Alhamdulillah selesai bayar yuran submit tesis PhD saya. Di dalam keadaan mamai, wife temankan ke kaunter pembayaran. Pada hari yang sama juga, co supervisor PhD saya last day bekerja. Ini antara demam saya yang paling lama sejak kena denggi beberapa tahun lepas. Ketika itu saya di peringkat literature review. Dan kini di peringkat submission, kena lagi demam virus yang memakan masa hampir 5 hari. 4 hari MC diberi dan satu hari tu saya sengaja tak lapor diri dihadapan doktor sebab ada acara wajib yang perlu dihadiri iaitu presentation LI student saya. Mereka datang dari jauh, kalau saya postpone sudah tentu menyusahkan mereka. Dalam keadaan tak berapa betul, saya gagahkan juga dengar presentation mereka. Nasib baik ada rakan sekerja yang turut sama jadi panel.
Ini cabaran di saat waktu kritikal kami yang bergelar ahli akademik, di saat nak marking segala macam tugasan dan assignment, dugaan akan datang. Dalam hal saya, ayah pula dimasukkan di hospital akibat suspek jangkitan kuman. Dia dalam keadaan mamai dan tak bermaya, mata tak boleh buka. Terpaksa dihantar ke hospital menaiki ambulans. Mak keseorangan di rumah. Saya balik pada Jumaat, teruskan tinggalkan keluarga saya menemani Mak dan ziarah Ayah. Nampak Ayah agak lemah. Saya suspek, Ayah demam sebab hari-hari duduk di kebun lama-lama. Kena pula cuaca di kampung memang panas sekarang.
Sepupu saya driver ambulans di hospital sama suruh saya balik temankan Mak. Dia akan jaga Ayah di hospital. Lagipun katanya dia bebas keluar masuk tanpa halangan.
Alhamdulillah, memang dia jaga Ayah. Saya hanya datang cover pada waktu siang. Ayah pula buat hal, asyik nak keluar hospital. Jarum drip air dicabutnya sehingga berdarah tangan. Akhirnya nurse terpaksa ikat tangan Ayah. Masa ni pula pihak universiti suruh saya segerakan submission tesis saya. Kusut pula kepala. Dengan final exam paper yang tak marking lagi. Mak pula lemah di rumah. Malam-malam saya tidur-tidur ayam jaga Mak di rumah.
Akhirnya bila Ayah discaj saya lega. Mak pun bertambah kuat. Dah boleh gurau dengan menantu dan cucu-cucu dia. Adik Mak dari KL pun sampai nak stay jaga mak dan ayah hingga betul-betul kuat. Saudara mara lain pun ramai yang datang. Baru Ayah dan Mak tau sangat la ramai yang ambil berat. Bila keadaan dah agak stabil, saya pulang kembali ke rumah.
Hari pertama sampai rumah boleh lagi jalan-jalan dengan famili. Hari kedua, adalah hari pertama masuk tugas selepas cuti jaga Mak dan Ayah. Masa ni kewangan memang dah nipis sebab dah banyak habis duit beli barang-barang sekolah anak-anak. Tak lupa juga yuran-yuran mereka seperti Yuran Van, KAFA, Buku Sekolah.
Bangun tidur rasa semacam kepala. Pergi ofis rasa pelik kenapa aircond ni sejuk sangat. Masuk toilet pun rasa sejuk. Saya seorang sahaja yang pakai jaket. Sejuk macam di Iceland. Tengahari saya decide ke klinik. Saya explain pada doktor apa yang saya telah lalui. Untuk makluman, sepupu saya seorang doktor klinik turut tumbang selepas hantar Ayah ke hospital. Kemudian Mak pula tumbang.
Doktor check tekak saya dah merah. Demam belum lagi. BP pula 117/76. Doktor bagi ubat dan juga antibiotik. MC Dua hari. Balik ofis terus submit MC tapi tak balik rumah sebab siapkan kerja. Kepala makin berat. Petang apabila sampai rumah, check suhu dah lebih 38.5c. Itulah hari pertama saya demam. First day boleh layan lagi.
Second day demam. Bangun check suhu masih 38c. Pelik pulak tak nak turun. Masa ni dah start batuk. Takpe, hari ni masih MC boleh rehat. Petang check temperature turun sikit 37.8c. Malam dah telan ubat baru tidur.
Third day. Bangun check temp, 38.3c. Makan ubat, dan tidur. Hari ni kena masuk kerja sebab presentation LI. Kesian students datang dari jauh. Dalam keadaan mamai saya hadiri juga presentation tu. Ini kalau repeat ke klinik mesti dapat MC lagi. Selesai present, stay di ofis lepas tu balik tidur. Di ofis satu hapa pun tak boleh buat. Kepala kembang, rasa macam duduk di Iceland. So cold. Malam temp maintain 38++. Makan panadol pun tak mau turun jauh. Kejap je naik balik. Ubat lain memang bedal dah, antibiotik, selsema, batuk dah reda masa ni. Running Nose
Fourth day. Terpaksa pergi klinik. Ini hari memang kena settlekan yuran submission tesis dan submit. Apa nak jadi jadilah. Pagi-pagi pergi klinik. Doc ambik darah. Dua kali dia dua tempat. Nampak macam banyak sangat darah walhal tempat pertama darah tak keluar banyak, tu yang terpaksa ambik tangan lagi sebelah. Tambah MC lagi sampai hujung minggu. Dapat ubat selsema baru dan ubat untuk muscle pain. Balik kepala rasa ting tong. Demam masih lagi on. Temp around 38++. Masih Running Nose.
Fifth day. Bangun dalam keadaan ting tong. Mamai. Macam dalam mimpi. Malam tadi saya macam rasa saya marah-marah. Lepas tu saya macam mimpi ada orang datang check kuku saya. Saya tidur dan langsung tak larat nak bangun untuk ke solat Jumaat. I took my second last antibiotik this morning. Memang luar biasa tidur saya hari kelima ni. Saya bangun sekitar 2.30 petang. Mandi dan bawa wife ke sekolah anak untuk beli buku di koperasi. Lepas tu pekena Shawarma di restoran arab. Balik rumah rasa macam dah sihat. Saya pun try buat exercise yang dah seminggu saya tinggalkan. Indoor cycling 15 minutes, then strength exercise for 10 minutes. Alhamdulillah lepas. Selsema pun dah hampir hilang. Ada la sikit-sikit.
Masa tulis post ni, malam the fifth day. Sebelum ni nak buka Macbook pun tak larat. Ni siap charge lagi. Harap dapat recover very soon. Banyak kerja nak dibuat. Esok kena pergi ofis siapkan kerja. Memang mencabar dugaan kali ni. Dengan Ayah masuk hospital, Mak tak sihat. Anak-anak baru masuk sekolah, duit pula di paras minima, diri sendiri lembik kena jangkitan virus. Kena pula push untuk submit tesis, kerja marking yang bertimbun, pengurusan exam lagi. Bab pengurusan exam, nasib baik team saya banyak bantu cover saya.
Teringat kata sepupu saya yang doktor tu, Akak tak pernah rasa selembik ni kena virus lepas hantar Ayah masuk hospital. Bahaya betul hospital tu. Oh lupa nak bagitau, ujian darah saya tak menemui apa-apa yang bahaya pun. Sama juga dengan Ayah saya. Doc cuma suspek jangkitan kuman sahaja.
No comments:
Post a Comment