Baru-baru ni masa Sukan Sea 2017 sedang berlangsung, memang ada plan nak bawa keluarga tengok apa-apa event Sukan Sea sebab kejohanan ni bukan selalu Malaysia anjurkan. Last anjur berbelas tahun lepas. So maybe next penganjuran pun berbelas tahun lagi.
Kebetulan tengah round-round sekitar Shah Alam apabila saya ternampak signage event Sukan Sea di roundabout Seksyen 15. Terus saya follow signage dan akhirnya sampai di Kompleks Sukan Panasonic. Cadangannya nak tengok-tengok souvenir Sukan Sea dan nak beli buat kenangan. Jalan punya jalan ternampak kaunter tiket. Sukarelawan Sukan Sea terus tegur saya tanya nak kemana. Memang ramah budak-budak ni. Tak sia-sia jadi sukarelawan Sukan Sea. Terus sahaja saya beli tiket futsal. Game Malaysia malam tu dah sold out. Lagipun saya tak rancang pun. Apa-apa game pun tak kisah janji dapat merasa bawa anak-anak tengok Sukan Sea. So dapat la tiket Myanmar vs Indonesia.
Tiket murah je. Satu famili masuk tak sampai pun RM 50. Ada balance lagi untuk beli souvenir Sukan Sea. Masuk je dalam stadium futsal, baru tau ada aircond. Kami masuk awal, kira-kira 30 minit sebelum kick off.
Nak masuk kena check dulu. Scanner yang digunakan macam di airport. Ketat kawalan. FRU yang jaga. Kalau belah dalam stadium, nampak ada GD dan juga anggota PDRM half uniform. Mungkin anggota JSJ atau STAFOC, STING atau STAGG atau UTK. Tak pasti saya. Yang pasti ada yang guna Bushmaster/HK MP5.
Itu dia lineup player Myanmar vs
Indonesia. Kami tak sokong mana-mana pun. Siapa score kami sokong. Di
belakang kami ada beberapa orang rakyat Caucasian yang saya agak berbangsa Belanda sebab mereka tidak berbahasa Inggeris.
Apa-apa pun sempat juga kami bersama-sama memeriahkan Sukan Sea 2017 ini. Yang penting dapat beri pengalaman baru pada anak-anak saya.
No comments:
Post a Comment