Tuesday, July 28, 2020

Beli GShock GWB 5600 di GWM Store


Saya dah lama guna jam Gshock ni. Seingat saya, ketika lewat 90-an pun saya pernah guna.  Cuma saya tak berapa ingat model apa. Yang saya ingat original lah. Waktu tu takde lagi fake Gshock ni. Sebelum saya guna Gshock, saya guna jam Swatch awal 90-an. Ingat lagi masa tu beli RM kira-kira RM 100 di kedai jam Swatch. Sekarang agak terkejut tengok harga dia. Jam ALBA pun pernah guna. ALBA ni dari zaman sekolah rendah lagi dah beli. Seiko pun pernah. Ada satu jam Seiko ni tak guna bateri tetapi mekanikal. Saya guna waktu zaman sekolah menengah tapi kejap je sebab jam ni kena selalu guna baru dia bergerak. 

Sebenarnya masa mula-mula pakai Gshock tangan tak berasa selesa sebab rasa ianya besar gedabak. Cuma best sebab tak risau masuk air, jatuh. Zaman tu memang kebanyakan jam sensitif. Gshock yang saya guna ni jenis digital. Lepas tu saya guna jam tangan biasa, rasanya jenis ALBA kembali. Dan ada juga jenis Bonia hantaran kawin. Gshock dah tak pakai. Saya pun tak ingat saya jual kat sape masa tu. 

Lepas tu tahun 2010, saya beli Gshock Mudman. Model G9000 3V Mudman. Harga masa tu RM 305. Saya ada cover kisah dia di sini. Jam ni lepas saya ganti bezel pada tahun 2019, saya jual pada rakan sekerja saya. Silap saya patutnya saya simpan buat koleksi. Zaman sekarang lagi lama barang tu lagi rare. Masa pakai Mudmani ni haram tak reti nak tukar waktu. Rasa complicated sangat nak operate Gshock ni. Sebab tu saya suka jam jarum. Pusing je. 

Tahun 2019, I bought the Casio Gshock G6900 Tough Solar. The story on how I bought it can be seen here.  RM 470 juga harga beli di kedai authorized dealer di AEON Shah Alam. And in 2020, saya berkenan dengan Gshock petak GX56 BB. 

Browse di internet and saw this online store GWM Store. Harga not bad. Lagipun stok GX 56 ni ada. For 2 weeks saya dok kaji GX 56 and hampir beli online thru GWM Store. Then I found out that physical store dia tak jauh mana dari rumah. So I went there. Kedai dia buka office hour sahaja on weekdays. Actually dia macam office for GWM Store except dia ada juga jual those watches in store. 

Sampai sana with my wife, bila test GX56 BB tu, bezel besar gedabak but the number is small. Orang tua rabun dekat macam saya ni memang kena nombor besar. Berkenan pula pada 1 design petak ni. (Memang nawaitu nak cari petak). My G6900 dah design bulat. Nama design petak yang saya rasa menarik ni ialah Casio GShock GW-B5600 AR-1. GWM Store letak nama Adrenalin Red. Ia adalah negative display, G6900 saya positive display.

Best nya GWB 5600 ni sebab dia ada bluetooth. Boleh setting time and world time guna apps Casio di Samsung saya. Dan dia ada auto radio search yang akan connected beberapa kali sehari ke stesyen terdekat untuk maintain accuracy time. Bateri tak perlu risau sebab dia tough solar. Number display dia besar cuma bezel petak dia kecik. Bagus kecik ni ialah kalau guna keyboard PC taklah rasa sakit tangan. G6900 bezel besar, rasa tak selesa. Selalu saya buka kalau guna keyboard PC. 

Harga yang saya dapat in store GWM lebih murah dari harga yang diorang publish online. Di kedai fizikal mereka saya boleh runding lagi. Dapat la beza 20-30 ringgit. Cuma jam mereka warranty sendiri melalui GWM, bukan melalui Marco. Kira kalau henfon macam AP Set la. Nak kaji full specification GWB 5600 ni boleh usyar link di Casio International Website di sini. 

Casio apps connected to GWB 5600 ni simple je. Maksud simple kat sini ialah function dia tak sebanyak Samsung Galaxy Watch saya. Nak connect pun kena tekan button di GWB 5600. Agak lucu sebab macam analog nak berangan jadi digital smartwatch pulak. Tapi okay la, function untuk time accuracy je. Saya dah masukkan bandar Mekkah ke dalam world time, senang kalau dapat buat umrah lagi, just set je ke Mekkah time. 

Lepas ni misi memburu analog Gshock pula. Kali ni nak try beli di G Factory. 






4 comments:

  1. Salam. Encik nk mntak pendapat berbaloi tak beli jam di GWM Store ni. Jam mmg original ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi, jam original tapi warranty bukan under Macro Malaysia. Macro adalah authorized dealer untuk Casio. Warranty under kedai GWM sendiri,

      Delete
  2. Salam encik. Nm minta pendapat berbaloi tak bli jam di GWM Store ni. Jam mmg original ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi, jam original tapi warranty bukan under Macro Malaysia. Macro adalah authorized dealer untuk Casio. Warranty under kedai GWM sendiri,

      Delete