Wednesday, July 25, 2018

Sunyi Itu Sepi



Bermulalah episod ofis saya sunyi sepi selepas musim marking selesai. Yang bercutinya tidak ramai kerana masih ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Namun mereka balik on-time. Biasanya pukul 7 petang dah sunyi. Minggu ini saya pulang jam 9.30 malam pada hari Isnin namun keadaannya sunyi. Semalam, saya pulang jam 9 malam dan nak jadi cerita, hanya saya dan seorang rakan sahaja yang ada di ofis. 

Sebelum ini ada juga beberapa orang di bangunan ofis kami, cuma tidak di sektor kami namun malam semalam merupakan malam tersunyi. Saya pun bernasib baik terjumpa rakan saya itu sedang menaiki tangga level kami. Dia pun bernasib baik terjumpa saya. Dia pun maklum keadaan waktu itu sangat sunyi. Jam pada waktu itu baru pukul 7.20 petang.

Kami berbual-bual di bilik saya. Antaranya termasuk kisah-kisah misteri di ofis kami. Tidak lama kemudian dia meminta izin untuk ke biliknya pula. Jarak biliknya dan bilik saya tidak lah jauh mana namun dipisahkan oleh dinding batu. Kalau jadi apa-apa, menjerit pun tidak akan kedengaran. 

Tiada apa-apa yang berlaku terhadap kami berdua. Kami selamat pulang meninggalkan ofis kami sekitar jam 9 malam. Dan pada hari ini saya pulang juga sekitar jam 9 malam, namun keadaan di bangunan ofis saya agak meriah dan ceria. 

Selepas ini saya perlu fokus pada submission tesis saya dan juga research bergeran saya. Research dah gerak, duit geran je belum dipakai. 


Thursday, July 19, 2018

Marking


Posting yang sinonim dengan keadaan saya dan rakan-rakan sekerja selepas final exam. Di saat students semua balik kampung berjumpa ibu bapa, kami di sini terpaksa hold dahulu kerana ingin menyiapkan tugasan marking dan upload markah.


Sesungguhnya untuk menanda jawapan students baik yang final exam, test atau assignment bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai jawapan yang diberikan. Kadangkala bukan sahaja mereka keliru tetapi ia juga membuatkan saya dan rakan-rakan turut sama keliru sebentar. 



Itulah asam garam musim marking. Pelbagai cara dilakukan oleh kami untuk mendapatkan mood marking dan biasanya mood tersebut akan datang dengan mudah. Mungkin sebab under pressure untuk kami kejar dateline kot. 

Monday, July 09, 2018

Selamat Hari Raya

Kesibukan membuatkan saya lambat untuk post entri ini. Terpaksa mencari sedikit ruang antara tugas untuk mengendalikan peperiksaan akhir, marking paper dan assignment students, menguruskan kehidupan diri sendiri dan juga keluarga.

Dicelah-celah kesemua ini ada juga dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi. Terselit khabar pahit dan juga manis. Bagi saya, ianya adalah rencah kehidupan yang kita terpaksa tempuhi untuk mematangkan kita. Jika ianya pahit, Allah tidak akan duga kita sesuatu yang kita tidak boleh handle. Jika ianya manis, ingatlah bahawa segalanya datang dari Allah dan kita perlu banyakkan bersyukur.

Apa pun, Syawal kali ini memberi dimensi baru dimana seminggu sebelum 1 Syawal, isteri dan anak-anak pulang awal menaiki ETS. Sudah tentu anak-anak gembira kerana berpeluang menaiki ETS. Saya sendiri pun belum pernah lagi menaiki ETS ini. Hanya berpeluang menghantar mereka ke KL Sentral. 

Saya terpaksa stay kerana ada tugasan peperiksaan yang perlu disiapkan. Beginilah pengorbanan terhadap tugas agar ianya selesai dengan jayanya.

Apapun, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin saya ucapkan pada semua walaupun ianya agak terlewat. Yang penting masih ada post setiap bulan. Mungkin selepas ini saya akan kerap berada di kedai-kedai kopi melayan hot capuccino (no sugar please) sambil connected to my Mobile internet untuk post entri. For me, a new environment can boost up our productivity. Saya juga di saat-saat akhir PhD saya, orang tua-tua kata, tinggal isi borang submission. 

Doakan saya kerana dugaan boleh datang dengan pelbagai cara. Semoga dihindarkan.