Saturday, May 09, 2020

Beli Bag Di Oribags.com


Saya mula mengenali Oribags pada tahun lepas, setelah terjumpa page mereka di Shopee. Ada pelbagai bag dan tempat meletak barang di Oribags shopee. Mereka juga ada membangunkan platform e-commerce mereka sendiri dimana pembelian boleh dilakukan di website mereka. Saya juga follow mereka di facebook. Bagi saya, ini satu konsep yang bagus dimana pelbagai jenis beg dan tempat simpanan asli dan original dari brand-brand yang well known dijual di satu tempat.

Cuma pada waktu itu mereka belum ada kedai. Mereka jual secara online sahaja. Saya ni kalau bab membeli bag memang kena tengok live dan pegang. Setakat bagi maklumat size dimensi dan jenis material beg memang tak hadam saya. Kena juga tengok depan mata.

Ofis oribags ini di Setia Alam, di kawasan belakang Tesco. Saya pernah menaiki motosikal ke sana untuk melihat lokasi dan sekaligus nak terjah ofis mereka untuk melihat sendiri salah satu beg yang saya nak beli which is Thule Powershuttle. Powershuttle dari well known brand which is Thule ni sesuai untuk letak peralatan digital kita yang kecil macam powerbank dan cable. Harga Rm 119 dan saya dah kaji di Youtube. Namun tak puas kalau tak pegang dan tengok depan mata sebelum beli. Tapi sayang ofis tutup sebab saya pergi waktu public holiday. 

Semalam sekali lagi saya ke ofis mereka setelah saya berhubung dengan mereka menerusi whatsapp. Saya dah browse website mereka dan nak beli beg Rivacase atau Case Logic khusus untuk MBA 2020 saya. Laptop cari makan ni kena jaga betul-betul. Agaknya saya ni banyak sangat tanya, admin Oribags ni cadangkan saya terus ke kedai mereka. Rupanya mereka dah ada kedai, tak jauh dari ofis mereka. Kedai bermula operasi kira-kira dua minggu lebih sebelum PKP. Dan minggu ni baru start buka balik selepas PKPB. Sebelum pergi ternampak pula promosi Thule by one free Powershuttle worth RM 119. Terus saya browse serba sedikit dan berkenan dengan Thule Achiever dari segi spesifikasi beg serta harga yang sesuai. Sebenarnya terlebih bajet sebab saya dah set bawah RM 200. Rivacase 8262 sekitar RM 15x manakala Case Logic DLBP 116 kira-kira RM 19x. Seharian saya kaji pasal Rivacase dan Case Logic ini dan membuat pelbagai perbandingan. Thule tak masuk book pun sebab over budget. In the end, bila nampak promosi Oribags berkenaan dengan percuma Thule Powershuttle, terus tak fikir panjang dan cari juga Thule.

Inilah Thule Achiever 20L backpack

Nasib baik ada Thule Achiever 20L, harga Rm 254, tak jauh sangat dari bajet. Ada lagi dua bag Thule yang range bawah RM 300 tapi design dan spec tak menarik. Yang lain semua atas RM 300, ada satu ni cun dan mengikut spec yang saya hendak malangnya harga RM 4xx. 

Main compartment, letak laptop dan ada ruang letak tablet
Compartment kedua besar, boleh letak pen, power adaptor, ada zip.
Thule Achiever ni ada 3 main compartment dan material dia not bad juga. Compartment terbesar ada ruang untuk 15 inch laptop which fits nice for my 13 inch MBA 2020. Ada juga ruang untuk letak tablet dan saya letak tablet Samsung 10inch saya disitu. And then ada compartment kedua besar di hadapan di mana boleh letak pen dan juga benda lain seperti external hardisk. Saya mungkin akan letak cable dan power adaptor Macbook saya. Compartment ketiga pula ada padding tebal. Dalam iklan Thule, tempat ni sesuai letak sunglasses tapi saya letak Bluetooth Mouse saya disitu. 

Ini compartment paling kecil, padding tebal. 
And then dia ada padding yang bagus di belakang untuk support badan pemakai. Ada juga tempat letak botol air di kiri dan kanan beg. Boleh letak air mineral. 

Thule Powershuttle yang dapat percuma dengan pembelian beg ini pula saya letak di dalam compartment terbesar.Dalam tu saya letak powerbank dan juga cable-cable lain. Kedua-dua external hardisk saya sebenarnya dah tak perlukan any container sebab satu ni saya dah siap letak dalam hard case sementara satu lagi iaitu jenama Transcend memang mempunyai protectionnnya sendiri. Maybe my 320gb hardisk saya akan letak dalam Powershuttle saya. Hardisk tu ada di ofis, lupa nak bawa balik. Yang tu memang khas untuk Time Machine Mac. 

Thule Powershuttle. Percuma dengan pembelian beg Thule.
Ada yang tanya saya kenapa saya suka Oribags sedangkan ada banyak kedai-kedai jual beg di shopping mall. Kedai-kedai tersebut banyak jual beg untuk travelling dan beg-beg bersaiz besar. Di Oribags, banyak jual beg untuk kegunaan seharian. Sebelum ni beg kegunaan harian saya cari di kedai sports, tapi kadang kala ia tak sesuai untuk protect laptop. Tak nampak professional juga untuk dibawa kerja. Di Oribags, ada pelbagai jenis beg untuk leisure dan kerja. Beg untuk outdoor pun ada. Dan yang pasti original serta dari pelbagai jenama beg terkenal seperti Thule, Case Logic, Korin Design, XD Design, STM, Pacsafe dan banyak lagi yang saya tak pernah dengar nama. Namun bila saya google, baru tau itu brand hebat. Ada juga beg di Oribags harga RM2xxx. 

Beg yang bagus memberi protection pada barang yang kita bawa. Ia juga tahan lasak dan boleh dipakai bertahun-tahun lama. Jika kita sayang barang kita, sediakanlah protection yang bagus untuknya. Dan yang pasti menggunakan barang original tak sama dengan barang fake. Luaran mungkin hampir sama tapi dari segi kualiti tidak akan sama. Material yang digunakan adalah berbeza. 








No comments:

Post a Comment