Tuesday, February 27, 2018

Live TV dan Kemerosotan Penonton : Bolasepak


Bolasepak sukan yang popular bukan sahaja di negara kita tapi juga di banyak negara-negara lain. Negara seperti Filipina yang sukan nombor satunya bukan bolasepak juga menampakkan peningkatan bukan sahaja dari segi minat penonton tetapi juga dari segi kualiti pasukan bolasepaknya.

Di Malaysia, bila dah jadi sukan no.1, sudah tentu timbul isu siaran langsung bolasepak, bukan sahaja melibatkan pasukan negara tetapi juga melibatkan liga domestik. Bagi peringkat liga domestik, telah diperkenalkan siaran langsung samada di Free TV atau pun di paid streaming channel seperti yang di tulis di post saya sebelum ini

Di Norway, satu kajian dijalankan Morten Kringstad tentang impak siaran langsung bolasepak terhadap kedatangan penonton di stadium. Umum mengetahui bahawa punca pendapatan sesebuah pasukan bolasepak, selain dari penajaan, adalah dari bayaran tiket penonton.

Kringstad menjalankan kajian berdasarkan data yang diperolehi dari tahun 2005 hingga 2011. Hasil kajian beliau pula diterbitkan pada tahun 2018. Beliau bukan sahaja mengkaji impak hasil siaran langsung liga domestik Norway di Free TV, tetapi juga siaran langsung yang melibatkan liga-liga ternama di luar Norway. 

Mengejutkan apabila hasil kajian menunjukkan bahawa perlawanan liga domestik yang disiarkan secara langsung oleh Free TV menunjukkan peningkatan kehadiran penonton di stadium. Siaran langsung liga dari luar Norway seperti EPL pula memberi kesan negatif terhadap kehadiran penonton. Sementara itu, pemilihan tarikh dan hari perlawan juga memberi kesan dimana perlawanan yang berlangsung pada hari kerja akan menyaksikan kemerosotan penonton di stadium.

Tidak pula dinyatakan adalah perlawanan liga domestik yang disiarkan secara langsung merupakan perlawanan tumpuan. Jika ianya perlawanan tumpuan, sudah pasti kehadiran di stadium meningkat. Bagaimanapun ini merupakan satu strong statement yang boleh memberi justifikasi bahawa perlawanan tumpuan yang disiarkan di free tv tidak mempunyai kesan negatif terhadap kehadiran penonton. 
Ini merupakan kajian di Norway dimana kualiti bolasepaknya lebih bagus dari Malaysia. Tidak dapat dipastikan adakah hasil kajian akan sama jika dilakukan di Malaysia.

Tuesday, February 20, 2018

HP Wireless Printer HP5075 : Pengalaman

HP5075
Baru-baru ini saya membeli dua All In One printer jenama HP. Satu ialah untuk kegunaan saya iaitu HP 5075 sementara satu lagi ialah untuk Ayah saya di kampung iaitu HO 2135. Senang sikit bagi dia, tak perlu nak ke bandar untuk fotostat. Kedua-duanya menggunakan ink 680.




HP 2135 saya beli di Jayacom Alam Sentral dengan harga RM 199. Not bad sebab banyak tempat saya jumpa harga atas RM 200. HP 5075 pula saya beli di Harvey Norman. Harga Rm 419, normal price RM 459. Pun not bad. Cuma jenuh nak angkat ke kereta.

Kedua-dua nya mempunyai fungsi yang sama iaitu scan, copy dan print. Cuma kelebihan 5075 ialah dia auto duplex. Bermaksud, print depan belakang. Dan lagi satu kelebihan printer ini ialah ianya wireless. Ketika menulis entri ini, hampir seminggu dah saya gunakan. Setupnya senang, cuma kalau orang yang betul-betul tak tau apa-apa pasal network, agak sukar. But don't worry, Google ada. Saya sendiri gunakan Google dan Youtube kalau sangkut. 

So far, saya dah print wireless guna laptop Windows 10 dan juga guna device-device Android. Saya juga dah try wireless scan dan terus email ke ofis. Malangnya, untuk scan terpaksa juga ke printer untuk meletakkan kertas. Kalau kertas tu boleh jalan sendiri masuk printer memang saya kasi 100% terbaik. 

Ketika entri ini ditulis, saya baru setup di MBA saya. Mula-mula setup, printer not found. Di Android saya print guna HP Smart. Di Windows 10 pula boleh terus print di Microsoft Word.

Solusinya, saya restart printer. Baru la jumpa. Untuk pengetahuan semua, once kita on kan wifi router kita, printer HP 5075 akan auto detect dan join. Kita perlu masukkan password wifi sekali sahaja. Jika kita ada ubah password wifi, printer akan minta password yang baru. Boleh key in guna touchscreen dihadapan printer tersebut. 

Setakat ni hati puas guna. Tak payah pening kabel berserabut. Boleh print dari mana-mana lokasi di rumah. Asalkan kita join network yang sama. Cuma kekurangan dia, kena on kan wifi. Kalau tak on wifi, terpaksa la print guna cable. Sebab tu saya tak buang cable dia. 

Saya belum pernah cuba off kan connection internet tapi biarkan wifi on. Saya assume tanpa sambungan internet pun printer masih beroperasi as long as wifi on. 




Friday, February 16, 2018

Soccer Punya Hal


Bolasepak merupakan sukan yang saya minati. Bukan sekadar menonton tapi juga bermain. Hebat tu tak la sangat, dapat lah wakil sekolah. Dulu-dulu sukar nak tonton bolasepak Live di TV. Saya masih ingat World Cup pertama yang saya dapat tengok Live di TV adalah World Cup 86 di Mexico. Masa tu kagum betul dengan kehebatan player seperti Maradona, Platini, Careca dan Paolo Rossi. 

Final Argentina vs Germany berlangsung sekitar jam 7 pagi. Saya sampai sekolah pada awal pagi dan sempat tengok sikit game tu di TV kantin sekolah. TV tu dalam kantin, so dapat juga tengok dari celah-celah gril kantin. Tu kisah masa zaman 80-an. 90-an dah mula banyak Live bolasepak di TV terutama bila musim World Cup. 

Tahun 2002 saya mula langgan Astro sendiri dibawah nama saya. Guna duit gaji sendiri bayar monthly fees. Pasang di rumah bujang. Dah tak perlu duduk di restoran Mamak untuk layan bolasepak EPL. Makin lama bermacam-macam game bola ditayangkan di Astro, dari pelbagai liga seperti liga Perancis, Germany, Spain, Italy dan bermacam lagi. Sampai berpinar tengok. Pokok pangkalnya, sediakan sahaja ongkos untuk monthly fee yang semakin lama semakin meningkat. 

Fast forward zaman sekarang. Tahun 2018. Saya lebih layan liga Malaysia. Liga luar negara kadang-kadang sahaja. Bukan kerana tidak suka tetapi masa siarannya menyebabkan saya sukar nak tengok Live. Umur semakin meningkat. Dulu muda-muda boleh la gagah duduk depan TV jam 3 pagi layan bola. Liga Malaysia pula ditayangkan pada waktu perdana, senang sikit nak tonton.

Liga luar, saya tengok highlight sahaja di Youtube. I can view it at my own leisure time. Senang. 

Tahun 2018 juga diperkenalkan live stream untuk hampir setiap perlawanan Malaysian Super League (MSL) sesuai dengan nama penajanya iaitu Unifi. Saya memang guna Unifi 50Mbps. First game MSL dah semangat dah, try stream guna Unifi dan Iflix. Masa tu saya tengah makan nasi arab. First game masa tu petang. Dua-dua saya try view, gambar cantik. HD. Masa saya stream tengah rehat half time. Malas nak tunggu game second half start, saya tutup apps dan concentrate makan nasi arab. Dalam hati, bagus betul kualiti gambar. 

Malam tu, saya pun dengan penuh semangat, buka Unifi Apps di Tablet untuk view perlawanan tumpuan pada malam itu iaitu JDT vs Kedah. Terdiam seketika bila lihat kualiti gambar. Kadang-kadang je HD. Selebihnya macam pixel pecah. Langsung tak sama dengan kualiti siaran langsung Astro.

Saya pun on kan TV saya untuk stream game menggunakan Unifi Set Top Box. 2x5. Pixel macam pecah. Buka Iflix pula, lagi teruk. Loading sahaja. 

Kecewa dan hampa. Kalau macam ni lah kualiti gambar, baik tengok di TV sahaja apa game MSL yang disiarkan. 

Esoknya Iflix minta maaf kerana tidak sangka viewer ramai. Much more than they expected. Sebenarnya Unifi does not deliver 100%. Cuma still boleh view. Just imagine I am using 50Mbps Unifi pun jadi macam ni. Saya connect to my mobile telco which had a speedtest 60mbps download speed (Did it before connecting to Unifi Play TV and Iflix), still had the same experience.

But, the good news is I am experiencing an improve streaming quality after that. Slowly they began to deliver what they promised. Game KL v Selangor saya rasa kualitinya terbaik ketika saya stream guna Unifi TV with my home Wifi. Sharp dan smooth. Macam tengok Astro HD. At that time, game di Kuantan eventhough smooth but the picture's quality is not good. Pecah pecah. Saya try both using wifi dan cable, and iFlix. Still KL v Selangor has the best quality. Maybe infra Unifi dia kawasan Stadium Cheras is superb kot compare to kawasan Stadium Darul Makmur. 

Frankly, I do not know how they transmit those live stream. Is it the same as live transmission ordinary TV or what. But what matter most is the end result. 

I believe that this streaming problem will be slowly solved. Furthermore, they fail to anticipate viewer's amount. Perlu diingat, bukan rakyat negara kita sahaja yang akan stream tetapi yang dari luar negara juga. Infra pun penting. Unifi punya infra bagi saya masih belum strong. Lagipun ia sentiasa terdedah dengan bermacam gangguan. Coverage Unifi sendiri, eventhough dah semakin banyak di luar lembah klang but still masih ada kawasan-kawasan yang tiada coverage.

I believe that the day will come when MSL live streaming will be as smooth as butter and consistent. Right now, eventhough dia HD, but there will be a minute or two yang di turun taraf HDnya, before going back to HD for about 10-15 minutes. I've experienced it not only on my tablet, but also using my flagship Samsung Smartphone and also my HD TV connected with Unifi STB.

Apa-apa pun, the ball has started to roll.

Tuesday, February 13, 2018

Kebakaran dan Rekod


Saya menulis entri ini pada petang bangunan KWSP Petaling Jaya terbakar. Sekitar jam 12 tengahari, whatsapp pertama saya terima dari rakan yang bekerja di KWSP, menghantar gambar dan video kebakaran. Beberapa ketika kemudian barulah heboh whatsapp saya dengan pelbagai gambar dan video berkenaan insiden terbabit. Setakat post ini ditulis, tiada kemalangan jiwa, Alhamdulillah.

Sebagai ahli akademik dalam bidang pengurusan rekod, apa yang terlintas di hati saya ketika rakan saya post gambar dan video insiden kebakaran tersebut adalah, keselamatan dokumen dan rekod terutama yang berkaitan dengan operasi KWSP itu sendiri. Saya sedia maklum, data berkaitan pencarum dan yang berkaitan dengan kewangan kesemuanya berada dalam bentuk digital. Di zaman IT ini, sukar nak kita lihat organisasi yang berkaitan dengan kewangan dan pelanggan menyimpan rekod di dalam bentuk fizikal terutama rekod-rekod yang penting. Semuanya dalam bentuk elektronik. Di saat apabila berlaku bencana seperti inilah dapat kita lihat kepentingan rekod elektronik. Maklumat tidak musnah. Maklumat masih boleh diakses ditempat lain.

Bayangkan senario seperti ini berlaku 20 atau 30 tahun lalu. Sukar rasanya nak digambarkan jika rekod-rekod seperti maklumat pencarum dan jumlah caruman musnah tanpa sebarang backup. 

Kemungkinan masih terdapat rekod-rekod yang bukan dalam bentuk elektronik tetap ada. Cuma mungkin rekod itu tidak berapa penting pada KWSP. Tidak melibatkan perjalanan operasi utama mereka seperti caruman.

Diharap rekod-rekod ini juga selamat dan tidak terjejas. Setiap rekod itu tetap ada nilainya walaupun ianya tidak melibatkan fungsi utama.

 

Monday, February 05, 2018

Kasut



Kasut merupakan komponen penting di dalam hidup saya kerana pekerjaan saya memerlukan penggunaan kasut yang agak tinggi. Ketika sedang memberikan kuliah, kasut yang sesuai perlu digunakan supaya kaki tak sakit. Ini kerana saya lebih gemar berdiri dan berjalan sepanjang waktu kelas. Masa awal-awal bekerja, saya tak menitikberatkan kasut sehinggalah ditegur oleh rakan sekerja. Katanya, pekerjaan kita ini memerlukan kasut yang baik dan sesuai, baru kaki tak sakit. 


Sejak diserang sakit tumit atau plantar fasciitis akibat berdiri berlebihan ketika bekerja dan juga bertugas untuk negara, saya dah mula mencari kasut-kasut yang sesuai dan dapat mengurangkan sakit. Lagi-lagi setelah mendapat nasihat doktor yang menyuruh saya mencari kasut berbentuk Arc Support. 


Waktu tu saya cari kasut Camel Active Arc Support. Harga boleh tahan waktu tu, RM 250. Ini harga lebih 10 tahun dulu ye, sekarang harganya dah boleh cecah RM 350 ke atas. Lama saya pakai kasut tu, sehinggalah dia rosak. Rasanya lebih dari 3 tahun kot. Ini kerana kasut itu sahaja yang saya selesa menggunakannya. Tak sakit. Selepas rosaknya kasut tersebut, saya kembali ke kasut-kasut biasa yang tidak mempunyai Arc Support. Apabila drive kereta, turun sahaja terus jalan berjengket sebab tumit sakit. Sampai ada yang ingat saya Gout. 

Agak lama juga mencari-cari kasut yang sesuai sehingga tumit kembali sakit. Lagi-lagi waktu itu aktif bertugas untuk negara sehingga berdiri lebih dari 3 jam. Akhirnya terjumpa Medifeet.


Sebenarnya saya pernah ternampak promosi kasut Medifeet ini di hospital, tapi macam takut pula nak jenguk. Ingatkan kasut untuk orang sakit sahaja. Saya lupa yang saya pun sakit tumit, kategori orang sakit juga. Bila browse internet barulah tau ramai juga guna kasut Medifeet, selesa. So, saya pun ke kedai Medifeet di Worldwide Shah Alam, berhampiran Tesco Bulatan Kayangan. So pada 17 Disember 2016, sepasang Medifeet menjadi milik saya dengan harga Rm 279. Maknanya dah lebih setahun saya gunakan Medifeet and so far so good. Dah takde sakit tumit. Kadang-kadang je but very rare. Itupun sakit sebab saya guna kasut lain untuk berjalan-jalan di KL. Kasut Medifeet yang saya gunakan ni nampak lembut sehingga risau pula nak digunakan untuk outdoor. Baru-baru ni ada tugasan yang memerlukan saya panjat sedikit bukit yang licin, hampir tergelincir. Kadang-kadang kalau jalan atas batu kerikil, terasa batu-batu tersebut di tapak kaki. Memang lembut kasut ni. Masa di kedai Medifeet ada juga kasut yang tapaknya tebal, tapi kena tunggu sebab stok takde. 

So in the end, decided to search for another outdoor shoes yang comfort dan ada arc support. Wife saya peminat Skechers. Sentiasa suruh saya try satu Skechers tapi kewangan masih belum mengizinkan. Semalam baru la dapat sepasang Skechers. Tak sangka pula ada Skechers untuk office attire. Cadangnya nak beli Puma Soft Foam macam kawan sekerja saya. Tapi pusing-pusing tak jumpa yang pattern lain, cuma ada pattern macam dia sahaja.


So in the end, end up with a new pair of discounted Skechers. Harga asal Rm 3xx, dah discount jadilah harga rakyat RM 2xx mampu milik. Yang si kecik pulak merengek nak kasut Skechers juga. Memandangkan isi rumah yang lain dah ada kasut Skechers kecuali dia, saya belikan la juga. Hopefully belanja anak nanti Allah murah rezeki. Suka betul dia, terus pakai kasut tu. Katanya langkah semakin laju dengan Skechers.

Saya sebenarnya tak berapa arif tentang brand Skechers. Maklumlah nubis dalam bidang kasut. Yang saya tahu Bata, Camel Active dan brand-brand sportshoes yang lain. Skechers ni bermula dari tahun 1992. HQ dia California. American brand. Ada kedai di serata dunia. 

Medifeet pula, ikut maklumat di internet, adalah local brand. Bermula dari 2004 dari sebuah syarikat bernama MS Worldwide Sdn Bhd, ia telah melalui beberapa transformasi dari segi pengurusan dan penjenamaan. Dipendekkan cerita, mereka bekerjasama dengan pakar-pakar di New Zealand untuk memperkasakan Medifeet. Maklumat lanjut boleh diperolehi di website mereka di sini. Medifeet juga dipasarkan di luar negara. 

Tak kisah lah whether its local or international, yang penting selesa. My Medifeet shoes memang sangat selesa dan menghilangkan kesakitan tumit saya. This is my testimonial tanpa dibayar oleh Medifeet, bayar pada Medifeet, YES, sebab beli kasut dia.

Skechers masih baru lagi saya guna, so belum ada apa-apa testimonial except dapat diskaun sahaja. Dia tulis di insole dan kotak, Memory Foam, Relaxed Fit, Air Cooled. Semua perkataan yang sedap telinga mendengar. Hopefully selembut Medifeet.

 

Sunday, February 04, 2018

Wireless Adapter


Teknologi wireless semakin lama semakin meliputi segenap peralatan berasaskan teknologi yang kita gunakan di dalam kehidupan seharian kita. Lihat sahaja penggunaan telefon. Jika dahulu kita telefon rumah kita bersambung dengan kabel telefon, tidak lagi dengan smartphone. Dah la tidak bersambung dengan kabel telefon, boleh tengok internet lagi. 

Saya masih ingat kita saya mempunyai internet sendiri menggunakan modem dialup. Waktu itu saya menggunakan akaun TM Net sebelum berubah ke Jaring. Nak dialup ISP Provider diwaktu puncak cukup seksa. Berbelas kali dialup pun belum tentu boleh dapat sambungan. Bila dah connect pun belum tentu speed memuaskan. Waktu puncak ketika itu adalah sekitar jam 8-10 malam. Nak connect MiRC pun susah. Kalau dah connect, kadang-kadang disconnect. Bukan MiRC sahaja tapi sambungan internet.

Sekarang dengan Unifi, hanya sesekali sahaja connection unavailable. Kadang-kadang masalah modem wifi, kadangkala memang masalah kabel luar rumah. Streamyx ayah saya di kampung lebih kerap down berbanding Unifi saya. Ini cerita telefon dan internet. Hardware-hardware lain yang sering kita gunakan dengan sambung wayar sebelum ini telah menjadi wireless. Antara yang saya guna adalah laptop wireless dan keyboard serta mouse wireless. 

PC lama saya di ofis iaitu Dell tidak mempunyai sambungan Wireless sementara PC baru saya iaitu HP ada sambungan wireless. Memang saya sengaja cari yang wireless just in case kalau sambungan internet di ofis down, boleh connect melalui smartphone.

Dell buat masa ini masih dalam proses updating windows dan akan saya serahkan pada Ayah saya di kampung bersama dengan printer all in one baru jenama HP. Tak perlu lah Ayah saya ke bandar untuk fotostat. 

Untuk menjadikan PC Dell saya wireless, saya beli wireless adapter TP Link WN821N 300 Mbps di TP Link Official Store Lazada dengan harga RM 39.90 sahaja. Order hari ini, lusa dah sampai. Cepat dan barang pun dah test. Siap update Windows lagi guna adapter terbabit. Adapter yang saya guna ni antara yang paling basic, untuk support up to 300 Mbps. Ada yang boleh support lebih. So far masa saya update Windows, kelajuan tak banyak beza dengan guna cable. My next project nak cari printer wireless pula. Hari tu ada jenguk-jenguk HP Wireless printer masa beli printer untuk Ayah saya. Tapi printer kat rumah masih elok lagi.

Di bawah merupakan spesifikasi adapter tersebut yang saya ambil dari website rasmi TP Link.


HARDWARE FEATURES
Interface USB 2.0
Button WPS Push Button
Dimensions ( W x D x H ) 2.7x 0.8 x 0.4 in. (69 x 21 x 9.5mm)
Antenna Type On-Board
WIRELESS FEATURES
Wireless Standards IEEE 802.11n, IEEE 802.11g, IEEE 802.11b
Frequency 2.400-2.4835GHz
Signal Rate 11n: Up to 300Mbps(dynamic)
11g: Up to 54Mbps(dynamic)
11b: Up to 11Mbps(dynamic)
Reception Sensitivity 270M: -62dBm@10% PER
130M: -65dBm@10% PER
108M: -68dBm@10% PER
54M: -68dBm@10% PER
11M: -85dBm@8% PER
6M: -88dBm@10% PER
1M: -90dBm@8% PER
Transmit Power <20dBm(EIRP)
Wireless Modes Ad-Hoc / Infrastructure mode
Wireless Security Support 64/128 bit WEP, WPA-PSK/WPA2-PSK
Modulation Technology DBPSK, DQPSK, CCK, OFDM, 16-QAM, 64-QAM
OTHERS
Certification CE, FCC, RoHS
Package Contents Wireless Adapter
One USB extension cable
Resource CD
Quick Installation Guide
System Requirements Windows 8.1/8(32/64bits), Windows 7(32/64bits), Windows Vista(32/64bits), Windows XP(32/64bits),
Mac OS X 10.7~10.10, Linux
Environment Operating Temperature: 0℃~40℃ (32℉~104℉)
Storage Temperature: -40℃~70℃ (-40℉~158℉)
Operating Humidity: 10%~90% non-condensing
Storage Humidity: 5%~90% non-condensing

 

Thursday, February 01, 2018

Risiko Terhadap Rekod


Rekod dan dokumen merupakan satu aset penting kepada sesuatu organisasi. Kehilangannya boleh menyebabkan sesuatu organisasi itu lumpuh. Jadi ia perlu dijaga dengan rapi supaya boleh digunakan ketika perlu.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh merosakkan atau menyebabkan rekod dan dokumen ini hilang. Maklumat didalamnya juga perlu dipelihara agar tidak bocor. Kita perlu kenalpasti risiko-risiko ini dan kebarangkalian ianya boleh berlaku. Ada yang cakap pada saya, rekod dan dokumen kami semua berbentuk elektronik, disimpan di cloud. Apa yang boleh terjadi?

Untuk makluman semua, terdapat risiko-risiko yang sama dengan rekod konvensional iaitu yang berbentuk kertas dan rekod elektronik. Ada juga risiko yang khusus untuk elektronik. Tak lupa juga risiko yang khusus untuk rekod konvensional. Apa-apa pun, tak semestinya simpan di cloud, rekod boleh 100% selamat. Ada juga rekod yang dicuri di cloud. Rekod berbentuk elektronik yang tidak dibackup pun boleh berada dalam keadaan bahaya jika ada ancaman virus. Pekerja yang marah dengan organisasi boleh delete semua rekod tersebut.

Saya pernah mengalami satu situasi dimana seorang rakan meminta bantuan saya untuk pecahkan password. Katanya, salah seorang pekerja di syarikatnya meletakkan password pada file-file penting sebelum meninggalkan syarikat. Khabarnya pekerja tersebut marah dengan syarikat. Nasib baik file pun simple, password pun simple. Saya download password crack software dan suruh kawan saya try pada file tersebut. Alhamdulillah berjaya. Cuma 4 letter password diletakkan. Mudah untuk dipecahkan.

Ini baru satu contoh. Kenalpasti risiko pada rekod dan dokumen anda. Selepas mengenalpasti risiko, barulah pergi ke step yang kedua iaitu uruskan risiko terbabit.