Motosikal Modenas MR1 saya sudah digunakan dari tahun 2014 namun masih tiptop. Pada tahun ini berlaku sedikit insiden enjin meletup letup dan mudah mati apabila tak pulas throttle. Tanya kawan-kawan katanya spark plug. Dalam hati agak musykil sebab 2018 dah ganti plug. Lagipun moto tak jalan jauh. Mileage baru 7k sepanjang 5 tahun guna.
Pergi check di GT Max, rupanya cable choke je yang rosak. Ganti baru baru berapa ringgit. Dan kembalilah moto MR1 kepada yang asal. Lepas tu masalah elektrikal pula seperti yang saya ceritakan di entri yang lepas, pun dah settle.
Moto dah kembali tiptop macam baru. Cuma lately wife kerap bawa ke masjid. Kadang-kadang anak-anak pun join naik. Masjid tak jauh, jalan kaki 7 minit. Fikir punya fikir, nak tukar Modenas MR1 pada skuter.
Mula-mula masa beli RS haritu memang ada nawaitu nak beli sekali NVX. Sebab nak merasa bawa skuter 155cc ni. Pergi kedai-kedai moto katanya lama nak kena tunggu. So tukar pada Vario. Harga pun lagi murah. Wife pun boleh bawa ke masjid. Tapi wife tak nak pula lepas tengok Vario walaupun pada awalnya dia kata Vario Repsol edition cantik. Sebab musabab adalah kerana Vario besar.
Bila Modenas MR1 buat hal kejap walaupun dah berjaya disettlekan dan kondisi kembali baru, terfikir kembali nak ambil skuter. Memang asal nak layan kaburetor, tapi untuk long term dan petrol consumption, baik cari moto FI.
Lagipun risau tengok kaki anak-anak dekat dengan rantai. Kalau skuter, belting bertutup rapat. Risiko tu kuranglah. Alang-alang saya pun mengidam skuter, in the end ke kedai moto dan beli Yamaha Solariz 125cc. Balik kampung wife memang kami lenjan Honda Beat jalan-jalan dalam kampung. Rasa pickup juga skuter Beat ni.
Baca review, Solariz and Avantiz yang guna enjin sama not bad. Avantiz seat lebar sikit sebab boleh letak helmet. So semalam datang beli Solariz guna loan tempat kerja. Pantas prosesnya. Jumaat wasap kedai minta quotation. Petang kedai send quotation lalu wasap. Isnin mohon loan tempat kerja guna sistem dan attach sekali quotation. Isnin petang dah boleh printout surat perjanjian. Selasa pass pada despatch ofis suruh matikan setem tapi dia tak sempat. Rabu dia matikan setem dan ambil surat pesanan dari tempat kerja untuk diberi pada kedai. Khamis tengahari pergi kedai dan bagi surat pesanan sambil bagi resit JPJ untuk nombor pendaftaran yang dah dibeli.
Kebetulan ada ready stock Solariz Merah. Petang tu tempat kerja email bagitau dah selesai tuntut hakmilik. Masa tu dah ada casis number. Maknanya dah ada moto. Check sistem JPJ petang tu, nombor yang ditempah masih tidak wujud.
Pagi tadi buka lagi sistem JPJ MySikap, nampak nombor yang ditempah dah wujud dan link pada nama saya. So sekarang tengah tunggu kedai bagitau moto dah siap untuk di collect.
Senang zaman sekarang, semua guna online. Kerani kedai semalam tunggu tempat kerja release payment, saya cakap kejap je diorang bayar, transfer online sahaja. Saya jangka Sabtu atau Ahad ni diorang akan call suruh collect moto. Paling lewat pun Selasa depan.
But, as always, bila urusan kita bergantung pada orang lain, we hope for the best. Birokrasi pun memainkan peranan. Berurusan dengan organisasi besar perlu kan tandatangan dari Boss untuk melengkapkan urusniaga. Kalau nasib tak baik, Boss cuti atau MC atau pun kursus. Kalau nasib baik pula, kena pula tunggu clearance dari kedai. Sometimes, semua berjalan lancar, duit pun dah transfer ke kedai, tapi tunggu pula pomen siapkan moto. Bila kita diam, diorang pun diam. Masa saya ke kedai moto tempohari, kerani perempuan kedai kata insurans takaful pula agak lewat sebab kena buat dengan orang lain.
Macam-macam hal. Apa pun, elok juga delay sebab nak tunggu buyer moto MR1 saya confirm samada nak beli atau tak. Saya dah bagi tempoh dateline, kalau buyer lambat, saya tolak kat kedai moto tempat saya beli skuter je. Pricewise pun tak banyak beza. Kadang-kadang buyer ni backoff. Bak kata orang tua-tua, perkara yang urusannya bergantung pada orang lain ni yang sukar.