Monday, December 09, 2019

CDI Rosak


Rujuk entri lepas di mana saya sedikit sukar untuk mencari momentum menulis. Alhamdulillah dapat juga momentum cuma saya tidak dapat menulis secara direct kerana diganggu tugasan-tugasan hakiki. Ada test, ada penyelenggaraan kerja-kerja menghadapi peperiksaan, submission assignment students dan pelbagai perkara lagi. Namun yang paling mengejutkan ialah kemalangan yang menimpa rakan lama saya yang juga ex housemate masa bujang. Dia dikatakan kemalangan ketika bermain paramotor dimana jari-jarinya dikatakan hampir putus. Setelah melalui tujuh jam pembedahan, jari-jarinya berjaya disambung namun salah satu nya seperti telah rosak. Ketika saya melawatnya di hospital pada hari Ahad lalu, tangannya berbungkus tapi nampak juga jari-jarinya. Nampak juga jari tengah seperti hitam kebiruan. Hopefully jari-jari beliau dapat diselamatkan. 

Pulang dari hospital, saya tidur sebentar dan apabila sedar terus berjuang dalam penulisan. Dibantu literature-literature yang telah saya perolehi sebelum ini, dapat juga selesai 2 muka surat. Hari ini saya tidak dapat fokus kepada penulisan kerana banyak kerja yang perlu dibereskan. Ditambah pula dengan badan lesu dan letih kerana tidur lewat semalam. Pagi makan nasi lemak, tengahari makan burger ramly dan petang makan roti kelapa. Malam as usual bertemankan air masak sahaja.

Di saat kritikal mengejar dateline ini lah moto Modenas saya rosak. Pagi tadi bawa macam biasa. Cuma saya perasan lately ni lepas tukar regulator, moto macam semakin ringan. Tak pasti samada ini efek regulator baru atau pun perasaan saya sahaja. 

However, masa balik dari kerja, berlaku insiden yang saya ingin elakkan iaitu moto rosak. Sesampainya di depan pagar rumah, enjin seperti biasa masih hidup dan saya buka mangga pagar. Tiba-tiba enjin mati, saya agak pelik cuma masa tu saya berfikiran bahawa lepas start nanti dia okay lah. Cubaan start guna starter gagal. Bunyi starter masih cranking macam biasa cuma enjin tak mau hidup. Saya try kickstart pun sama. Gagal.

So, saya sorong moto dalam pagar dan masuk rumah dulu sambil baring-baring. Saya wasap budak-budak saya tanya apa masalah. Mereka datang rumah saya dan test moto saya, still tak boleh start. Mula-mula ingat plug atau coil. So diorang tunda moto saya ke rumah mereka yang tak jauh dari rumah saya. Then saya terima wasap mengatakan bahawa mereka dah tunda moto saya ke bengkel moto yang mereka biasa buat. Rupanya CDI kong. 

Budak-budak saya pun terkejut sebab jarang CDI kong. Tapi lepas saya kata yang sebelum ini regulator kong, baru mereka tak terkejut sangat. Diorang suggest ganti sekali coil kalau nak pakai lagi lama tapi disebabkan saya nak trade in moto ni dengan skuter, kita maintain dengan CDI baru dulu.

Saya tak kisah proses skuter ni lambat, cuma harapan saya agar Modenas saya tak buat hal lagi sebelum ditukar dengan skuter. Now rasa mengharap pula skuter keluar awal. Saya rasa sepanjang saya guna moto Modenas saya, ini kira major problem pertama lah since 2014 kerana melibatkan moto langsung tak boleh start. Ingatkan kaburetor ni lebih selamat dari FI. Owh, budak saya kata mekanik charge RM 60 untuk CDI. Dugaan poket satu hal, dugaan masa dan emosi ketika menulis satu hal lagi. 


No comments:

Post a Comment