Monday, November 26, 2018

Singa Tour : One Short Story


Rentetan dari entri luar kawasan sebelum ini disini, Alhamdulillah, kami sekeluarga kembali ke dalam kawasan. Kembali ke Malaysia dengan selamat. Cuma sehari selepas itu saya demam, dan kini isteri dan anak-anak pula selsema. Ketika dalam flight pulang, ada beberapa passenger yang juga batuk dan selsema.

Muka segar dapat dapat tidur kejap di KLIA2. 
Kami tiba di Singapore menaiki flight Air Asia dari KLIA2. Ini kali pertama saya dan keluarga naik Air Asia. Sebelum ini flight yang kami naik adalah MAS dan Firefly. Sebenarnya saya ada beberapa opsyen menaiki airlines lain ke Singapore tetapi saya pilih Air Asia kerana ingin cuba Air Asia. 

Segar pulak budak ni jam 4.30 pagi di KLIA2
Flight berlepas jam 0600 hrs. Saya tiba di KLIA2 jam 0230 hrs. Selepas parking kereta, kami ke terminal. Siap print boarding pass dan luggage tag di kiosk KLIA2. Dah ada self print luggage tag, terus je masuk ke kaunter check in baggage. Tak ramai orang pun dah di self check in baggage.

Ramai yang tanya saya kenapa tak drive je ke Singapore, well saya nak jimat tenaga drive saya. Lagipun anak-anak cepat rimas dalam kereta lama-lama. Dan si kecik ni dah kecoh nak naik flight lagi nak repeat flight ke Sabah hari tu. So, dipendekkan cerita, bawa la mereka naik flight. Lagipun ini misi percubaan untuk travel yang lebih jauh selepas ini. Next flight will be Umrah on February 2019, dah confirm, payment pun dah settle. 

Lagipun saya nak beri pendedahan akan international flight departure and arrival pada budak-budak ni, tentang proses imigration and custom. Dan ada juga insiden lawak di mana si Firas yang baru berumur 6 tahun tersangkut di celah-celah imigresen Singapore di Changi, hinggakan terpaksa dikeluarkan semula oleh anggota imigresen Singapore. 

Perjalanan kaki kami di Singapore untuk explore and sightseeing mencapai 20000 langkah sehari atau hampir 15km. Style saya travelling memang suka berjalan kaki melihat keadaan sekeliling. Malah waktu awal pagi saya akan keluar hotel berseorangan untuk berjalan meninjau sekeliling hotel. 

On The Way to Immigration Changi Airport. Arrival Terminal 4.
Landing di Changi, lambat sikit di imigresen sebab isi borang embarkation. Tengah isi tiba-tiba saya ditegur oleh seorang lelaki India sambil tersenyum, 'Bang! Okay ke semua Bang? Kalau tak faham saya boleh terangkan', tanpa menoleh pada dia, saya terus jawab, okay je semua. No problem. Ingatkan passenger nak bantu saya, rupanya staf imigresen Changi. 

Selesai proses cop pasport kami ke baggage area nak ambil beg. Beg kami merupakan antara yang terakhir tak diambil. Kawasan pun dah kosong. Mungkin kami landing awal pagi kot. Kepala dah ting tong nak ke rumah sahabat lama saya di Pasir Ris. Maklumlah, berjaga dari jam 0001 hrs sampai la 0800 hrs, tak tidur. Ingatkan nak tidur dalam flight, tapi lupa yang flight tak sampai sejam pun. Dapat tidur pun 15 minit je. Ini tak macam Heathrow, 13 jam. Ingat lagi masa bertolak dari Heathrow saya tidur sehingga ke ruang udara Bangladesh. Breakfast dulu di Terminal 4 Changi.

Breakfast di McD Changi. Order guna mesin, keluar resit bawa ke kaunter dan terus bayar.
Below 500 calories. Memang ada menu under 500 calorie di mesin McD. McD sana ada Corn. Healthy.

Finish breakfast, hilang sikit mengantuk, naik Grab ke Pasir Ris. Kena caj SGD 11 sebab ada anak kecik. Dia caj extra. Katanya untuk car seat. Yang terkejutnya, panggil Grab sana dapat Toyota Sienta Hybrid. Sampai di Pasir Ris, sahabat saya dah tunggu depan White Sand. Apartmen dia depan White Sand. Dapat la rehat kejap di rumah dia sambil makan kacang pool. First time ni makan kacang pool. Lepas tu saya keluar dengan sahabat saya yang bernama Man untuk ke White Sand, which is depan rumah dia sebab ada terminal MRT Pasir Ris. Cadangnya nak beli Tourist Pass which offers unlimited MRT and Bus ride for the length of our stay. Terpaksa ke Changi MRT sebab tak semua stesyen yang jual. Saya beli tiket untuk 4 orang dengan harga SGD16 satu tiket. Kena tambah SGD 10 for each ticket for deposit, which is refundable bila kita pulangkan balik tiket tu.

Perjalanan ke hotel di area Beecolen/Bras Basah. Macam-macam jenis bangunan tinggi ada.
After rehat rumah Man, where my kids dapat tidur lena sebentar di bilik anak Man, kami beredar ke hotel kami. Masih naik Grab sebab saya sendiri very tired. Kali ni kami dapat Toyota Prius Hybrid. Driver lalu satu tunnel panjang yang in the end ada tol. Tol dia tak perlu berhenti, just pass satu pintu gerbang and automatically dia deduct di kad driver tu. Device yang digunakan adalah seperti smart tag. Driver-driver Grab sini dah biasa masuk Malaysia, so dia akan explain sesuatu sambil ambil contoh Malaysia. Macam kes tol di sini, driver tu cakap, Aiya same like Malaysia la, but here you no need to stop one, just pass through. No barrier one. But here short distance only kena tol one you know..aiya.

Hotel kami. Tak la berapa best cuma dekat sangat dengan MRT Station. 
Sampai di hotel, otak fikir nak katil je. Kami tidur di Oxford Hotel, kos tidur sini kalau di negara kita dah dapat hotel yang gempak. Saya pilih sebab lokasi didepan MRT Bras Basah, senang nak gerak ke mana-mana. Bilik kecik, sampai anak-anak pun pandai complaint, Why So Small tanya budak-budak ni. Grab driver dan juga sahabat saya Man ada tanya kenapa tak ambil hotel lain yang lebih murah dan besar, saya cakap full la untuk date saya pergi ni.

Makan di 7e. Best pulak makanan dia. Halal.
Naik hotel, tidur dulu. Cadangan awal lepas bangun nak jalan-jalan dekat-dekat. Dalam dua jam saya tidur, mandi, solat, terus kami keluar cari makan. Dalam MRT Stesyen depan hotel ada 7 Eleven. Betul cakap Man, banyak makanan dia dah halal. Ada logo halal MUIS which is the Islamic Authority di sana. Saya makan burger 7E. 7E dia memang macam-macam ada. 

Sambar satu perfume di Lucky Plaza. 20 dollar je. ini 30ml. Sesuai bawa travel.
Kemudian kami terus ke Orchard Road. Lampu lip lap macam di Bukit Bintang, cuma saya tengok Orchard ni lebih panjang dari Bukit Bintang. Shopping Mall ada macam-macam, lebih banyak dari Bukit Bintang. Namun saya tertarik dengan Lucky Plaza. Perfume branded original murah disini. Saya selalu beli certain perfume di Mitsui Premium Outlet dan harga nya murah, namun di Lucky Plaza lebih murah. Ikut pengalaman saya, perfume nya memang tulus dan asli. Tiada keraguan. Beli juga tshirt dan souvenirs. Giordano di negara ini memang merata dan semua tengah sale. 

Fresh from the machine.
Esok pagi-pagi buta saya dah merayau sorang-sorang disekeliling hotel. Saya ni memang jenis suka travel style backpackers, jalan tengok keadaan sekeliling. Merata-rata saya jalan. Starbucks, Coffee Bean dan yang seangkatan dengannya merata-rata ada di sini. Paling best adalah mesin orange juice asli pure original tanpa gula. Orange juice tu diperah dalam mesin dan kita boleh tengok prosesnya. 

Rumah lama di belakang hotel. Celah-celah bangunan moden.

Gym ni di blok belakang hotel
Ada juga Gym per entri yang pada pendapat saya agak mahal untuk satu sessi per entri. Namun apabila saya jenguk ke dalam menerusi tingkap (gym tutup), nampak pelbagai peralatan gym dan gym nya pun 2 tingkat, nampak lebih hebat dari Gym yang saya bayar membership. 

Di MRT depan Hotel. Stesyen bawah tanah.
Fountain of Wealth di Suntec City. Airnya tak hidup la pulak.
Hari kedua saya ke Suntec City, turun di Promenade. Breakfast di 7e suntec city. Macam-macam ada. Kemudian merayau di kawasan Raffles MRT, sightseeing. Naik MRT dari Bras Basah, hanya beberapa stesyen dah sampai walaupun begitu, tetap kena tukar tren. Di Raffles, lapar lagi dan singgah 7e di sana untuk makan.

Lokasi wajib melawat.

Malamnya Man ajak ke Restoran Zam Zam pekena murtabak Singapore. Dia datang ambil kami di hotel dan kami sama-sama naik Bas. Memang anak-anak saya request naik bas. Saya pula agak ragu-ragu nak naik sebab dah lama sangat tak naik Bas. Di negara sendiri pun naik Grab dan MRT. Even di Singapore pun saya naik Grab dan MRT. Nasib baik ada Man.

Murtabak Singapore di Zam Zam Restaurant.

Lokasi tak jauh dari Zam Zam Restaurant. Halal restaurants here.
Esoknya kami balik ke Malaysia. Flight pukul 6 petang tapi malangnya delay hingga pukul 7 lebih malam. Hari kedua naik lagi Grab dua kali iaitu dari Changi  Terminal ke Changi City Port. Kami dapat Toyota Camry. Masa nak balik ke Airport, kami dapat Mitsubishi Lancer. Dari hotel ke Terminal kami naik MRT. Jenuh juga bawa beg banyak-banyak tapi MRT dia lebar. Kami beli tiket one way sebab tiket tourist pass dah exipire. Saya ambil 2 hari sahaja. Not bad untuk tiket one way sebab tiket tu boleh recycle selama 30 hari. Maknanya ia seperti touch n go boleh topup. Keras tiketnya, dah hampir keras macam touch n go kita.

Di pintu hadapan Changi City Port
Masa pulangkan tiket tourist pass, dapat deposit balik berjumlah SGD 40. Itu yang semangat nak ke Changi City Port. City Port ni outlet seperti Mistui, tapi ia juga menjual barang-barang seharian dengan harga yang murah. Ada beberapa item yang saya dapati murah sedikit berbanding Malaysia seperti Nutella dan Sensodyne. Murahnya tak lah sampai nak ke seberang tambak nak beli, tapi alang-alang dah ada beli aje lah. Sports apparel harga tak boleh lawan negara kita terutama di Sports Planet, Sports Direct dan QC. 

Antara barang yang dijual.
Nutella kena rampas di Changi Terminal sebab terbawa dalam hand luggage untuk ke dalam kabin. Sepatutnya letak dalam baggage. Takpe, di Malaysia pun ada Nutella ni. So no problem.

Duty Free Shop Terminal 4. Belakang kedai ni terus boarding area. Tak payah jalan jauh-jauh
Macam-macam facilties ada. Anak bujang tengah layan Youtube.
Penat tunggu flight delay

Sampai di KLIA2 sekitar jam 9.30 malam. Agak ramai passenger berlari keluar dari flight sebab nak ambil connecting flight. Flight yang delay menyebabkan mereka agak huru-hara, takut tertinggal next flight mereka. Kami antara yang keluar paling lewat sebab memberi laluan pada mereka-mereka ini.

Finally, naik flight balik KLIA2.
Sambil-sambil tengok duty free zone KLIA2, nampak pula promosi perfume. Terus saya dan wife beli perfume. Saya dapat sambar Tommy Hillfiger dengan harga tak sampai RM 120 for 50ml. 

Sambar satu lagi di KLIA2 duty free.
Sampai rumah tengah malam, kami park di KLIA2 covered car park. Untuk 3 hari 2 malam, kami kena Rm 138, lebih kurang harga Grab pergi balik. Next time travel memang kami akan park lagi di KLIA2 covered car park. Cuma untuk Umrah nanti terpaksa gunakan Grab atau Van Sewa. Whatever it is, Alhamdulillah selamat sampai dan berjaya perkenalkan anak-anak pada pengalaman melihat negara luar. Thanks pada wife yang sudi ikut saya sambil-sambil jaga budak dua orang ni. 







No comments:

Post a Comment