Sering kita diperdengarkan dengan ungkapan masa itu emas, atau literally translated into Time Is Gold. Semakin lama kita menyedari bahawa masa semakin pantas. Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang perlu kita selesaikan sehingga tidak sedar masa berlalu.
Whatever it is, tentu kita pernah alami beberapa perkara yang tidak menyenangkan berkaitan masa. Antaranya ialah, janji pukul 2 tapi sampai nya pukul 3. Perkataan paling famous untuk dijadikan alasan ialah On The Way atau dalam Whatsapp adalah OTW. Nasib baik zaman sekarang ada Mobile Internet untuk si penunggu menghabiskan masa ketika menunggu, kurang sikit bosan dan amarah.
Bila diri kita ini dipenuhi dengan jam, dari jam tangan yang berbentuk analog ke digital, smartwatch di pergelangan tangan. Ditambah pula dengan smartphone di kocek seluar, perasan kah kita masa yang ditunjukkan seragam atau tidak?
Kadang-kadang kita abaikan permasalahan keseragaman masa ini kerana perbezaannya tidak banyak. Tapi kadangkala ia juga penting, for example, nak iftar di suatu kawasan yang tak kedengaran azan dan tiada akses pada TV atau radio. Kadang-kadang kita perlu sync jam dengan rakan-rakan untuk melaksanakan tugasan atau menyelesaikan sesuatu perkara. Persoalannya, jam siapakah lebih tepat. Untuk smartphone, saya gunakan apps Clock Sync. Katanya masa di sync dari Internet Atomic Time. Untuk PC saya sync dengan The Malaysian Standard Time website di laman web http://mst.sirim.my/ untuk ketepatan waktu. Untuk jam dinding, saya cepatkan 5 minit dari waktu standard supaya saya dapat ke lokasi lebih awal.
Apa itu atomic time? Menurut laman web www.timeanddate.com, International Atomic Time (TAI) is one of the main components of
Coordinated Universal Time (UTC), the time scale used to determine local
times around the world. It tells us at which speed our clocks should
tick. Universal Time (UT1), also known as astronomical time, refers to the Earth's rotation. It is used to compare the pace provided by TAI with the actual length of a day on Earth.
Bermakna disini, masa standard tidak sahaja diukur dengan atomic time tetapi juga perlu dibandingan dengan masa sebenar satu hari di muka bumi. Perlu diingatkan bahawa putaran bumi semakin perlahan namun kadar kelajuan putaran tersebut bukannya perlahan mendadak. Ianya ada diterangkan di beberapa laman web seperti https://spaceplace.nasa.gov/review/dr-marc-earth/earth-rotation.html dan juga http://www.physlink.com/education/askexperts/ae695.cfm. Dalam masa seratus tahun dari hari anda baca entri ini, hari akan menjadi lebih panjang dari sekarang, iaitu 2 miliseconds lebih panjang. Saya tak pasti samada kita boleh merasai lebihan masa 2 miliseconds apatah lagi hidup sehingga 100 tahun lebih.
So untuk anda semua yang inginkan masa yang tepat, boleh cuba apps dan website di atas. Selamat menepati masa.
No comments:
Post a Comment