Pada sekitar pertengahan 90an, saya sudah mula bekerja di sebuah kedai komputer sebagai technician. Mula-mula tugas saya ialah untuk deliver komputer ke rumah customer. Biasa delivery melibatkan the whole set iaitu monitor, cpu, keyboard dan mouse. Kerapkali juga mereka beli sekali printer. Masa tu printer yang kerap dibeli ialah Canon Bubble Jet. Boleh check sejarah Canon Bubble Jet di sini. Sebelum tu printer adalah dot matrix. Canon Bubble Jet bersaiz kecil (pada zaman itu) dan bunyi print pun antara yang tersenyap pada waktu tu. Saya sendiri memiliki Canon BJ 200.
Kemudian, boss upgrade saya melakukan kerja-kerja memasang CPU from a scratch. Pasang motherboard pada casing, and then letak processor, memori, hardisk, CD Drive, kad grafik kalau ada, sound card dan juga kalau ada, tv card. Tv Card ni untuk kita tengok siaran TV guna PC. PC siapa yang ada benda alah ni memang hebat woo, lagi-lagi kalau duduk di kolej universiti. And then bila dah mahir pasang hardware, saya diajar pula install software termasuk Windows. Masa ni Mac dah ada tapi agak alien bagi kebanyakan orang. Hanya golongan yang dianggap kayangan je yang ada Mac. Mereka kata Mac untuk orang yang tak pandai guna komputer (sekarang saya type entri ni guna Macbook).
Masa dapat offer masuk ITM pun saya tak berapa nak, sebab dah selesa kerja di kedai komputer. Dapat gaji RM 1000 - 1200. Kira dah sedap pegang duit. Bila masuk ITM, saya buat kerja part time sikit-sikit repair, upgrade dan maintain PC. Pernah juga kerja di cybercafe sebagai penjaga merangkap technician. Masa ni dah start belajar sikit-sikit maintain networking. Zaman ni orang datang cybercafe atau CC untuk main game network samada Warcraft atau FIFA. Selain tu, mereka datang nak main MiRC. Ada juga yang datang nak print kerja, tapi majoritinya datang nak buat dua benda yang disebutkan tadi tu lah.
Kelmarin merupakan kali pertama saya buka casing PC setelah kali terakhir saya buka casing PC pada tahun 2003, itupun sebab saya mengajar PC maintenance. Oleh kerana kekerapan Work From Home (minggu depan dah start Work From Office secara bergilir), maka saya memerlukan pelbagai hardware setup yang laju. Masa pun banyak depan komputer dan internet. Pelbagai benda saya search. HP Slimline saya yang dibeli pada Jun 2017, semakin lembab. Pada awal-awal pun tak lah laju sangat masa boot windows kalau nak compare dengan Mac. Dan saya berazam untuk menjadikannya laju kembali terutama ketika boot. Saya melihat Windows 10 berpotensi untuk laju. Macam-macam idea bermain di fikiran seperti nak upgrade RAM. Tapi untuk mencari RAM yang speed dan spec serta pengeluarnya sama seperti RAM sedia ada agak sukar. Saya tak mahu mencari RAM yang specnya berlainan. Kerana pengalaman mengajar saya yang kadangkala ia boleh menyebabkan sistem freeze. Boleh baca di HP support di sini berkenaan dengan recommendation mereka. The safest bet is to replace existing RAM yang sedia ada.
So nak senang saya ganti Hardisk (HDD) saya dengan SSD. Macbook saya guna SSD and nampak prestasi boot dia sememangnya bikin hati jadi puas. Bermulalah misi mencari SSD dan oleh kerana nak guna urgent, saya kena cari di kedai. Beli online ni postage lambat zaman-zaman PKP ni. Tapi boleh jimat duit, kalau sanggup tunggu. So saya ke IT shop center. Round beberapa kedai, takde jual, habis stok. Kata mereka SSD in high demand sejak mereka start buka kedai. Ramai nak guna sebab ramai work from home and online class. Masa saya di situ pun jumpa customer yang datang beli printer lah, beli external hardisk lah, beli mouse lah, beli laptop lah. Kira memang tak bohong la orang kedai ni.
So saya dapat grab satu SSD Kingston. Bukanlah yang terpantas dan terbesar. Ikut bajet di poket saya. 480gb dah memadai sebab Macbook saya pun ada yang 128gb dan 256, hanya simpan data yang perlu sahaja. Yang lain simpan di external. Harga Rm 330. Di Shopee boleh dapat bawah RM 300 tapi confirm lambat sampai. Tanya portable SSD semua kedai takde. Saya cari 1 portable sebab nak transfer data besar-besar dengan pantas. In the end kedai ajar pakai SSD SATA biasa, ukuran 2.5 inci macam Kingston yang saya beli tu. And then beli casing dia. Settle.
So saya beli Verbatim 120GB SSD dan beli casing. Jadilah ianya portable. Ringan betul compare to my external HDD. Harga dapat Rm 130, sekali casing USB A, RM 165. Okay la, malas cari lama-lama ronda kedai sana sini musim covid-19. Cari beli balik. Pantas. Ikut SOP KKM.
Bila balik, saya kaji dulu dalam internet, apa nak buat. Asal nak suruh technician di ofis saya je pasang, bagi duit. Tapi dia biasanya clone HDD lama ke dalam SSD. Saya pernah buat, tak best, saya suka clean install. So jawapannya kena create HP recovery media. Dah terpaksa pula ke kedai stationary terdekat cari USB 32 GB sebab minima sistem tu nak 32GB. Kat rumah melambak USB tapi paling besar pun 16GB. Ada satu Toshiba 32GB tapi dah penuh dengan movie anak, untuk dia tengok di TV.
Dah dapat USB 32 GB, saya pun create lah system recovery di USB supaya boleh boot dari situ je. Then dah siap, bemulalah agenda buka PC. HP Slimline ni senang je nak bukak, open that one big screw dan slide the casing, so terdedahlah ia. Ada 1 sticker kat bawah tu turut terkoyak, petanda warranty HP akan void. Saya pun tak kisah sebab beli 2017, rupanya masih ada warranty lagi, bulan Jun 2020 expired. Tu pun check lepas saya install SSD.
Ini SSD Kingston yang baru saya beli. Saya akan cabut HDD di connector warna biru tu dan replace dengan SSD. Beza size mereka, SSD lagi kecik dan nipis. Saya cuma guna satu je skru nak lekatkan di slot HDD. Problem sekarang nak keluarkan HDD tu dari slot. Jalan keluar HDD tu ada kipas processor dah block. Dekat 20 minit la juga nak solve problem nak keluarkan HDD ni. CD Rom Drive dah berjaya dikeluarkan dari depan.
Rupanya, casing depan boleh cabut. So saya cabut casing depan dan buka skru slot HDD dan alhamdulillah berjaya keluarkan HDD. Liat betul benda ni nak dikeluarkan. Ambil masa 20 minit, dapat keluarkannya merupakan satu kepuasan.
Dan, SSD yang baru saya letak di slot seperti gambar di atas. Nampak senget sebab dia kecik dan nipis, slot pula besar. Saya cuma guna satu je skru di slot dan terus SSD ni melekat. Tiada tanda-tanda dia boleh jatuh atau bergoyang. Bila dah tutup casing takde orang nampak. So bermulalah pula process installation new Windows and other HP drivers and softwares menggunakan USB Boot Drive yang saya create.
Proses installation nampak laju dan setelah kira-kira sejam, selesai semua. Sebenarnya boleh siap lagi awal dalam 30 minit, tetapi sebab ada error, terpaksa browse internet cari maklumat error. Tak jumpa pun sebarang jawapan yang accurate. Last-last try sendiri dan jadi. Senang cerita saya sepatutnya format SSD dan install tapi saya pilih opsyen install je terus tanpa format. Dan bila first time boot Windows, laju dah hampir macam Macbook. Even lepas saya install macam-macam after that, still boot dia laju. And saya biar sampai tengah malam PC tu, test macam-macam except games. Tak menghampakan.
Kenapa saya tak guna dua-dua HDD dan SSD serentak? Sebab SATA saya hanya dua dan satu dah guna untuk CD Drive. Saya tak nak compromise CD Drive because saya guna untuk burn CD movie untuk anak saya tonton dalam kereta. Lagipun HDD ni boleh saya guna untuk decoder CCTV saya. 1tb tu.
Ada juga kelemahan SSD yang saya baca tapi for now, the benefits had blinded me from the drawbacks. So now my HP Slimline is considered to be one of the fastest PC in the office.
No comments:
Post a Comment