Wireless presenter merupakan 'senjata' saya sejak akhir-akhir ini. Dulu ingatkan harganya mahal sangat sampai ribu-ribu. Pekerjaan saya sememangnya banyak melibatkan presentation samada di dalam organisasi saya ataupun di luar organisasi. Apabila menggunakan Microsoft Power Point, terpaksa ada orang lain yang bersedia untuk klik mouse, untuk tukar slide. Setiapkali selesai menghuraikan slide, terpaksa sebut NEXT. Itu kalau ada pembantu, kalau tiada pembantu terpaksalah kembali ke meja komputer semata-mata untuk tekan slide. Saya pula tidak berapa suka present statik berdiri di satu tempat sahaja.
So, having a wireless presenter is a blessing for me. Ditambah wireless presenter ini mempunyai red laser pointer. Dengan wireless pointer, saya boleh kawal Power Point saya. Saya pun melancarkan misi mencari Wireless Presenter saya dan akhirnya ketemu Logitech Presenter R400. Harga boleh tahan, RM 189. Beli di kedai komputer. Saya beli sebab saya rasa brand Logitech stabil dan juga kerana USB receiver dia panjang. Susah nak hilang. Lagipun tempat simpan receiver tersebut berada di bawah pointer. Andai terlupa, boleh nampak berlubang pointer sebab receiver tidak diletakkan ditempatnya.
Beberapa bulan lepas saya guna, perkara yang paling saya takuti pun berlaku. USB receiver tertinggal entah di mana. Hanya saya sedari seminggu selepas presentation terakhir saya. Itu pun sebab saya nak lakukan satu lagi presentation. Bila saya contact Logitech Malaysia, maaf katanya. Kami tak jual spare part. Saya pergi ke tempat terakhir tertinggal tapi USB receiver entah ke mana. Siapa pula yang ambil? Takde kegunaan pun. Bukan boleh guna dengan receiver lain selain Logitech R400. Itupun kena download software dan pair kembali.
Terpaksa la beralih mencari presenter baru. Browse Lazada, banyak presenter yang murah-murah. Logitech R400 yang murah banyak dari harga saya beli pun ada, tapi saya dengar-dengar itu clone version. Lagipun saya dah taknak pakai kembali Logitech R400 tu. Susah kalau hilang receiver. Kena order dari luar negara dan harganya pun hampir sama dengan seketul yang baru.
In the end, saya beralih ke ProLink PWP 102G. Order di ProLink Official Store di Lazada, baru RM 89. Beza banyak dengan Logitech. Order hari Ahad, Rabu dah sampai rumah. Dah present dah pun guna Prolink ni. Banyak function. Ada blackout screen. Button nak tekan red laser pointer pun lebih strategik lokasinya. Cuma button sedikit keras berbanding Logitech R400. Dan yang paling best, HQ Prolink pun di Singapore, just in case kalau Prolink Malaysia yang terletak di Subang Jaya tak nak jual replacement usb receiver (benda yang paling senang tertinggal), redah la ke Singapore ataupun suruh kawan saya di Singapore belikan. Kalau nak ke HQ Logitech di Switzerland, tak berbaloi.
Yang paling menarik, ProLink ini boleh bekerja dengan Mac. Logitech R400 tak boleh. Ini yang penting. At least boleh angkut MBA saya sendiri ke presentation. Berbaloi. Kawan saya beli wireless presenter cap ayam, RM 39 sahaja. Boleh je guna. Lupa nak cakap, mouse pun boleh dikawal menggunakan ProLink baru saya. Logitech tak boleh. Dibawah merupakan features ProLink PWP102G yang diambil dari website rasmi ProLink.
2.4 GHz Wireless Presenter with Air Mouse
- Plug & Play
- OFN (Optical Finger Navigation) Button
- Red Laser Pointer Control Button
- Transmission range up to 20m
- Low battery indication
Bagi sesiapa yang ingin mencari wireless presenter, ProLink boleh diberi pertimbangan as one of the option. Dalam website ProLink tu ada macam-macam lagi wireless presenter.
No comments:
Post a Comment