Sunday, November 25, 2018

Go Harimau Go


Tengah panas lagi suasana ketika entri ini ditulis. Malaysia baru mengalahkan Myanmar 3-0 di Stadium Bukit Jalil yang penuh. Lama dah tak dengar sorakan penyokong bergema kuat. Nyanyian tanpa henti Ultras menjadikan suasana seperti di luar negara. Thumbs up pada mereka.

Harimau Malaya berjaya mengawal debaran untuk menang. Myanmar nampak goyang dengan pemain muda. Pasukan kita pula dengan acuan player-player muda dan experienced players seperti Mat Yo, Zaquan, Aidil, Farizal. 

Pertukaran Apek dengan Farizal nampak berjaya. Satu save cemerlang dilakukan Farizal. Apek nampak tidak konfiden dengan ball handlingnya. Satu ketika dahulu glovenya seperti ada magnet. Bola melekat. 

Pemain tumpuan setiap game, seperti biasa adalah Akram Mahinan. Saya melihat dia ni seperti kuda yang berlari tanpa jemu. Tugasnya mengacau serangan lawan. Syameer juga membantu namun Akram nampak lebih ligat, Syameer pula untuk bola tinggi. Cuma kelemahan Akram, hantaran agak lemah. Apapun saya melihat Akram berjaya dengan tugasan selaku defensive midfielder. Cuma dia perlu kemaskan hantaran. 

Kita tiada playmaker, itu betul. Saya lihat Akhyar sesuai jadi playmaker. Cuma mungkin kekerapan Akhyar dribbling menjadikan jurulatih takut nak letak dia di tengah. Ataupun TCH inginkan dua defensive midfielder untuk kuatkan pertahanan tengah. Jika tumpuan serangan dari kiri dan kanan, memang tak mustahil dua defensive midfielder diperlukan.

Namun saya tetap melihat Akhyar berbisa jika diletakkan ditengah. Hantaran beliau mampu memecah benteng lawan. Safawi lebih bagus diletakkan di kanan dimana beliau boleh masuk ke dalam atau melakukan early cross. Cubaan ke arah gol juga lebih sesuai dilakukan Safawi dari kanan. 

Sumareh nampak seperti sedikit berhati-hati untuk elak kecederaan. Dia boleh diletakkan di kiri. Tiada masalah baginya. Mungkin Sumareh masih belum cergas seratus peratus. Zakuan dilihat seorang striker yang mempunyai lonjakan header yang tinggi. Dia juga robust sebagai seorang striker. Suka challenge. Cuma ia mungkin mendatangkan kecederaan padanya. Mat Yo seperti biasa mempunyai larian yang mengelirukan. Dan kali ini, beliau mengambil tugas Safee Sali untuk menjaringkan gol. Shahrel Fikri pula berbadan besar, boleh digunakan untuk attack central defender lawan. Dalam kes lawan Myanmar, central defender mereka sedikit lemau. 

Apapun tahniah Malaysia bangkit. Cuma berhati-hati ketika semi final.Lebih-lebih lagi dengan Thailand. Taktik one two Malaysia mudah dibaca. Hanya keajaiban Sumareh sahaja yang menjadikan lawan keliru. Safawi dengan larian yang kadangkala mampu memecah pertahanan lawan. Namun untuk game tadi, jarang berlaku. Cuma sekali berlaku dan Malaysia memperolehi penalti. Bagusnya Safawi ini ialah dia boleh bikin magic. Score gol yang aneh-aneh. Namun ianya tak seaneh gol ketiga Malaysia tadi. 

No comments:

Post a Comment