Jika kita lihat di negara kita Malaysia, manusia sentiasa bergerak ikut trend. Maksud saya, akan ada musim dimana semua orang sebegini. Ada yang kata viral. Saya berada pada zaman awal-awal viral iaitu Facebook. Sekarang ada instagram.
Kita lihat makanan. Dulu viral kuih keria, sekarang merata dah ada. Ada satu masa tu kecoh pasal nasik kak wok dan nasi berlauk. Sampai nasi tu naik flight dari Kelantan ke Lembah Klang. Sekarang mungkin masih ada cuma dah tak hype macam dulu. Ada juga time gerai-gerai kopi ice blended bertaburan di mana-mana. Sekarang dah tak berapa nampak.
Suatu ketika heboh zaman vape. Kedengaran istilah Vape On. Kedai vape tumbuh merata. Macam-macam flavour keluar. Kawan-kawan saya pun ada yang meniaga vape. Yang hisap vape pun ramai. Sekarang dah tak banyak kedai vape. Masih ada lagi cuma bilangan kedai dah kurang.
Zaman kayuh basikal pun ada. Saya pun beli satu MTB, kayuh. Sekarang pun masih ada cuma jumlah dah tak macam dulu. Dulu macam-macam jamboree ada. Now saya tengok trend masuk acara lari. Acara ni dah lama, cuma lately ni orang yang tak pernah masuk pun dah mula join lari 5 km lepas tu upload dalam socmed. Macam-macam acara ada. Yang ni kita tengok berapa lama tahan. Acara larian memang akan sentiasa ada, cuma kekerapan dia tu kita tengok adakah akan sustain for the next 5 years, berkurangan atau bertambah.
Another trend is riding kapcai yang suku-suku. Contoh adalah Y Suku. Memang sangat trending ini barang. Yang ni saya pun terjebak. Haritu cari Y Suku tapi kena tunggu 2 minggu paling cepat. Last-last ambil Honda RS150. Kapasiti sama dengan Y Suku. Power malas nak compare sebab saya beli bukan untuk lumba.
Zaman-zaman muda memang saya main moto. Stop agak lama lepas tu dan sekarang naik moto balik. Dah kawan-kawan ajak ride. Trending pula ride kapcai ni jauh-jauh semata-mata nak makan. Before this superbike tapi tak semua mampu beli. So disebabkan kapcai standard 150cc pun boleh cecah atas 130kmh, ramai la yang beli.
Ini trend sekarang, untuk lelaki. Kalau for food/drinks, air ala-ala tealive. Dah mula macam-macam brand keluar. Kita tengok sejauh mana benda alah ni. Cuma untuk moto ni agak sukar menurun sebab ianya adalah keperluan juga. Kalau nak menurun pun, orang maybe beralih pada transportation lain. Maybe one day diorang ni semua jual moto dan naik MRT ramai-ramai. Sebab before zaman kapcai 150 ni, orang layan ex5 atau 125z. RXZ tu zaman saya muda. And then ada satu masa tu ramai pulak orang layan skuter. Kalau budak muda layan skuter yang kecik sikit, orang tua pula layan skuter 150-250cc yang besar. Masa tu banyak rumah saya nampak ada skuter.
Sekarang kita tunggu trend untuk 2020 ni apa pula. So far saya tengok kapcai 150 tengah hot item. Kedai moto performance muncul merata. Tenggelam kejap kedai moto yang biasa kita datang tukar minyak hitam. Saya sendiri sanggup naik moto jauh sikit nak servis di kedai moto yang canggih, ada mesin boleh angkat moto. Dah macam service center kereta. Siap ada aircond di tempat menunggu. Bayar pun pakai kad.
No comments:
Post a Comment