, nak masuk bonet kereta sedan saya pun tak lepas. Kena letak seat belakang. Terpaksalah anak-anak duduk dalam keadaan tak berapa betul. Tapi mereka excited sebab nak tengok TV baru. Saya beli 50 inci, a significant upgrade from 32 inch. Nak beli 55 inch takut kereta tak muat, 50 inch pun ngam ngam soy je. Lagipun tak banyak sangat beza, 50 inch pun dah penuh rak TV saya di rumah. Rupanya ringan je TV ni, besar je lebih. Berat lebih kurang 10kg je. Saya sorang pun boleh angkat.
Dah selesai buat pembayaran, tengah tunggu untuk dibawa guna trolley ke kereta |
Masa proses nak pack ni, ada 2 orang lagi datang tanya TV yang sama, nak beli. Nak beli, tapi Abang Salesman ni cakap saya dah beli dan stok yang lain belum sampai lagi. TV yang saya beli ni pun baru semalam dia pasang untuk display. Maknanya dah on 10am-10pm semalam dan kira tested and proven lah. Bukan bad apple. In the end, 2 orang tu beli TV lain. One of them settle down for Panasonic GX TV and the other one Sony Android TV.
Beza TV Lama Samsung UA32 dengan Pana 50 HX650 |
Sampai rumah terus setup wifi, netflix, chromecast dan Astro. PS4 je tak sambung lagi. Gambar memang cun, even tengok channel SD pun not bad. Tengok Astro VOD pun cun. Layan movie di USB drive pun cun. Basically tak rugi lah, lagipun anak-anak memang kerap layan TV sekarang. Memang happy diorang. Gambar atas tu saya compare TV Samsung saya size 32 inci dengan Panasonic 50 inci yang baru dibeli.
Saya belum lagi install macam-macam di Apps android TV ni. Releks-releks dulu sambil-sambil explore, next step nak try connect bluetooth audio. Oleh kerana waktu beli TV ni masih baru di pasaran, tak banyak review yang boleh saya perolehi. Lagipun Android TV is an Android TV, tak banyak beza dari segi functionality. Now, saya nak jadikan TV Samsung saya monitor PC saya di ofis. Senang sikit buat kerja.
Hello boss, anda ada masalah setting untuk TV Setting tak? Dalam TV Setting, ada Standard, vivid, Sport, etc picture mode. Katakan saya set standard picture mode kpd backlight dari 71 ke 50. Lepas saya pergi balik ke standard picture mode, ia default balik kpd backlight 71. Ya apa u tadi set tu, dah di masuk ke User. Semua picture mode yang lain tak dapat diubah kecuali User.
ReplyDeleteUser Picture mode hanya satu. yang lain punya picture mode semua terang gila...
Boss ada cara menangani masalah ni?
saya juga mengalami problem yang sama. maybe this tv cuma allow kita change setting at user sahaja. Yang lain semua sudah di preset oleh Panasonic.
Deleteok.. tak sedap la macam tu ya boss. Ingat TV canggih masa kini ada lebih customization.. rupanya lagi teruk dari beberapa tahun yg lepas. juga, vignetting (kegelapan tepi) lagi ketara, samsung yg lama saya lagi baik dari segi ni. Sebelum ni I beli Skyworth, disebab Picture mode setting tak boleh tukar saya upgrade ke Panasonic ni. Nampak Skyworth Smart sama bentuk dgn Panasonic ni, macam mereka dptkan kilang contract manufacturer yg sama utk buat model ni.
ReplyDelete