Monday, March 05, 2018

Ibanez Talman



Pada hari ini, dah sebulan lebih saya gunakan Ibanez Talman TCY12E. Gitar akustik ini saya beli di Bentley Music dengan harga RM 1021 termasuk Ibanez Soft Case, 1 double stand dan replace standard strings dengan D Addario Coated Strings Size 10. Sebenarnya tak terniat nak tukar tali tetapi bila melihat tali yang sedia ada pun dah ada karat-karat sikit, terus saya tukar. Lagipun saya kurang berminat nak guna tali yang size besar.





Nasib baik upah pasang free, cuma kena bayar harga tali. Double stand saya beli sebab nak letak gitar Jackson saya bersama-sama dengan Ibanez Talman akustik. Talman saya ini mempunyai pickup. Ia boleh lah dikategorikan sebagai gitar semi akustik. Saya amat jarang menggunakannya dengan amp marshall saya,cukup sekadar petik kosong sahaja, layan lagu-lagu rock kapak. 

Berpuluh tahun main gitar, ini kali pertama saya beli gitar akustik ada nama. Sebelum ni guna gitar kapok kedai mamak je. Saya masih ingat gitar kapok tu saya beli dengan harga tak sampai RM 100. Tahun bila beli tak ingat, tapi seingat saya masa tahun 2004 saya dah guna gitar kapok tersebut. 

Ibanez Talman ni tidak mempunyai tone yang sehebat gitar-gitar akustik yang berharga RM2k ke atas, tapi sudah cuba menggembirakan telinga saya. Sebagai seorang amatur, cukuplah Ibanez Talman dengan budget yang ada.

Janji rock.





 

No comments:

Post a Comment