Tuesday, October 02, 2018

Dinner Alumni


Pada Jumaat malam, 28 September 2018, saya telah berkesempatan menghadiri Dinner 50 tahun penubuhan Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), UiTM. Lokasi dinner ini bertempat di Shah Alam Convention Center. Dinner ini bertujuan mengumpul alumni-alumni FPM bagi sama-sama meraikan 50 tahun penubuhan FPM. Dulu ianya tidak bertaraf Fakulti. Sewaktu saya belajar di sini, kami memanggilnya School atau nama rasminya, Kajian. School adalah nama rasminya in English. 
 
Masa zaman belajar, kalau kita bagitau orang yang kita nak ke School, maknanya nak ke kelas atau ada urusan berkenaan akademik di tempat kita belajar. Saya kembali bekerja di School, yang kini dinamakan Fakulti (FPM). Kebetulan pula, ramai batch saya yang juga kembali bekerja di FPM sebagai academician, setelah puas menimba pengalaman di tempat lain.




Dinner ini turut menampilkan the current dean and all of it's ex dean. Almost all of them attended the dinner. Ia diserikan lagi dengan persembahan dua artis jemputan iaitu Shiha Zikir dan Jay Jay. 
 
 
Ini gambar batch saya yang hadir. Ada lagi yang hadir tapi tiada dalam gambar kerana masing-masing sibuk berjumpa dengan sahabat-sahabat junior dan senior. 

Kami bergambar dengan ex-lecturer kami iaitu Mr.Wong Tuck Cheong. Sebenarnya untuk diri saya yang berkhidmat di FPM, program kami telah bermula sejak jam 10 pagi dengan perbincangan meja bulat bersama industri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendapatkan feedback dari industri tentang subjek yang kami offer. Ini merupakan satu program yang berguna kerana subjek-subjek kami kekal relevan sejajar dengan perubahan industri.
 
Program Bersama Industri

 


Program bersama industri berakhir tengahari sementara dinner bermula jam 8 malam pada hari yang sama. Sempat saya membeli kurta baru di SACC Mall kerana kesemua baju melayu saya sudah tidak sesuai dipakai. Saya sampai rumah pada jam 2 pagi. Apa-apa pun, ianya satu dinner yang tak dapat dilupakan dengan kehadiran hampir 500 lebih tetamu. Sungguh meriah. 

 
 
 





2 comments: