Monday, April 15, 2019

Pengalaman UMRAH v.1

Melukis Kaabah di dalam Masjidil Haram

Susulan dari entri sebelum ini dimana sambungannya saya coretkan di sini. Saya dan keluarga tiba di KLIA2 kira-kira jam 12 tengahari. Seminggu sebelumnya saya mengalami kecederaan otot betis kanan ketika bermain bolasepak untuk tempat kerja saya. So, memang bertongkat lah saya. Nasib baik di KLIA2 ada perkhidmatan buggy. Flight kami menaiki Air Asia X bertolak pada pukul 1845hrs. Sekitar jam 1400 hrs kita dah start check in dan urusan mengambil passport dari wakil travel agency. Saya menggunakan perkhidmatan Tiram Travel. Jangan ditanya bagus ke tidak sebab ini kali pertama saya menjalani ibadah umrah. So far, semuanya okay dan bagus. 

Di KLIA2 saya dan jemaah lain memakai ihram. Saya menukar pakaian ihram ketika waktu hampir masuk Asar. So, first time solat menggunakan kain ihram. Saya dan family saya antara yang lambat boarding. Maklumlah kaki saya terhencut-hencut menggunakan tongkat. Sepatutnya saya guna wheelchair percuma di terminal, tapi malas pula.

Perjalanan 9 jam ke Jeddah tiada apa yang menarik cuma saya agak kesejukan. Nasib baik kain ihram tebal. Dua kali makanan dan minuman diberikan di atas flight. Antaranya ialah the famous Nasi Lemak Pak Nasser. Not bad juga rasa nasi lemak tersebut. 

 Air panas as usual kena bayar. Saya tak order. Sepanjang perjalanan gelap sahaja sebab malam. Sehinggalah kami dikejutkan oleh pengumuman pilot yang kami akan melintasi miqat. Sebenarnya duration from the first announcement to sehingga melintasi miqat dimana kita perlu niat pun almost an hour. Kalau Air Asia X, tips dia ialah after our second meal, around 30 minutes kot akan ada first announcement on miqat.

So bila kami melintasi miqat, our mutawif dah lead baca niat. Sebelum tu pun dia akan pastikan kami semua dah memakai ihram.

We arrived in Jeddah around 2315-2330 hrs. Lepas turun flight kami kena naik bas. Ingatkan jauh perjalanan bas, rupanya dekat sahaja. Di terminal, kami melalui imigresen Saudi. Kena scan 4 jari kanan dan kiri kecuali ibu jari. Mereka suka betul dengan anak lelaki saya yang berusia 7 tahun. Anggota imigresen yang uruskan saya dan anak lelaki saya suka membuat lawak cuma saya tak faham sebab dalam bahasa Arab. English beliau very basic. Dia tanya nama kita, kita jawab. 

Di Jeddah, kami berjalan menuju ke tempat bas. Selepas boarding bas, kami meneruskan perjalanan ke Makkah. Kira-kira satu jam. Saya memerhati luar tingkap mencari padang pasir. Tapi cuma nampak kegelapan. Bas kami berjenama Yutong. 

Sampai di Makkah, saya rasa teruja apabila ternampak Clock Tower yang menandakan kami hampir sampai ke Masjidil Haram. Dah jadi kebiasaan saya kalau travel akan memerhatikan detail kawasan sepanjang perjalanan. Tapi disebabkan perjalanan malam, agak sukar nak tengok keadaan sekeliling kecuali bangunan berlampu. Sempat saya perhatikan bahawa kedai-kedai coffee takeaway agak banyak di sini. Stesyen minyak nya besar dan ada standalone drive thru ATM Machine. 
Construction di Makkah.

Tiba di Clock Tower sekitar jam 0230 - 0300 hrs. Saya jangkakan keadaan sunyi namun ianya meleset. Masih ramai manusia berjalan ke Masjidil Haram. Ada yang berjalan pulang. Senang cerita, manusia menjalankan aktiviti seperti siang hari. Cuma kedai-kedai sahaja yang tutup. Ini baru umrah bulan Februari. Tak dapat saya bayangkan Umrah Ramadan atau pun musim Haji.

Kami menginap di Royal Orchird Safwa Tower which is di Clock Tower. Memang tak jauh pun dari Masjidil Haram. Jalan kaki tak sampai 100 meter. Cuma bila dah sampai ke pintu Masjidil Haram tu kena jalan kaki lagi untuk ke ruang solat dihadapan Kaabah. 
Senarai menu di salah satu restoran di Safwa Tower

Makan minum semua included di Hotel Royal Orchird. Saya suka buah oren dia, manis dan besar. Anak-anak pula tak cukup makan di hotel sebab tak kena dengan tekak mereka, diajaknya pula makan diluar. Kita ni orang dewasa memang okay je makan di hotel. Selalunya kami makan di Safwa Tower. Kaki saya tidak mengizinkan kami keluar jauh dari Safwa Tower. Selalunya nugget ayam, fries dan shawarma menjadi kegemaran anak-anak makan di luar. Harga sekali makan kami semua kalau di Safwa Tower tak lari dari 30-40 Riyal. Sejujurnya tekak saya merasakan bahawa makanan arab di Bukit Bintang lebih sedap dari di Safwa Tower. Kalau nak McDonalds pun ada tapi lokasinya di sebelah Safwa Tower, berhadapan juga dengan Masjidil Haram. 
Aiskrim dalam peti di kedai runcit sebelah Masjid Hudaibiyah



Di Makkah, kami ziarah menaiki bas yang disewa oleh travel agency. Dibawanya kami melawat Arafah, Mina dan Jabal Rahmah serta tempat-tempat bermiqat yang lain seperti Jaranah dan Hudaibiyah. Ramai peniaga-peniaga Arab di Jaranah dan Hudaibiyah dan semestinya harga lebih murah dari peniaga di dalam Safwa Tower. Cuma kualiti agak berbeza. Aiskrim yang dijual di Jabal Rahmah amat menarik. Cuaca waktu ni agak dingin tapi kami makan juga aiskrim. 
Masjid Jin. Pemandangan dari dalam Bas. Bangunan sebelah tangga tu adalah masjidnya.

Dalam perjalanan, kami melalui Jabal Nur iaitu terletaknya Gua Hira. Tinggi rupanya Jabal Nur. Selalu baca dalam buku, bila tengok live baru rasa malu dengan Rasul Allah yang bersusah payah mendaki Jabal Nur sedangkan kita senang pula untuk melanggar suruhannya. Kami juga melalui masjid Jin. Dah moden masjid ni, lokasi pula terletak di celah-celah bangunan. Sekali pandang macam masjid/surau di stesyen MRT.

Cukup disini dahulu coretan pengalaman. Next akan ke Madinah pula.







No comments:

Post a Comment