Saturday, May 27, 2017

Selamat Menyambut Ramadan


Selamat Menyambut Ramadan dan Menjalani Ibadah Puasa dari Nizamyunus.com. Ramadan datang lagi, alhamdulillah masih diberi peluang untuk menyambut Ramadan kali ini dengan keadaan sihat dan cukup serba serbinya.

Hari pertama berpuasa, sesetengah orang kelihatan agak lemah. Saya pernah alami satu ketika dahulu ketika hidup bujang. Sahur sebelum tidur malam dan apabila bangun pagi sudah terlepas waktu imsak. Ketika itu, tengah kuat merokok. Hari pertama memang muka nampak muram, mood pun hilang, sebab tak dapat hisap rokok. Iftar pertama, rokok dituju dahulu selepas minum air.

Sekarang, kehidupan terurus selepas berkahwin. Sahur pun pada waktu yang disyorkan. Rokok dah tak hisap. Hari pertama selalunya saya ceria. Perut yang kadangkala kena gastrik, ketika bulan puasa rasa begitu normal. Perut seperti gembira dapat berehat. Tahun lepas, sambil berpuasa sambil cycling selepas terawih. Kilo badan turun. Tapi selepas raya naik balik. Tahun ni saya nak tengok samada kilo badan turun atau tak. Kalau turun lagi, raya saya kena maintain. 

Iftar tahun lepas sangat kurang saya membeli di luar. Sejak terkena makanan dan minuman yang nampak indah dari rasa, memang dah kurang beli. Lepas tu terkena pula makanan yang dah tak berapa elok, ada juga insiden sakit perut cirit birit selepas makan di luar. So, tahun lepas memang kurang membeli di luar. Harap tahun ini pun sama. Saya tak berapa memilih dengan juadah iftar, lagi-lagi bila dah berumur ni. Ada maggi secukup rasa pun dah okay. Makan macam-macam waktu iftar ni bukannya boleh kenyang sebulan, lagi beban perut tu ada la. Kadang-kadang saya tengok, seorang manusia ni beli macam-macam untuk berbuka puasa, sampai tak cukup dua tangan. Saya pernah lalui perkara yang sama. Kini, dah cukup faham dah, kalau beli air, memang makan dah tak banyak. Satu perkara yang masih sukar saya kawal adalah kadar minum air sewaktu iftar. Cuma ia berkurangan berbanding dahulu.

Elakkan pembaziran, jaga kesihatan, rebutlah peluang untuk beribadah. Selamat Menyambut Bulan Puasa. Harapnya agar diberi kesihatan dan kelapangan untuk menyiapkan tesis yang telah sekian lama tertunggak. Tinggal dalam 15% lagi nak disiapkan sebelum di fine tune. Hopefully.

No comments:

Post a Comment