Monday, March 05, 2018

Ibanez Talman



Pada hari ini, dah sebulan lebih saya gunakan Ibanez Talman TCY12E. Gitar akustik ini saya beli di Bentley Music dengan harga RM 1021 termasuk Ibanez Soft Case, 1 double stand dan replace standard strings dengan D Addario Coated Strings Size 10. Sebenarnya tak terniat nak tukar tali tetapi bila melihat tali yang sedia ada pun dah ada karat-karat sikit, terus saya tukar. Lagipun saya kurang berminat nak guna tali yang size besar.





Nasib baik upah pasang free, cuma kena bayar harga tali. Double stand saya beli sebab nak letak gitar Jackson saya bersama-sama dengan Ibanez Talman akustik. Talman saya ini mempunyai pickup. Ia boleh lah dikategorikan sebagai gitar semi akustik. Saya amat jarang menggunakannya dengan amp marshall saya,cukup sekadar petik kosong sahaja, layan lagu-lagu rock kapak. 

Berpuluh tahun main gitar, ini kali pertama saya beli gitar akustik ada nama. Sebelum ni guna gitar kapok kedai mamak je. Saya masih ingat gitar kapok tu saya beli dengan harga tak sampai RM 100. Tahun bila beli tak ingat, tapi seingat saya masa tahun 2004 saya dah guna gitar kapok tersebut. 

Ibanez Talman ni tidak mempunyai tone yang sehebat gitar-gitar akustik yang berharga RM2k ke atas, tapi sudah cuba menggembirakan telinga saya. Sebagai seorang amatur, cukuplah Ibanez Talman dengan budget yang ada.

Janji rock.





 

Sunday, March 04, 2018

IKEA and Me


Pada tahun 1943, Ingvar Kamprad yang berusia 17 tahun menubuhkan perniagannya sendiri. Nama perniagaan tersebut diambil dari singkatan namanya sendiri iaitu I.K diikuti nama Elmtaryd (E) dan Agunnaryd (A) iaitu dua tempat dimana Ingvar membesar. Lalu terhasil nama IKEA. Asalnya IKEA menjual pen, wallet, jam, stokin dan frame gambar. Perabot mula memasuki lineup IKEA pada tahun 1948. Perabot-perabot ini dihasilkan oleh pengeluar tempatan berhampiran rumah Ingvar.  

Ini merupakan secebis kisah awal IKEA. Ingvar telah meninggal dunia pada 27 Januari 2018. IKEA di Malaysia, menurut website IKEA, telah ada sejak dari tahun 1996 di Mutiara Damansara. Bererti, hampir 20 tahun lebih IKEA telah bertapak di Malaysia. Tahun lepas, ia telah membuka cawangan baru di Cheras. 

Saya mula ke IKEA sekitar tahun 2002, beli lampu IKEA. Sampai sekarang lampu tersebut masih ada lagi. Mula-mula letak di rumah, kini ada di bilik saya di ofis. Jarang saya gunakan, mentol pun masih elok lagi, tak pernah ganti.

Ada juga saya ke IKEA beli barang-barang yang tak perlukan pemasangan seperti cawan, pinggan dan jam. Setiap kali pergi, mesti sentiasa ada ramai orang. Kadangkala saya ke IKEA untuk menikmati meatball dan karipap. Tapi kena pilih hari yang betul. Hujung minggu memang sesak. Hari biasa pun agak ramai pengunjungnya. 

Amat jarang saya beli furniture IKEA yang perlukan pemasangan sendiri. Ini kerana saya bukanlah jenis D.I.Y person. Takut beli meja, pasang-pasang jadi kerusi. Jadi saya lebih suka ke Index Living sebab lebih mudah nak uruskan pemasangan dan penghantaran. Di IKEA nampak agak complicated sebab semuanya independent. Susah nak nampak Sales Assistant. Bayar di kaunter dan kemudian kena pula ke kaunter lain untuk urusan penghantaran atau pemasangan. 

Kids at IKEA

 Baru-baru ini saya kembali ke IKEA untuk membeli sedikit small furniture. Risau juga takut pasang tak jadi. Mula-mula saya beli Bekvam Step Stool dan RASKOG Kitchen Trolley. Baru tau tools pemasangan ada disertakan. Kelam kabut juga masa pasang BEKVAM walaupun ada instruction manual. Bila dah siap dan boleh digunakan, saya pasang pula RASKOG. RASKOG ni nampak senang. 

Dah pasang dua ni, rasa konfiden dan seronok pula. Lusa pergi lagi IKEA nak cari SVARTASEN laptop stand dan KNODD bin. Balik rumah terus pasang dengan jayanya. Paling terbaik adalah KNODD bin, really solves my bin problems selama ni. 

Seronok rupanya DIY ni. Now tengah menabung nak beli lagi. Tunggu next month punya gaji. Balik dari IKEA, singgah di B.I.G, Ben's Independent Grocer.