Tadi saya mengunjungi Pusat Servis Modenas yang terletak di Seksyen U5, Shah Alam. Saya panggil kawasan ni Subang Mah Sing. Kalau dari Shah Alam, kita guna jalan lama menghala Sungai Buloh. Selepas traffic light Kg Melayu Subang yang ada Petronas, kita akan jumpa satu lagi traffic light berhampiran Toyota Kg Melayu Subang. Lepas traffic light yang ini, kita akan jumpa pula satu traffic light simpang tiga. Yang ini kita belok kiri dan kita akan nampak bangunan logo Modenas di sebelah kanan kita.
MR1 saya warna hijau, tiada dalam gambar |
Purpose saya ke Pusat Servis Modenas ialah sebab nak rawat problem moto Modenas MR1 saya yang telah saya guna sejak April 2014. Mileage baru 7000. Saya cuma bawa MR1 ni sekitar taman dan ke masjid. Lately ini, wife kerap guna. Sebenarnya simptom ni dah ada hampir setahun dimana bateri motosikal saya sukar nak charging sendiri namun sebulan dua ni nampak ketara. Sebelum ni starter buat hal. Tak sampai sebulan ganti bateri starter dah susah nak guna. Saya buat bodoh aje lah ingatkan masalah starter. Namun seperti yang saya katakan, sebulan dua ni lampu signal malap dan hon dah tak berapa kuat. Starter waktu ni sangat uzur.
Kemuncaknya ialah apabila signal, hon, starter, lampu meter, lampu gear indicator dan fuel indicator saya kong. Beberapa minggu juga macam tu padahal bateri baru 3 bulan ganti. Pergi ke GTMax, katanya takde masalah charging sebab lampu depan dan lampu belakang hidup aman bahagia. GTMax chargekan bateri dan bila test di kedai semua okay. Namun bila balik rumah, dah mula malap lampu gear N. Dan esok hingga lusa, satu-satu mula hilang kembali. So nampak lah simptom ketara bateri tidak charging.
Angan-angan |
Saya pun mulalah berangan nak tukar ke Yamaha Solariz. Belum pernah lagi beli skuter. Sesekali ada juga naik Honda Beat di kampung. Memang rasa lancar dan pickup, cuma top tak dapat lah. Solariz 125 cc sementara MR1 97cc. Yang saya baca di grup FB Solariz/Avantiz, top speed boleh dapat 100kmh, MR1 ni dapat 80 kmh pun dah sedap.
Cuma MR1 ini karburator, senang sikit jaga. Skuter saya tak pasti tapi ikut kata rakan-rakan yang guna skuter (bukan Solariz/Avantiz), leceh sikit sebab kena pastikan belting tukar bila sampai time, servis pula ada 2 minyak iaitu satu minyak enjin satu lagi minyak gear. Kos tak pasti tapi saya rasa lebih kurang kos servis Honda RS 150 saya.
Berbalik pada kunjungan saya ke servis Modenas hari ini, alhamdulillah mereka dah kenalpasti masalah utama ialah kerosakan regulator. Ini memang saya dah jangka based on my readings on the internet. Bateri pun dah tak berapa kuat sebab tak charging so saya tukar sekali bateri. So far setelah sampai rumah, tiada tanda-tanda ketara menunjukkan bateri tak charging. Total kena Rm 148 iaitu regulator voltage P503 harganya RM 68 after 20% diskaun. Bateri Yuasa YB5L-B pula harga 60.16 juga after 20% diskaun. Labour charge RM 20.
Sebenarnya saya dah usya Yamaha Solariz dengan kedai tempat saya biasa ambik moto dan dah diberi harga cash otr. Namun bila motosikal MR1 dah pulih kembali saya rasa maybe saya guna dululah moto ni. Maybe hujung Januari tahun depan kot baru saya beralih ke skuter. Sayang sebenarnya nak jual moto MR1 ni sebab enjinnya kaburetor. Motosikal sekarang majoriti dah guna injection. Walaupun katanya lebih jimat minyak dan pagi pagi tak payah tarik choke, namun kalau rosak lebih menipisan duit.
Oleh kerana moto kedua ni lebih banyak digunakan wife, saya kena beli moto yang sama ringan dan kecil dengan MR1. Basically berdasarkan spec, Solariz 4kg lebih ringan dari MR1 dan ketinggian seat sama. Asal berangan nak ambil Vario tapi Vario nampak besar.
No comments:
Post a Comment