Friday, August 09, 2019

Cool Office



Saya sudah hampir 20 tahun menjadi ahli akademik atau bahasa mudahnya pensyarah di salah satu IPTA. Sepanjang berkhidmat, saya telah 3 kali bertukar lokasi pejabat. Maknanya, fakulti saya berpindah sebanyak 3 kali dan sekarang pun masih belum settle down kerana masih sentiasa ada ura-ura untuk dipindahkan. Kita tolak tepi isu itu dahulu.

Creating a comfortable environment in my workplace merupakan sesuatu yang penting kerana kami ini banyak berfikir untuk melaksanakan dan menyelesaikan tugas kami. Jarang kami guna kekuatan fizikal. Bukan sahaja bilik kami perlu selesa, kelas juga perlu selesa agar pelajar pun dapat menyerap segala yang kami syarahkan dengan lebih berkesan.

Malaysian climate is hot and humid. Ada masa hujan, banyak masa pula panas. Hujan atau panas, cuaca paling sejuk pun cuma boleh cecah 24 celsius. Itupun ia berlaku di luar waktu kami di ofis. Bukan untuk merungut dengan cuaca yang saya telah hadapi sejak lahir, tetapi cuaca yang sedikit sejuk boleh menjadikan bilik di ofis saya comfortable, selesa. Tidak mahu sesejuk winter, cukup ianya menyegarkan seperti musim Spring. 

Di tempat saya bekerja memang ada penghawa dingin. Cuma permasalahannya ialah apabila ia rosak, proses repair memakan masa. Sempat lah merasa iklim di gurun. Tukang repair tak salah, mereka tunggu duit dan peruntukan baru buat kerja. Di tempat saya pula, duit masuk, tukang repair ada. Malangnya sparepart pula seksa nak cari. Sistem penghawa dingin yang lama, sparepart pun dah susah nak dapat.

So, pihak pengurusan kami ambil inisiatif untuk tukar the whole sistem. Sekarang proses pemasangan aircond VRV. Satu kompressor boleh tampung banyak indoor unit. Bilik saya telah dipasang, sekarang menunggu bilik-bilik lain dipasang barulah mereka running semua aircond. Saya telah kaji sistem ini dan ianya bagus. Indoor unit yang dipasang pun besar.

Cuma saya sedikit gusar, ditakuti bila semua dah siap, tiba masa untuk test aircond dan ada pula error. Ini menyebabkan bilik saya tidak sejuk. Masa yang diperlukan untuk pasang aircond ini juga agak lama kerana orang yang pasang pun tak ramai. Kesian juga kadang-kadang tengok mereka bertungkus lumus. 

Hopefully everything's fine. Banyak nak menulis di ruang yang selesa. Menulis di rumah kena tunggu semua tidur. Masa semua dah tidur, kita pun dah layu. Umur dah meningkat ni dah sukar nak stay up lewat. Kepala boleh berdesing.

Kadang-kadang kesian tengok kawan-kawan yang tak tahan panas. Saya sendiri pernah nak demam dan selsema akibat duduk dalam bilik ofis. Dah la panas, kipas yang saya bawa sendiri dari rumah pun keluar angin panas sebab bilik kami tidak mempunyai ventilation yang bagus. Tingkap pun tak boleh buka. Kalau boleh buka pun tak berguna sebab ianya menghadap ke dalam bangunan.

Sekarang apa yang boleh dibuat adalah tunggu. Hopefully barang yang dibekalkan ada spare sebab nanti kalau sistem dah di on kan, ada suis atau indoor yang rosak, boleh terus ganti one to one. Kalau nak tunggu return pada supplier memang lambat.

Pengurusan dah keluarkan bajet, kontraktor dah hantar unit-unit aircond, pekerja tengah dalam proses pasang aircond. Apa lagi yang saya boleh buat kecuali menunggu. Seperti saya katakan, janganlah ada error sebab tiada testing dibuat phase by phase. Tunggu semua siap baru nak run. 

Whatever it is, thanks to the management for allocating a big budget for replacing our aircond with a new one. Luckily my work colleagues semua ceria. They are my motivation.

No comments:

Post a Comment