Merujuk entri lepas, saya telah mengambil pre-order Note 9 saya di Samsung Setia Alam City Mall. Pukul 11 pagi tiba di kedai bersama rakan saya si Abah, telah ramai customer di sana mengambil Note 9. Ramai yang pre-order untuk ambil kesempatan pemberian percuma dari Samsung. Saya membeli versi 128GB dan mendapat jam Samsung Sports Gear percuma. Oleh kerana hari ini adalah hari pertama untuk pengambilan pre-order di Samsung Setia Alam, mereka bermurah hati menambah satu lagi pemberian percuma iaitu powerbank Veger VP-1048 10000mah. Ringan dan saiznya pun tidak besar. Boleh rujuk website Veger di sini. Tak pernah pula dengar jenama Veger, selalunya yang famous dan melambak di pasaran adalah Pineng dan Yoobao. Tetapi setelah membaca website Veger, not bad juga. Yang pasti ianya original, bukan fake.
Sambil-sambil menunggu urusan penyerahan dan pembayaran Note 9, saya godek-godek dahulu camera. Di atas merupakan gambar pertama menggunakan Live Focus. Saya biasa berurusan dengan Nadia, iaitu staf di kedai ini. Sudah beberapa device saya beli dengan dia di kedai. Kadang-kadang cuma whatsapp sahaja tanya stok, dah confirm ada baru datang kedai. So Nadia dah tau perangai saya, dapat device, check semua berfungsi dengan baik, terus saya tinggalkan kedai. Update dan install apps semua saya lakukan di rumah. Transfer data pun saya buat di rumah. Senang dan laju serta lebih mudah saya customize mengikut selera saya.
Selesai urusan di Samsung, saya dan Abah menuju ke Subway untuk makan tengahari. Try lagi beberapa mengambil gambar menggunakan mode Live Focus. Segelas capuccino sambil menjamah Subway Club menjadi santapan tengahari.
Dah sampai rumah, baru la saya selongkar semua dalam kotak pre-order. Besar kotaknya, dah macam kotak Macbook. Dalam ada 2 item, satu Note 9 dan satu lagi Gear Sport. Powerbank free tidak dimasukkan dalam kotak.
So macam mana ulasan setelah kira-kira 4 hari guna? Migrasi data dari Note 5 ke Note 9 berlangsung lancar dengan menggunakan Smart Switch. Yang saya transfer adalah Contacts, Samsung Notes, SMS dan setting-setting handphone. Password wifi telah auto transfer ke Note 5. Yang saya buat manually adalah gambar dan juga apps. Sebenarnya kesemua ini boleh transfer guna Smart Switch cuma saya lebih suka customize. Untuk apps, tak semua data apps akan ditransfer. Ini pengalaman guna Smart Switch sebelum ini.
Kamera? Puas hati. Video ada super slow-mo walaupun tak berapa penting sangat untuk saya. Slow-mo dah ada di Note 5. Yang ini lagi slow dari slow-mo. Live focus dan juga setting auto sangat puas hati. Gambar memang cantik. Saya pun baru je jual DSLR saya untuk fund kos beli Note 9.
Game? Baru try game Fortnite. Okay la smooth. Grafik not bad. PUBG baru download tapi takde masa nak main. Masa guna Note 5 tak install Fortnite. Saya memang kaki game dari remaja lagi, zaman sekolah guna Atari. Dah masuk ITM main game PC.Dah kerja masih layan game PC sehinggalah wujud Playstation. PS 1 dan PS 2 saya beli, sekarang ada PS 3. PS 4 tak beli lagi sebab yang PS 3 pun dah tak main. Nawaitu nak sedekah kat anak tapi Mak nya kata jangan dulu. Sekarang dah takde masa nak main game.
Grafik? Okay cantik. Macam Note 5 jugak. Skrin Super Amoled. Gambar yang diambil, bila di preview memang naik warnanya. Even dah letak di status whatsapp pun sama. Tapi bila saya view di phone Asus Zenfone lama saya, tetap cantik cuma warna tak berapa naik.
Speed? Laju sikit dari Note 5. Tak rasa sangat perbezaan tapi kalau nak beza dengan Asus saya, memang beza. Tapi itu tak boleh diambil kira sebab ia umpama compare epal dengan pisang.
Storage? Saya ambil 128gb. Puas hati. Note 5 saya yang 64gb pun masih ada separuh kosong, inikan 128gb. Dah tak tau nak letak apa.
Bateri? Besar dari Note 5. 4000Mah untuk Note 9. Ada la nampak beza sikit. Cuma kalau charging dia slow sikit, walaupun dah guna fast charger yang dibekalkan. Mungkin sebab nak penuhkan 4000Mah. Lagipun, bateri masih dalam mode belajar style penggunaan saya lagi. Anyway, hari ni dah nampak improvement. Cable type C.
Sound? Ini ada sikit beza dari Note 5 saya. Note 9 bunyinya lebih indah. Ada dengar-dengar bunyi bass. Layan drama swasta Unifi TV pun best. Note 5 bunyi kosong sikit.
Saiz? Besar sikit dari Note 5 tapi Note 9 ni pegang lagi sedap sebab dia melonjong. Macam pegang kayu pembaris. Note 9 terasa juga berat dari Note 5. Agaknya kalau ketuk kepala orang boleh pitam dibuatnya.
Note 9 ni memang sesuai untuk kegunaan kasual dan kerja. Saya memang banyak guna untuk kerja seharian saya. So hopefully it will serves me well. Buat masa ni agak cuak juga sebab masih sukar nak cari screen protector yang bersesuaian. Tapi ikut maklumat Nadia, skrinnya menggunakan Glass 5 so lebih lasak dan tahan. Apa-apa pun ia tetap kaca, bukan konkrit.
So, sekian review ringkas dari pengguna yang baru 4 hari pakai.