Friday, September 29, 2017

Vitaly Kaloyev





Kisah Vitaly Kaloyev umpama novel, seorang arkitek yang bertukar menjadi seorang pembunuh. Membalas dendam atas kematian seluruh keluarganya. Hollywood telah mengangkat kisahnya ke layar perak menerusi movie lakonan Arnold Schwarzenegger berjudul Aftermath. 

Semuanya bermula apabila isteri dan dua anaknya maut dalam tragedi perlanggaran kapal terbang di Jerman. Dikatakan ia berpunca dari kecuaian traffic controller. Kaloyev telah menjejaki orang yang dikatakan cuai tersebut dan kemudian membunuhnya. Kaloyev dihukum penjara dan setelah dibebaskan, kini menjadi Timbalan Menteri di salah satu negeri di Russia.

Kaloyev mengkritik Aftermath sebagai tidak dapat menggambarkan dengan tepat apa yang dilalui. Bagaimanapun perlu diingat, filem Hollywood digarap dengan nilai komersil walaupun ianya berdasarkan pada kisah benar. Apa-apa pun, tindakan Kolayev membunuh Peter Nielsen sesuatu yang tidak wajar biarpun dikatakan tindakan Nielsen menyuruh kapalterbang yang membawa keluarga Kaloyev menukar ketinggian penerbangan di saat akhir dikatakan punca utama berlakunya pelanggaran. 

Nielsen dikatakan bekerja dalam keadaan serba kekurangan ketika waktu kejadian. Dikatakan dia bekerja berseorangan ketika kejadian kerana rakan sekerjanya keluar rehat. Alat perhubungan pun ketika itu di dalam kondisi yang kurang baik. Nielsen hanya memberitahu juruterbang untuk mengelak, 44 saat sebelum berlaku pelanggaran. Nielsen juga dikatakan mengarahkan juruterbang merubah ketinggian yang berbeza berbanding Crash Avoidance System pesawat untuk mengelakkan pelanggaran.

Apa-apa pun, anak-anak Nielsen seramai tiga orang kehilangan bapa mereka akibat tindakan Kaloyev yang kehilangan dua orang anak akibat kesilapan Nielsen. 


No comments:

Post a Comment