Friday, September 29, 2017

Vitaly Kaloyev





Kisah Vitaly Kaloyev umpama novel, seorang arkitek yang bertukar menjadi seorang pembunuh. Membalas dendam atas kematian seluruh keluarganya. Hollywood telah mengangkat kisahnya ke layar perak menerusi movie lakonan Arnold Schwarzenegger berjudul Aftermath. 

Semuanya bermula apabila isteri dan dua anaknya maut dalam tragedi perlanggaran kapal terbang di Jerman. Dikatakan ia berpunca dari kecuaian traffic controller. Kaloyev telah menjejaki orang yang dikatakan cuai tersebut dan kemudian membunuhnya. Kaloyev dihukum penjara dan setelah dibebaskan, kini menjadi Timbalan Menteri di salah satu negeri di Russia.

Kaloyev mengkritik Aftermath sebagai tidak dapat menggambarkan dengan tepat apa yang dilalui. Bagaimanapun perlu diingat, filem Hollywood digarap dengan nilai komersil walaupun ianya berdasarkan pada kisah benar. Apa-apa pun, tindakan Kolayev membunuh Peter Nielsen sesuatu yang tidak wajar biarpun dikatakan tindakan Nielsen menyuruh kapalterbang yang membawa keluarga Kaloyev menukar ketinggian penerbangan di saat akhir dikatakan punca utama berlakunya pelanggaran. 

Nielsen dikatakan bekerja dalam keadaan serba kekurangan ketika waktu kejadian. Dikatakan dia bekerja berseorangan ketika kejadian kerana rakan sekerjanya keluar rehat. Alat perhubungan pun ketika itu di dalam kondisi yang kurang baik. Nielsen hanya memberitahu juruterbang untuk mengelak, 44 saat sebelum berlaku pelanggaran. Nielsen juga dikatakan mengarahkan juruterbang merubah ketinggian yang berbeza berbanding Crash Avoidance System pesawat untuk mengelakkan pelanggaran.

Apa-apa pun, anak-anak Nielsen seramai tiga orang kehilangan bapa mereka akibat tindakan Kaloyev yang kehilangan dua orang anak akibat kesilapan Nielsen. 


Monday, September 18, 2017

Ancaman Pengganas terhadap Rekod.



Apabila saya membuka portal library institusi saya untuk mencari bahan-bahan ilmiah dan rujukan, terdapat begitu banyak ilmu di dalam portal tersebut sehingga kita boleh lemas di dalamnya. Lagi kita gali dan baca pelbagai jenis artikel di dalam portal tersebut, lagi kita sedar bahawa ilmu dan pengetahuan ini sangat luas. Sebagai contoh, apabila saya cuba kaitkan ancaman pengganas dan rekod, rupanya ada pelbagai lagi cabang yang para penyelidik telah bincangkan, antaranya kaitan pengganas dan penggubalan wang haram, pengganas dan sosio ekonomi semasa dan ada juga yang menulis mengenai workplace violent iaitu keganasan di tempat kerja yang antaranya termasuk ancaman pengganas. 

Ancaman pengganas terhadap sesuatu bangunan tidak boleh dipandang ringan. Terdapat banyak bukti yang telah berlaku menyebabkan kemusnahan bangunan akibat tindakan pengganas. Antara yang paling diingati ialah tragedy 11 September di mana World Trade Center di New York musnah. Turut sama musnah adalah rekod dan dokumen. Bagaimana untuk mulakan kembali operasi sesuatu syarikat jika semua rekod dan dokumen musnah?

Terdapat beberapa cadangan untuk mengelakkan sesuatu bangunan itu dari diancam pengganas sekaligus menyebabkan rekod dan dokumen turut musnah. Jika ancaman sukar dielakkan, dari sudut pengurusan rekod dan dokumen, perlu kita fikirkan bagaimana untuk kita mengurangkan impak yang akan berlaku terhadap rekod dan dokumen tersebut.

Ada beberapa langkah preventive yang boleh dilakukan dan perlu juga kita wujudkan satu pelan tindakan jika bangunan tersebut diserang. Nyawa sememangnya berharga namun rekod dan dokumen juga diperlukan agar organisasi yang diserang dapat memulihkan kembali operasi dalam tempoh yang singkat. Tak boleh terkejut terlalu lama.



Friday, September 08, 2017

Gitar Jackson




Setiap manusia mempunyai hobi. Adakalanya hobi bertukar menjadi sesuatu yang memberi sesuap nasi kepada kita dan adakalanya hobi kekal hobi. Hobi boleh kita definisikan sebagai sesuatu aktiviti yang dilakukan ketika masa lapang, dan bagi saya, boleh release stress. Kalau hobi tersebut menambahkan stress yang sedia ada hasil kerja hakiki, itu bukan hobi namanya.
 
Hobi bermain gitar ini bermula agak lambat dalam diri saya. Jika kebanyakan rakan-rakan bermula seawal umur 13-14 tahun, saya bermula pada umur 17 tahun. Minat tu dah ada sejak umur 13 tahun tapi tak pernah berkesempatan untuk belajar. Pegang tu ada lah. Ketika umur saya 16 tahun, saya dapat menyaksikan secara close and personal kawan saya dan adik nya bermain gitar, lagu Bad Company. Gitar yang digunakan adalah gitar kapok. Kagum sekejap saya. Kemudian di usia 17 tahun, seorang rakan sekolah saya pula offer ajar main gitar. Lagu pertama saya belajar, Wind Of Change dari kumpulan Scorpions. Juga guna gitar kapok. Umur 18 tahun, saya beli gitar kapok sendiri. Sampai bengkak-bengkak jari petik gitar kapok, tali kapok. Tukar pula ke tali elektrik tapi masih guna gitar kapok. Masa ni saya dah kerja di UTM. Berkenalan pula dengan student-student sana dan salah seorang ialah sifu gitar saya iaitu orang yang mula-mula kenalkan saya dengan gitar elektrik. Terpegun saya tengok dia solo macam-macam jenis lagu. Masa tu la saya kenal apa tu gajet, stomp box, distort, chorus, delay. Saya selalu ikut dia jamming, tapi masa tu sekadar jadi vokalis terjun. Suara ke laut. 
 
Bila dia upgrade gitar dia, dia jual gitar lama dia jenama Hohner. Mula la saya belajar main gitar. Saudara saya pinjamkan gitar amp dia. Gadget saya guna second hand Boss Overdrive Distortion. Beli dari sifu saya yang jual gitar Hohner tu. Mak saya jahit sendiri casing gitar, dari kain. Ingat lagi terkial-kial saya praktis intro lagu Sweet Child O Mine. Gitar Hohner itulah saya bawa ke ITM, main di ITM sambil-sambil jamming dengan kawan-kawan. Kebetulan ambil ko Muzik Malaysia, guna terus gitar Hohner dan gadget Boss saya. Amp saya sambung ke radio sahaja. 
 
Bila dah kerja, ada duit sikit, saya jual Hohner dan sambar Gitar Jackson JS30. Made In Japan. Sekali dengan efek Zoom 606 Made In Japan dan Amp Marshall. Bertahun-tahun layan gitar tu di masa lapang. Zaman bujang. Bila dah kawin, slow sikit. Dah ada anak, sesekali je layan. Dah tambah anak, terus stop. Gitar tersebut berhabuk, karat. Zoom 606 pun tak pernah on dah. Segala memori preset efek-efek gitar seperti chorus, distort dan delay tak pernah saya pakai. Tak pasti samada efek dalam memori masih tersimpan atau tak.


Baru-baru ini tiba-tiba datang mood balik. Terus saya keluarkan Jackson dari bawah katil, berhabuk, karat, tali karat. Dah 6 tahun dibiarkan. Jenuh juga google cari siapa yang boleh repair balik. Rupanya sekarang ramai yang offer service pro custom setup. So saya hantar kat satu kedai gitar ni, budak ni restore balik Jackson seperti sediakala. Harga not bad, RM 1xx termasuk tali gitar Elixir dengan coating. Budak yang repair ni kata tali Elixir dengan coating ni tahan lama. Berbulan tak karat. Dulu saya guna Ernie Ball. Bertahun tak main ni, banyak juga teknologi baru. 

Yang repair gitar ni kata sound gitar Jackson saya sedap sebab Made In Japan. Katanya kalau jual balik ni ada harga. Harga tak jatuh dari harga saya beli masa 15 tahun dulu. Katanya gitar Made In Japan dah rare, harga dah ribu riban. Masa saya beli dulu pun harga dah ribu riban. Tapi time tu ada banyak lagi harga gitar yang lebih ribu riban dari gitar saya. 

Dibawah merupakan spec Jackson saya. Ambik dari internet. Semua maklumat dah ada dalam internet. Senang.

  • Alder body
  • Maple bolt on neck
  • Rosewood fingerboard
  • Compound (12" to 14") Fingerboard Radius
  • 22 jumbo frets / 25.5"" scale / 1 11/16" nut width
  • Jackson CVR2 Humbucking pickups
  • Floyd Rose® Licensed Jackson® Low Profile JT580 LP Double Locking 2-Point Tremolo
Bawah ni pula merupakan spec Zoom 606. 606 merupakan discontinued model manual dia masih boleh didownload dari website Zoom.

Built-In Expression Pedal. 
Drive Selector & Gain +/-Key. 
35 Versatile Effects - 9 Simultaneously. 
Built-in Chromatic Tuner. 
3 Amp Cabinet Simulators. 
Battery or AC Operation. 

KEEP ROCKING !!

Tuesday, September 05, 2017

Futsal Sukan Sea 2017





Baru-baru ni masa Sukan Sea 2017 sedang berlangsung, memang ada plan nak bawa keluarga tengok apa-apa event Sukan Sea sebab kejohanan ni bukan selalu Malaysia anjurkan. Last anjur berbelas tahun lepas. So maybe next penganjuran pun berbelas tahun lagi. 

Kebetulan tengah round-round sekitar Shah Alam apabila saya ternampak signage event Sukan Sea di roundabout Seksyen 15. Terus saya follow signage dan akhirnya sampai di Kompleks Sukan Panasonic. Cadangannya nak tengok-tengok souvenir Sukan Sea dan nak beli buat kenangan. Jalan punya jalan ternampak kaunter tiket. Sukarelawan Sukan Sea terus tegur saya tanya nak kemana. Memang ramah budak-budak ni. Tak sia-sia jadi sukarelawan Sukan Sea. Terus sahaja saya beli tiket futsal. Game Malaysia malam tu dah sold out. Lagipun saya tak rancang pun. Apa-apa game pun tak kisah janji dapat merasa bawa anak-anak tengok Sukan Sea. So dapat la tiket Myanmar vs Indonesia.




Tiket murah je. Satu famili masuk tak sampai pun RM 50. Ada balance lagi untuk beli souvenir Sukan Sea. Masuk je dalam stadium futsal, baru tau ada aircond. Kami masuk awal, kira-kira 30 minit sebelum kick off. 




Nak masuk kena check dulu. Scanner yang digunakan macam di airport. Ketat kawalan. FRU yang jaga. Kalau belah dalam stadium, nampak ada GD dan juga anggota PDRM half uniform. Mungkin anggota JSJ atau STAFOC, STING atau STAGG atau UTK. Tak pasti saya.  Yang pasti ada yang guna Bushmaster/HK MP5.
 Itu dia lineup player Myanmar vs Indonesia. Kami tak sokong mana-mana pun. Siapa score kami sokong. Di belakang kami ada beberapa orang rakyat Caucasian yang saya agak berbangsa Belanda sebab mereka tidak berbahasa Inggeris.



Apa-apa pun sempat juga kami bersama-sama memeriahkan Sukan Sea 2017 ini. Yang penting dapat beri pengalaman baru pada anak-anak saya.