Kecoh di alam maya apabila online shopping website yang terkenal di Malaysia iaitu Lazada buat hal. Macam-macam kisah dipersembahkan di internet sejak seminggu dua ini, terutama di FB Lazada sendiri. Buyer merungut order number tidak diberi sedangkan bayaran dah dibuat. Seller pula ada yang kata mereka diberi notifikasi pembelian dari buyer, tapi barang bukan kepunyaan mereka. Senang cerita, ada masalah di sistem Lazada sehingga order orang lain masuk ke seller lain. Kebetulan pula saya ada membuat pembelian barang ProLink di Lazada pada Ahad malam 22 Oktober dan masa penghantaran yang dijanjikan adalah between Selasa 24 Oktober hingga Jumaat 27 Oktober. Ingatkan saya bakal jadi mangsa sistem Lazada yang sejak akhir-akhir ini berkecamuk. Rupanya dapat call dari wife pada Rabu 25 Oktober, barang telah sampai di rumah. Saya telah beberapa kali beli di Lazada. Mostly from Official Store. Barang ProLink saya beli di Official Store.
Banyak juga kisah suka dan duka dengan Lazada. Pernah juga cancel pembelian dan minta refund. Refund dapat dalam masa yang dijanjikan. Ada satu tu, delivery di cancelkan atas request saya sendiri sedangkan saya tidak pernah dihubungi oleh delivery service. Ada juga perkara yang manis-manis seperti pekerja kurier LEX call saya ketika saya di pejabat. Bila saya beritahu yang saya sedang bekerja, dia minta alamat ofis dan tidak lama kemudian dia dah sampai depan ofis. Ada juga barang yang order pagi ini, esok petang dah sampai.
Diam tak diam, dah 9 produk saya beli di Lazada. Satu saya cancel dan memperolehi refund. Saya cancel kerana produk lambat sangat sampai dan beza harga di kedai luar pun tak banyak. Pengalaman saya membeli di Lazada ada saya coretkan di beberapa entri di blog ini.
Sebenarnya membeli barangan di internet ini kena banyak bersabar. Sebelum Lazada, saya ada membeli barangan dari luar negara, menerusi eBay. Ketika itu exchange rate USD dan RM amat menarik. Namun, apabila exchange rate dah naik, saya stop beli barang dari luar negara. Seronoknya waktu itu ialah kerana tertunggu-tunggu kiriman dari luar negara. Macam menunggu HADIAH walhal kita yang beli. Tapi itulah keseronokannya.
Dari aspek pengurusan rekod, oleh kerana pembelian online ini hampir kesemuanya meliputi transaksi yang dilakukan secara online, maka proses creation of records adalah dalam bentuk electronic records. Lazada ada post tentang masalah yang melanda mereka sejak akhir-akhir ini. Post tersebut boleh didapati di FB Official Lazada.
Dear
Lazada fans, in the last few weeks, we have been upgrading our servers
and systems with the goal of improving our platform experience for
shoppers in anticipation for our 11.11 campaign; unfortunately, this
has resulted in several unintended service disruptions. We sincerely
apologize for the inconveniences, and are following up closely with
every customer and partner affected by this. We are working hard to
complete our system upgrade soon and will endeavor to resolve all
related issues.
Kindly be informed that we’re also taking necessary actions to ensure that customer refunds are being sped up. Thank you for your understanding and support.
Pengurusan rekod, elektronik ataupun manual, jika gagal ataupun bermasalah akan mengakibatkan operasi sesuatu syarikat terganggu. Dalam hal ini, sistem Lazada melalui proses upgrading dan akibatnya terdapat gangguan yang berlaku terhadap rekod elektroniknya. Walaupun Lazada tidak membuat posting secara detail tentang apa yang telah berlaku, namun berdasarkan komen-komen user FB, jelas dapat dilihat bahawa pengurusan rekod elektronik terganggu.
Semoga Lazada berjaya mengatasi masalah ini dan ianya juga menjadi pengajaran kepada semua Online Retail di luar sana agar lebih berhati-hati untuk menjaga rekod elektronik mereka. Itu belum lagi gangguan berbentuk malicious yang bertujuan untuk menganggu perniagaan mereka. Dulu-dulu taktik kotor pesaing untuk menganggu perniagaan kita adalah samada melakukan sabotaj ke atas premis atau barangan pesaing. Ada juga yang menggunakan black magic keatas pesaing. Kini zaman perniagaan atas talian, cukup untuk sabotaj online sistem sahaja.

No comments:
Post a Comment