Antara album yang saya beli di iTunes |
Mungkin ramai dari pembaca blog ini telah sedia maklum bahawa iTunes merupakan salah satu online store yang menjual lagu mp3. Selain iTunes, ada beberapa lagi online store yang popular seperti Amazon dan juga Spotify. Saya pernah juga usyar-usyar Amazon tetapi sesetengah mp3 whole album harganya agak mahal.
Dulu zaman-zaman remaja dan muda belia saya dipenuhi oleh koleksi muzik. Ketika zaman kaset, selain beli, makcik saya yang bekerja di stesyen penyiaran pun sering memberi saya kaset yang beliau dapat percuma dari syarikat rakaman. Memang banyak koleksi saya dan majoritinya adalah dari genre rock dalam negara dan luar negara.
Faham-fahamlah koleksi muzik dari hujung 80-an terutama kaset. Banyak dah rosak, hilang, musnah. Lagi-lagi iklim negara kita sememangnya tak mesra kaset. CD pun lama-lama boleh rosak. Apabila wujudnya mp3, ia bagai satu rahmat pada penggemar muzik. Sebabnya, format digital yang mudah disimpan. Tidak lagi terdedah dengan ancaman kerosakan bahan. Kalau nak rosak pun sebab kena virus komputer atau terdelete.
Lagipun dengan mp3 ni, bentuk fizikal bahan muzik dah tak kelihatan. Kalau zaman kaset atau CD, memang boleh bersepah rumah kalau tak reti kemas. Lagi satu masalah kawan pinjam tak pulang. Kalau mp3 dia nak pinjam, kita copy je dalam USB dia.
So, berbalik pada iTunes ni tadi. Dulu saya tak gemar iTunes sebab dia cuma Apple friendly. Lagipun seingat saya dulu koleksi lagu-lagu rock kapak melayu dan english dia tak la banyak. Paling lemah ialah format lagu nya cuma sesuai dimainkan di Apple devices sahaja. Now dah boleh convert ke mp3. Google sahaja tutorialnya. Tak perlu nak guna apps atau software lain. Memadai convert guna iTunes sahaja. Mungkin ada yang tanya, since Apple dah jadi Apple Music, do we still have this iTunes store. Yes is the answer. iTunes is for people who wanted to buy songs and albums, the convert it to mp3 so it can be listened to other devices. For me, I listen mp3 songs using my Sony High Res Audio Portable Player. Kalau tengah drive, saya dengar mp3 di player kereta saya.
The main thing for me buying songs in iTunes is it's ability to convert to mp3. And recently lepas dah tahu cara nak convert through iTunes itself, memang puas lah membeli saya. Lagi best bila pembelian di Apple Apps boleh guna Touch N Go e Wallet. Senang sikit, topup bila perlu sahaja.
So here I am, browsing through iTunes collection. Banyak juga koleksi zaman dulu-dulu yang saya jumpa. Ada yang saya beli the whole album, ada yang beli single song. Ini kelebihan beli digital muzik online, boleh beli single song. Kalau ke kedai, kena beli one whole album. Harga sudah tentu mahal. Tapi kalau nak dikira, lebih jimat beli one whole album cuma tak semua lagu dalam tu kita suka. Satu lagu di iTunes ada yang harga RM 2.90, ada yang harga RM 3.90. Most English songs RM 3.90. Lagu melayu yang berusia sikit, harga RM 2.90. Tapi ada juga yang RM 3.90. Maybe sebab popular kot.
No comments:
Post a Comment