Sunday, December 03, 2017

Pentingnya Backup






Pada masa kini, kerja seharian kita di pejabat banyak melibatkan word processor di komputer. Ada juga yang menggunakan excel spreadsheet untuk kerja-kerja melibatkan statistik, pengiraan atau yang perlu menggunakan table.

Di dalam pekerjaan saya, word processor dan power point merupakan dua perisian utama yang digunakan kerana kerja-kerja akademik ini banyak melibatkan penulisan dan presentation. Excel sesekali digunakan untuk isi data di dalam table dan juga perkara yang melibatkan calculation.

Alhamdulillah, ofis saya telah melengkapkan kami dengan Microsoft Office 365 licensed dan juga perisian Adobe licensed. Walaupun Adobe jarang digunakan tetapi sesekali berguna juga terutama untuk membuat posting menggunakan Spark atau photo editing menggunakan photoshop.

Selain dari pengwujudan dokumen-dokumen kerja berbentuk elektronik yang terhasil dari penggunaan perisian diatas, saya juga download artikel-artikel dalam bentuk pdf dari online journal untuk pembacaan. Malah kadangkala students juga menghantar assignments mereka dalam bentuk pdf dan ini semua saya simpan dalam folder-folder khas.

Namun, saya masih juga menerima dokumen-dokumen dalam bentuk fizikal iaitu kertas seperti surat-surat, bi dan resit. Ini semua saya digitize menggunakan scanner saya dan digital edition tersebut saya simpan di dalam folder.

Apabila PC dah sarat dengan pelbagai data, timbul pula kegusaran andai berlaku sesuatu pada PC, habis punah semuanya. Ini pernah berlaku beberapa bulan lepas dimana saya tersalah format hardisk. Hardisk partition tempat saya muatkan segala digitized materials dari surat menyurat dan resit semuanya hangus. Terkedu sebentar selepas menyedari saya salah format. Saya nak format thumbdrive, terformat pula partition. Satu insiden gila yang menyebabkan saya trauma berhari-hari.

Waktu tu saya teringatkan WD My Book saya yang saya guna untuk simpan segala data backup secara manual. Secara manual maksudnya, saya copy and paste dari folder PC ke dalam WD My Book, which is an external hardisk. WD My Book ini bulky dan ada internal fan sendiri. Ia menggunakan external power supply. Permasalahan utama dia adalah besar dan guna external power supply. Tujuan utama My Book ialah sebagai continous backup system untuk PC malangnya saya gunakan dia seperti external hardisk sahaja, iaitu non-continous. Sesekali sahaja di backup.

Kebetulan pula sebelum ini saya ada buat sync backup. Bagusnya sync backup ni ialah ia copy semua folder kita sebijik-sebijik macam yang original. Tak payah kita penat-penat copy paste dan terpaksa menghadapi mesej duplicate file. Kalau kita ada ubah di PC kita, perubahan tersebut akan di sync pada external hardisk kita.

Malangnya, saya cuma sync drive C sahaja, bukan nya partition disk saya. Maka terpaksa lah accept data dah lebur. Menyedari hal ini, saya ambil keputusan untuk cari lagi satu external hardisk khas untuk PC ofis saya. External ini akan disync continously. Tak nak perkara yang sama berulang kembali.

Misi mencari external pun bermula. Akhirnya bertemu WD My Passport 1TB. Size yang dipilih bagi saya sudah mencukupi kerana hardisk di PC ofis pun 1TB sahaja. Mungkin ada sesetengah yang berpendapat kalau 2TB boleh buat multiple backup. Tapi kekangan kewangan juga perlu diambil kira. WD ini saya beli dengan harga RM 269 di Subang Parade. Kaler biru. Di Lazada ada yang RM 219. Ada yang RM 259. Official store WD menjual WD kaler biru ini dengan harga RM 299. Pelik pula kerana ada beza harga dengan warna. Warna merah pula lebih murah harganya di Official Store. Tak nampak pula perbezaan spesifikasi antara kedua-duanya.

Mula-mula nak beli Seagate Slim Plus 1 TB, tapi harga di Subang Parade RM 299. Di Seagate Official Store Lazada baru RM 25x. Baca satu website ni, katanya Seagate Slim Plus lebih bagus sikit dari WD My Passport sebab ia lebih ringan dan slim. Tanya kedai-kedai komputer, ramai rekomen WD untuk external, Seagate untuk internal HDD. Pengalaman saya guna WD untuk external so far tak pernah menghampakan. Seagate pula pernah saya guna untuk kegunaan internal. Sekarang internal saya pun WD. 



Di bawah merupakan sedikit fakta berkenaan WD My Passport 1TB.

  • Auto backup with included WD Backup software
  • Password protection with hardware encryption
  • Easy to use
  • Trusted drive built with WD reliability
  • USB 3.0 port; USB 2.0 compatible
  • 3-year limited warranty
  • Package Includes
    • My Passport hard drive
    • USB 3.0 cable
    • WD Backup™, WD Security™ and WD Drive Utilities™ software
    • Quick install guide
     

Apa-apa pun external HDD yang dipilih, samada Toshiba Canvio ke, Seagate Slim atau WD My Passport, pastikan kita backup segala data kita. Disaster terhadap data kita bila-bila masa boleh berlaku lebih-lebih lagi jika PC kita bersambung pada internet atau sering digunakan untuk transfer data dari thumbdrive yang lain. Dan yang penting, kita ada backup software system yang sesuai, senang nak sync data. Biasanya pengeluar external hardisk kita dah ada backup software.

Selamat Berbackup.

No comments:

Post a Comment