Saturday, October 28, 2017

Wireless Presenter



Wireless presenter merupakan 'senjata' saya sejak akhir-akhir ini. Dulu ingatkan harganya mahal sangat sampai ribu-ribu. Pekerjaan saya sememangnya banyak melibatkan presentation samada di dalam organisasi saya ataupun di luar organisasi. Apabila menggunakan Microsoft Power Point, terpaksa ada orang lain yang bersedia untuk klik mouse, untuk tukar slide. Setiapkali selesai menghuraikan slide, terpaksa sebut NEXT. Itu kalau ada pembantu, kalau tiada pembantu terpaksalah kembali ke meja komputer semata-mata untuk tekan slide. Saya pula tidak berapa suka present statik berdiri di satu tempat sahaja.

So, having a wireless presenter is a blessing for me. Ditambah wireless presenter ini mempunyai red laser pointer. Dengan wireless pointer, saya boleh kawal Power Point saya. Saya pun melancarkan misi mencari Wireless Presenter saya dan akhirnya ketemu Logitech Presenter R400. Harga boleh tahan, RM 189. Beli di kedai komputer. Saya beli sebab saya rasa brand Logitech stabil dan juga kerana USB receiver dia panjang. Susah nak hilang. Lagipun tempat simpan receiver tersebut berada di bawah pointer. Andai terlupa, boleh nampak berlubang pointer sebab receiver tidak diletakkan ditempatnya. 

Beberapa bulan lepas saya guna, perkara yang paling saya takuti pun berlaku. USB receiver tertinggal entah di mana. Hanya saya sedari seminggu selepas presentation terakhir saya. Itu pun sebab saya nak lakukan satu lagi presentation. Bila saya contact Logitech Malaysia, maaf katanya. Kami tak jual spare part. Saya pergi ke tempat terakhir tertinggal tapi USB receiver entah ke mana. Siapa pula yang ambil? Takde kegunaan pun. Bukan boleh guna dengan receiver lain selain Logitech R400. Itupun kena download software dan pair kembali. 

Terpaksa la beralih mencari presenter baru. Browse Lazada, banyak presenter yang murah-murah. Logitech R400 yang murah banyak dari harga saya beli pun ada, tapi saya dengar-dengar itu clone version. Lagipun saya dah taknak pakai kembali Logitech R400 tu. Susah kalau hilang receiver. Kena order dari luar negara dan harganya pun hampir sama dengan seketul yang baru.

In the end, saya beralih ke ProLink PWP 102G. Order di ProLink Official Store di Lazada, baru RM 89. Beza banyak dengan Logitech. Order hari Ahad, Rabu dah sampai rumah. Dah present dah pun guna Prolink ni. Banyak function. Ada blackout screen. Button nak tekan red laser pointer pun lebih strategik lokasinya. Cuma button sedikit keras berbanding Logitech R400. Dan yang paling best, HQ Prolink pun di Singapore, just in case kalau Prolink Malaysia yang terletak di Subang Jaya tak nak jual replacement usb receiver (benda yang paling senang tertinggal), redah la ke Singapore ataupun suruh kawan saya di Singapore belikan. Kalau nak ke HQ Logitech di Switzerland, tak berbaloi. 

Yang paling menarik, ProLink ini boleh bekerja dengan Mac. Logitech R400 tak boleh. Ini yang penting. At least boleh angkut MBA saya sendiri ke presentation. Berbaloi. Kawan saya beli wireless presenter cap ayam, RM 39 sahaja. Boleh je guna. Lupa nak cakap, mouse pun boleh dikawal menggunakan ProLink baru saya. Logitech tak boleh. Dibawah merupakan features ProLink PWP102G yang diambil dari website rasmi ProLink.

2.4 GHz Wireless Presenter with Air Mouse
  • Plug & Play
  • OFN (Optical Finger Navigation) Button
  • Red Laser Pointer Control Button
  • Transmission range up to 20m
  • Low battery indication

Bagi sesiapa yang ingin mencari wireless presenter, ProLink boleh diberi pertimbangan as one of the option. Dalam website ProLink tu ada macam-macam lagi wireless presenter.


Friday, October 27, 2017

Lazada Buat Hal Lagi?


Kecoh di alam maya apabila online shopping website yang terkenal di Malaysia iaitu Lazada buat hal. Macam-macam kisah dipersembahkan di internet sejak seminggu dua ini, terutama di FB Lazada sendiri. Buyer merungut order number tidak diberi sedangkan bayaran dah dibuat. Seller pula ada yang kata mereka diberi notifikasi pembelian dari buyer, tapi barang bukan kepunyaan mereka.  Senang cerita, ada masalah di sistem Lazada sehingga order orang lain masuk ke seller lain. Kebetulan pula saya ada membuat pembelian barang ProLink di Lazada pada Ahad malam 22 Oktober dan masa penghantaran yang dijanjikan adalah between Selasa 24 Oktober hingga Jumaat 27 Oktober. Ingatkan saya bakal jadi mangsa sistem Lazada yang sejak akhir-akhir ini berkecamuk. Rupanya dapat call dari wife pada Rabu 25 Oktober, barang telah sampai di rumah. Saya telah beberapa kali beli di Lazada. Mostly from Official Store. Barang ProLink saya beli di Official Store. 

Banyak juga kisah suka dan duka dengan Lazada. Pernah juga cancel pembelian dan minta refund. Refund dapat dalam masa yang dijanjikan. Ada satu tu, delivery di cancelkan atas request saya sendiri sedangkan saya tidak pernah dihubungi oleh delivery service. Ada juga perkara yang manis-manis seperti pekerja kurier LEX call saya ketika saya di pejabat. Bila saya beritahu yang saya sedang bekerja, dia minta alamat ofis dan tidak lama kemudian dia dah sampai depan ofis. Ada juga barang yang order pagi ini, esok petang dah sampai. 

Diam tak diam, dah 9 produk saya beli di Lazada. Satu saya cancel dan memperolehi refund. Saya cancel kerana produk lambat sangat sampai dan beza harga di kedai luar pun tak banyak. Pengalaman saya membeli di Lazada ada saya coretkan di beberapa entri di blog ini.

Sebenarnya membeli barangan di internet ini kena banyak bersabar. Sebelum Lazada, saya ada membeli barangan dari luar negara, menerusi eBay. Ketika itu exchange rate USD dan RM amat menarik. Namun, apabila exchange rate dah naik, saya stop beli barang dari luar negara. Seronoknya waktu itu ialah kerana tertunggu-tunggu kiriman dari luar negara. Macam menunggu HADIAH walhal kita yang beli. Tapi itulah keseronokannya. 

Dari aspek pengurusan rekod, oleh kerana pembelian online ini hampir kesemuanya meliputi transaksi yang dilakukan secara online, maka proses creation of records adalah dalam bentuk electronic records. Lazada ada post tentang masalah yang melanda mereka sejak akhir-akhir ini. Post tersebut boleh didapati di FB Official Lazada.


Dear Lazada fans, in the last few weeks, we have been upgrading our servers and systems with the goal of improving our platform experience for shoppers in anticipation for our 11.11 campaign; unfortunately, this has resulted in several unintended service disruptions. We sincerely apologize for the inconveniences, and are following up closely with every customer and partner affected by this. We are working hard to complete our system upgrade soon and will endeavor to resolve all related issues.
Kindly be informed that we’re also taking necessary actions to ensure that customer refunds are being sped up. Thank you for your understanding and support.

Pengurusan rekod, elektronik ataupun manual, jika gagal ataupun bermasalah akan mengakibatkan operasi sesuatu syarikat terganggu. Dalam hal ini, sistem Lazada melalui proses upgrading dan akibatnya terdapat gangguan yang berlaku terhadap rekod elektroniknya. Walaupun Lazada tidak membuat posting secara detail tentang apa yang telah berlaku, namun berdasarkan komen-komen user FB, jelas dapat dilihat bahawa pengurusan rekod elektronik terganggu.

Semoga Lazada berjaya mengatasi masalah ini dan ianya juga menjadi pengajaran kepada semua Online Retail di luar sana agar lebih berhati-hati untuk menjaga rekod elektronik mereka. Itu belum lagi gangguan berbentuk malicious yang bertujuan untuk menganggu perniagaan mereka. Dulu-dulu taktik kotor pesaing untuk menganggu perniagaan kita adalah samada melakukan sabotaj ke atas premis atau barangan pesaing. Ada juga yang menggunakan black magic keatas pesaing. Kini zaman perniagaan atas talian, cukup untuk sabotaj online sistem sahaja.  

Friday, October 20, 2017

Malaysian Ghostbuster



Apabila membicarakan tentang perkara yang bersifat paranormal, saya tidak terlalu percaya tetapi tidak pulak langsung menafikan. Saya sendiri pernah diganggu oleh perkara-perkara yang misteri ini. Tahun 2017 setakat post ini ditulis pun sudah dua kali 'terkena' di tandas ofis saya. Gangguan pertama adalah ketika maghrib sementara gangguan kedua adalah selepas Asar, kedua-duanya di lokasi yang sama. Namun saya tak berapa peduli kerana itu adalah tempat yang akan saya pergi untuk menunaikan hajat. Yang penting berdoa sebelum masuk ke toilet. 

Di bawah merupakan laporan yang saya petik dari akhbar The Star hari ini. Hollywood sudah ada filem Ghostbuster, kini muncul Ghostbuster Malaysia dan dia bukan yang pertama di Malaysia. Cuma tak semua berpeluang muncul di media dan dilaporkan pula di English daily newspaper.


Laporan The Star

JOHOR BARU: If there are spooky apparitions in your neighbourhood, who do you call? You call ghostbuster Sa’ad Ja’afar apparently.
The 44-year-old self-proclaimed hantu hunter will end the hauntings ... and from afar.
All it takes is a phone call and no matter the distance, he will work on it.
Sa’ad said he can reach anywhere in the world from his centre here, to get rid of ghosts or end hauntings but the furthest he has done so thus far is Sabah – “I caught a jinn (an evil spirit) there”.
“I don’t need to be physically present to help those who need my services to rid their premises of the supernatural,” said the ghostbuster who hails from Melaka.


He claims his centre – Rawatan iLahana – is the “first in the world” to offer long-range ghostbusting services.
Assisted by Mohd Azim Adam, 46, Sa’ad started the centre in 2015 and claims to have cleansed some 300 locations nationwide to date. Among his satisfied clients, he counts 70 of different faiths.
In that time, he and his assistant caught a large number of jinn, which he said have been imprisoned at a secret location near a mosque.

“We keep them near a mosque so that they will be encouraged to repent for their sins,” he said.
It’s RM200 for a two-hour session but customers can pay according to their means, he said.
According to Sa’ad, the conventional way of fighting jinn and ghouls is to use black pepper and rock salt, “but these only scare them away”.
He said jungles, mountains, waterfalls, lakes and rivers are favourite haunts for such spirits.

Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/20/when-spooks-dont-have-a-ghost-of-a-chance/#vWmu5tlv0RzILDDV.99