Seperti yang dijanjikan, saya akan review serba sedikit pengalaman selepas hampir dua hari menggunakan Macbook Air. Semalam ianya sampai pada saya, selamat di deliver iaitu 6 Mei 2020, bersamaan hari Rabu, kira-kira jam 12 tengahari. Order di website Apple Store Malaysia pada hari Sabtu Mei 2020. Tak ingat samada pagi, tengahari atau petang.
Isnin dah diterbangkan dari Changi ke Shenzhen, China. Kemudian ia terbang semula dan sampai di KLIA Sepang pada hari Selasa 5 Mei 2020 jam 7 pagi. Saya menerima SMS dari Apple mengatakan ianya akan di deliver pada 6 Mei 2020. Saya agak tidak percaya kerana ketika ini musim PKP dan beberapa item yang saya beli di Shopee lewat sampai walaupun seller dekat, inikan pula dari Singapore. Owh sebelum itu lupa saya, walaupun saya beli online di website Apple Store Malaysia namun stok dikeluarkan dari warehouse Apple di Singapore.
Kotak UPS, kualiti terbaik |
Rabu tengahari ketika saya sedang work from home, terdengar bunyi hon di pagar depan. Check cctv rupanya Van UPS. Terus saya keluar sambil senyum-senyum dan menerima kotak UPS Parcel. Dalam kotak tu ada Macbook Air saya. Tapi saya tak terus buka kerana perlu sambung kerja WFH saya dan kemudiannya saya keluar ke pejabat kerana urusan kerja hingga jam 4 lebih petang. Baliknya barulah saya buka kotak tersebut. Agak senang kerana terdapat instruction nak buka kotak UPS, just tarik sahaja.
Dah buka kotak UPS, baru nampak kotak putih Macbook Air 2020 saya. Tak banyak beza dengan kotak putih Macbook 11inch mid 2013 saya, gambar sahaja sedikit berbeza. Cara buka pun sama cuma kali ini saya sendiri yang buka. Ketika saya beli Macbook 11inch saya pada tahun 2014 di Machines, staf Machines yang buka di hadapan saya.
Tengah setup Macbook Air 2020 |
Then saya terus buka semua pembalut MBA 2020 dan terus setup. Easy as 1 2 3. Saya pun dah kaji sebelum ini di Youtube so no big problem for me. Then once connected to my home wifi, terus MBA saya download and install the latest update for Catalina. Ambil masa juga for installation, around 20 minutes. Download cepat je.
Then I realize that it only has two USB C Thunderbolt port. Nasib baik saya memang dah ada USB C to USB A converter so saya cucuk sahaja di port MBA 2020 saya. For Mouse, saya beli Logitech Bluetooh Mouse M337 di All IT. Masa tulis post ni baru je sejam balik dari All IT Hypermarket. Sangatlah ketat SOP mereka for customer selaras dengan perintah PKPB yang diumumkan. Memang betul seperti yang dijangka, setakat nak window shopping tak perlulah keluar zaman sekarang. Kami juga disoal akan urusan dan tujuan kami sebelum masuk ke All IT. Banyak juga kedai yang berbuat begini. Nama dan telefon direkodkan serta di sanitize tangan. Facemask adalah wajib.
SOP ketat di All IT Hypermarket, iCity Shah Alam |
So bila balik saya setup my bluetooth mouse with my MBA and it the process is very simple. So ini hari kedua saya guna MBA saya dan soalan yang ditanya adalah apa beza and specialnya this MBA 2020. Well, saya cuma boleh cerita based on pengalaman saya guna my MBA 11inch Mid 2013 which is i5 generasi awal awal (tak ingat which generation). My MBA 2020 spec is i3 10th gen with 8gb RAM and 256 SSD. My old MBA 11inch has 4gb RAM and 128 SSD. So I can definitely feel the difference of speed and smoothness. Not to say my old MBA 11inch is slow but this MBA 2020 is much more smooth and fast.
Menjawab persoalan specialnya this new MBA 2020 berbanding my old one, besides speed and storage, skrin lebih besar dan lebih cantik. Orang cakap, lebih sharp dan crisp. Apple kata keyboardnya bagus, ramai yang komen positif. Mula-mula saya tak rasa sangat because I came from the mid-2013's keyboard. But after using it until now, I began to feel the difference. Memang rasa sedap menaip guna keyboard yang ini. Touchpadnya pun besar. Sound speaker dia pun power.
Cuma saya kurang berkenan port usb C thunderbolt ni. Even power pun guna USB C. Saya dah biasa guna Magsafe and I don't quite feel safe with this USB C. Morever, few of my hardwares are using USB A so I need a converter. Contohnya my HP Printer, my external hardisk and my USB Thumbdrives. Talking about external hardisk, this MBA 2020 can easily recognize and read my external. My MBA 11inch mid 2013 could not read my external.
Battery is still strong and seems slow to discharge. My MBA 11inch seems quite fast. And this post is using my MBA 2020. Mula-mula cadang nak jual MBA 11inch tapi rasa sayang pula sebab Apple dah tak keluar dah 11 inci tu. So saya bagi pada wife guna dan dia pun suka sebab senang dia nak bawa buat tugasan di luar.
Harga, untuk marhain macam saya yang nak pakai produk Apple, memang mampu milik. Harga asal RM 4399, Macbook paling murah untuk Apple. Boleh la untuk selesaikan semua kerja saya. Saya guna diskaun untuk education staff and students, dapat RM 3959. Beli di education store di website Apple Malaysia. Berbaloi.
hi , dalam masa berapa hari ye item sampai? saya baru first time beli online kat apple store . Tak berani nak pergi kedai since case covid makin meningkat hehe .
ReplyDeletedalam 3-4 hari je.
DeleteCondition item ok ke kalau beli online..?nk beli online tp mcm x cnfident 😅
ReplyDeleteok sangat. Sama macam beli di kedai. Lagipun yang ini beli terus dari Apple Malaysia. Jangan risau. Diorang guna delivery UPS, beza sungguh perkhidmatannya. Dan lagi satu, kalau ada problem ada instruction nak return back. Tapi so far tak pernah dengar lagi lah ada masalah.
Deletehi nak tanya, kalau utk student okay tak pakai laptop ni, and macam mana eh kalau kita nak guna microsoft dlm MBA,
ReplyDeletehi, student okay je kalau nak guna laptop ni. Saya sendiri guna microsoft 365 di laptop ini. ada juga students di tempat saya yang gunakan macbook.
Deletesalam.. untuk MBA 2020 nie ada tak microsoft office smua.? kalau takada kne download @ beli? tq
ReplyDeletemicrosoft takde, kena beli. tapi kalau nak guna Mac punya version microsoft ada dan siap install dalam mac seperti Keynote (macam power point), Pages (macam word), numbers (macam excel) dan compatible juga untuk baca file microsoft.
Deletesalam.. nak tnya.. MBA 2020 nie ada microsoft tak. ke kne download @ beli?
ReplyDeletemicrosoft takde, kena beli. tapi kalau nak guna Mac punya version microsoft ada dan siap install dalam mac seperti Keynote (macam power point), Pages (macam word), numbers (macam excel) dan compatible juga untuk baca file microsoft.
Deletesalam.. nak tnya.. MBA 2020 nie ada microsoft tak. ke kne download @ beli?
ReplyDeletemicrosoft takde, kena beli. tapi kalau nak guna Mac punya version microsoft ada dan siap install dalam mac seperti Keynote (macam power point), Pages (macam word), numbers (macam excel) dan compatible juga untuk baca file microsoft.
DeleteSaya bru beli ipad kt website apple malaysia 7/6/2021 hari tu. Tapi kenapa apple peruntukkan masa 2 minggu utk brg sampai. Awak 4 hari dah sampai.
ReplyDeletepertama, saya beli spec basic yang tiada upgrade dari Apple, kedua, sekarang banyak juga produk electrical masih dalam proses recovery kerana supply chain dah terganggu akibat pandemik covid. Ketika saya beli, walaupun dalam tempoh lockdown namun supply chain masih belum 'terganggu' kerana masih ada stok electronic parts yang boleh digunakan untuk built device yang saya order. Sekarang kalau kita tengok pun, bukan sahaja Apple tapi printer yang baru-baru ni saya beli pun susah nak dapat stok, terpaksa beli pada seller yang tekan harga mahal dari harga retail.
DeleteYang ketiga pula, masa saya beli dulu memang Apple bagi estimate delivery time seminggu if i'm not mistaken, tapi sebab saya order yang basic spec, maybe stok memang dah ready and dia terus deliver. Kawan saya yang upgrade ssd size dan ram terpaksa tunggu more than 1 week untuk dapatkan Macbooknya.
Hi, utk first time user apple laptop patut ke sy guna macbook? Sy tgh cari laptop. I own an iphone for 2 years. I work most using microsoft excel. If install miscrosoft works fine tak?
ReplyDeleteEh dh send ke belum? Ala confuse. Takpe sy tya semula. Sesuai ke sy first time nak guna macbook. Sy banyak akan guna microsof excel. Macbook boleh ke?
ReplyDeletesorry lewat reply, saya masuk hospital kena covid. ni baru recover sikit sikit. excel boleh je guna macbook, tiada masalah sebab microsoft untuk mac memang ada. cuma kalau gunakan extensive excel data, kena up sikitlah spec macbook.
Deleteassalamualaikum..nk tanya..beli online direct dgn wensite apple..delivery okay ke?jika ade apa2 masalah semasa delivery..boleh hantar direct di machine?mohon pandangan..
ReplyDeleteWsalam, masa saya beli pada tahun 2020, delivery sangat okay. Menggunakan UPS. Jarang kita dapat delivery dari UPS, selalunya dari JnT, atau Poslaju, atau Citylink. UPS is an established international courier company. Tentang kerosakan ketika delivery, boleh claim di Apple Malaysia. Di website Apple Malaysia ada number customer support, boleh try tanya kalau boleh hantar direct pada Machine. Tapi I am sure Apple Malaysia akan ada outlet dia yang membolehkan kita hantar product yang rosak ketika delivery. Just give those Apple Malaysia a call.
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya dah baca blog ini, terima kasih , dan semoga cepat sembuh dari covid, saya nak tanya kalau dia cakap macam ni " Package is delayed in transit. Delivery will be rescheduled. Check back or signup for UPS My Choice® to receive updates." , adakah ada prob dengan penghantaran? ke normal ?
ReplyDeleteWsalam terima kasih atas doa. Itu maknanya ada delay dalam penghantaran pakej. Zaman-zaman covid ni memang ada delay, better tanya UPS sendiri kalau dah ada tracking number.
DeleteKalau seorg guru.. Sesuai ke nk guna mba ini... Sbb tgk pd review ada yg kata ssh untuk send doc pd yg bkn pgguna mba.. Dan klu kita pnya doc di mba bila send pd pngguna window doc tersebut akn crack dan sbgainya... Betul ke?
ReplyDeletesaya tak pernah alami kesukaran untuk hantar dokumen pada pengguna yang menggunakan windows. Di zaman covid ni, saya selalu hantar dokumen seperti microsoft word dan juga excel samada menggunakan whatsapp, emel atau shared folder di google drive. Untuk create dokumen, saya gunakan microsoft word di MBA saya.
DeleteAssalamuaikum. Berbaloi ke beli Macbook Air M1 sekarang memandangkan ia sudah mencapai setahun slpas keluaran dan patutkah tunggu Macbook Air latest? Dan bro ada jangkaan tarikh tak bila Macbook Air latest akan keluar?
ReplyDeletekalau untuk buat kerja-kerja basic, tiada masalah. Jangkaan mungkin pada 2022 nanti untuk macbook air yang latest. Tapi kalau saya, saya beli sahaja macbook air M1. nak tunggu latest Macbook Air pun kita tidak tahu bila ia akan release. Keadaan pandemik covid 19 yang menyebabkan kilang-kilang tergendala operasinya juga menyebabkan production tidak seperti dahulu.
Delete