Tuesday, October 30, 2018

Hujan Dan Bumbung


Entri ini merupakan lanjutan dari entri sebelum ini. Alhamdulillah, setelah direpair oleh Pak Aswam, tiada lagi kebocoran porch apabila hujan. Hampir setiap hari hujan dan porch saya kering-kering sahaja.

Punca utamanya ialah air melimpah keluar dari gutter. Mungkin kerana hujan yang turun melebihi kapasiti gutter. Yang lebih memburukkan keadaan ialah gutter dan roof tile ada gap, tidak bersimen. Apa yang Pak Aswam lakukan ialah menyimen bukan sahaja gutter malah segala ruang-ruang kosong yang dia dapat lihat. Pendek kata, semua dia servis.

So far tip top. Harga not bad. Next project ialah besarkan entrance porch, tile tangga dan juga gate baru. Doakan dilimpahi rezeki. Mungkin selepas balik Umrah tahun hadapan baru start the project. 

Friday, October 19, 2018

Hujan Yang Turun



Musim hujan yang turun sepanjang bulan ini memang telah diramalkan oleh Jabatan Meteorologi. Kadangkala hujan turun dengan amat lebat, bukan sahaja menyebabkan cuaca sejuk tetapi juga banjir. Memang pada musim ini, penggunaan aircond di rumah saya berada pada tahap yang minima. Jimat sikit bil elektrik. 

Sebelum ini pun dah jimat bila saya beli peti ais baru gantikan peti ais lama. Peti ais baru walaupun saiz lebih besar berganda dari peti ais lama saya, namun lebih jimat elektrik. Jimat hampir rm 20-30 sebulan. Saya boleh lihat trend penggunaannya di apps TNB. Dalam apps itu ada graf penggunaan bulanan. 

Berbalik pada musim hujan, bukan sahaja pakaian terpaksa di dryer kan di self laundry, bumbung pun boleh bocor. Kali ini bumbung porch saya menjadi mangsa limpahan air hujan yang tinggi. Bocor macam air terjun. Puncanya, longkang atas bumbung tu penuh sampah sehingga air tersekat dan melimpah. So, terpaksa panggil Pak Aswam. Pak Aswam ini lahir di Indonesia tetapi telah dapat warganegara. Dah otai dan bercucu. Cicit je belum lagi. Anak-anaknya lahir disini, ada Mykad dan bersekolah di sini. 

Pak Aswam ni dulu ganti table top kitchen kabinet saya serta pintu depan rumah saya. Table top saya ganti terus dengan simen dan tile. 3 hari juga proses nak siap. Waktu pula mertua saya meninggal dunia. Pak Aswam tetap teruskan kerja walaupun kami tiada di rumah. Alhamdulillah bila kami balik, semuanya selesai. Bayar sahaja upahnya. Pintu depan pun saya ganti sekali. Total damage RM 2800. Lepas tu ada problem sikit dengan sinki kabinet. Memang sinki tu sebelum ni pun problem. Dia datang ganti FOC skru tu. Saya kenal Pak Aswam ni sebab jiran saya pernah jadi main kontraktor dia, selalu bagi job pada dia. Dia yang recommend Pak Aswam. 

Bagusnya Pak Aswam ni, kerja dia mesti jam 8 pagi tepat. Selalunya 7.30 dia dah sampai depan rumah dan makan sarapan yang dia bawa dari rumah. Dia dan rakan dia yang sama-sama otai akan start buat kerja dari pukul 8 pagi. Memang disiplin. Ini tengah tunggu dia siapkan repair bumbung dan gutter bumbung serta simen semua ruang-ruang kosong yang berpotensi mengalirkan air. 




Tuesday, October 02, 2018

Dinner Alumni


Pada Jumaat malam, 28 September 2018, saya telah berkesempatan menghadiri Dinner 50 tahun penubuhan Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), UiTM. Lokasi dinner ini bertempat di Shah Alam Convention Center. Dinner ini bertujuan mengumpul alumni-alumni FPM bagi sama-sama meraikan 50 tahun penubuhan FPM. Dulu ianya tidak bertaraf Fakulti. Sewaktu saya belajar di sini, kami memanggilnya School atau nama rasminya, Kajian. School adalah nama rasminya in English. 
 
Masa zaman belajar, kalau kita bagitau orang yang kita nak ke School, maknanya nak ke kelas atau ada urusan berkenaan akademik di tempat kita belajar. Saya kembali bekerja di School, yang kini dinamakan Fakulti (FPM). Kebetulan pula, ramai batch saya yang juga kembali bekerja di FPM sebagai academician, setelah puas menimba pengalaman di tempat lain.




Dinner ini turut menampilkan the current dean and all of it's ex dean. Almost all of them attended the dinner. Ia diserikan lagi dengan persembahan dua artis jemputan iaitu Shiha Zikir dan Jay Jay. 
 
 
Ini gambar batch saya yang hadir. Ada lagi yang hadir tapi tiada dalam gambar kerana masing-masing sibuk berjumpa dengan sahabat-sahabat junior dan senior. 

Kami bergambar dengan ex-lecturer kami iaitu Mr.Wong Tuck Cheong. Sebenarnya untuk diri saya yang berkhidmat di FPM, program kami telah bermula sejak jam 10 pagi dengan perbincangan meja bulat bersama industri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendapatkan feedback dari industri tentang subjek yang kami offer. Ini merupakan satu program yang berguna kerana subjek-subjek kami kekal relevan sejajar dengan perubahan industri.
 
Program Bersama Industri

 


Program bersama industri berakhir tengahari sementara dinner bermula jam 8 malam pada hari yang sama. Sempat saya membeli kurta baru di SACC Mall kerana kesemua baju melayu saya sudah tidak sesuai dipakai. Saya sampai rumah pada jam 2 pagi. Apa-apa pun, ianya satu dinner yang tak dapat dilupakan dengan kehadiran hampir 500 lebih tetamu. Sungguh meriah. 

 
 
 





Monday, October 01, 2018

Hari Pertama Oktober

Hari ini adalah hari pertama dalam bulan Oktober. Sebulan website ini tidak berupdate. Dengan kesibukan semester yang baru bermula serta pengendalian soalan peperiksaan menjadikan saya lalai untuk menjenguk blog ini.

Berbalik pada penggunaan Note 9, so far setelah hampir sebulan lebih menggunakannya, ketahanan bateri merupakan sesuatu yang saya rasakan berbaloi berbanding model-mnodel Samsung yang saya gunakan sebelum ini. 

Apalah hebatnya sesuatu smartphone tanpa bateri yang tahan lama. Walaupun saya jarang main game ketika waktu siang di ofis, but sometimes saya akan layan Youtube sementara menunggu sesuatu. Mobile internet memang sentiasa on. Setelah seharian di ofis, bateri masih lagi berfungsi dengan separuh kekuatan. 

Speed dan graphic pun gempak. The quality of the pictures taken pun bagus. Ini telah dibuktikan di entri yang lepas. 

Saya menggunakan wireless charger original Samsung yang dikatakan fast charging. Walaupun ianya fast charging, tapi menggunakan cable lebih pantas. This is what I observe using my naked eyes. 

Whatever it is, pembelian yang berbaloi.