Bolasepak sukan yang popular bukan sahaja di negara kita tapi juga di banyak negara-negara lain. Negara seperti Filipina yang sukan nombor satunya bukan bolasepak juga menampakkan peningkatan bukan sahaja dari segi minat penonton tetapi juga dari segi kualiti pasukan bolasepaknya.
Di Malaysia, bila dah jadi sukan no.1, sudah tentu timbul isu siaran langsung bolasepak, bukan sahaja melibatkan pasukan negara tetapi juga melibatkan liga domestik. Bagi peringkat liga domestik, telah diperkenalkan siaran langsung samada di Free TV atau pun di paid streaming channel seperti yang di tulis di post saya sebelum ini.
Di Norway, satu kajian dijalankan Morten Kringstad tentang impak siaran langsung bolasepak terhadap kedatangan penonton di stadium. Umum mengetahui bahawa punca pendapatan sesebuah pasukan bolasepak, selain dari penajaan, adalah dari bayaran tiket penonton.
Kringstad menjalankan kajian berdasarkan data yang diperolehi dari tahun 2005 hingga 2011. Hasil kajian beliau pula diterbitkan pada tahun 2018. Beliau bukan sahaja mengkaji impak hasil siaran langsung liga domestik Norway di Free TV, tetapi juga siaran langsung yang melibatkan liga-liga ternama di luar Norway.
Mengejutkan apabila hasil kajian menunjukkan bahawa perlawanan liga domestik yang disiarkan secara langsung oleh Free TV menunjukkan peningkatan kehadiran penonton di stadium. Siaran langsung liga dari luar Norway seperti EPL pula memberi kesan negatif terhadap kehadiran penonton. Sementara itu, pemilihan tarikh dan hari perlawan juga memberi kesan dimana perlawanan yang berlangsung pada hari kerja akan menyaksikan kemerosotan penonton di stadium.
Tidak pula dinyatakan adalah perlawanan liga domestik yang disiarkan secara langsung merupakan perlawanan tumpuan. Jika ianya perlawanan tumpuan, sudah pasti kehadiran di stadium meningkat. Bagaimanapun ini merupakan satu strong statement yang boleh memberi justifikasi bahawa perlawanan tumpuan yang disiarkan di free tv tidak mempunyai kesan negatif terhadap kehadiran penonton.
Ini merupakan kajian di Norway dimana kualiti bolasepaknya lebih bagus dari Malaysia. Tidak dapat dipastikan adakah hasil kajian akan sama jika dilakukan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment